Monday, October 26, 2015

TIPS TERBAIK TIDURKAN BAYI


TIPS TERBAIK TIDURKAN ANAK

Anak2 kadang2 susah nak tidur kan. Anak2 saya memang susah, dah la seharian tak tidur. Mlm pun mmg susah tp ragam bayi lain plak kan..jom kita tgk..




★ Adakah bayi anda tidur nyenyak sepanjang malam?

Hanya apabila anda menjadi ibu bapa sahaja anda akan menyedari bahawa tidur bayi susah diramalkan. Ianya disebabkan oleh ritma sirkadian, atau pusingan tidur-jaga, dan ini diatur oleh cahaya dan kegelapan. Ritma ini mengambil masa untuk dimajukan. Pada bulan-bulan terawal, anda perlu mengikut corak tidur bayi anda. Bagaimanapun, selepas enam bulan, anda boleh mula ‘mengurus’ tidur bayi anda. Pastikan kita yg mengaturkan tidurnya bukan dia yg mengaturkan tidur kita.

★ Memahami tidur bayi

Bayi yang baru lahir tidur purata 16 jam sehari. Sepanjang waktu tidur, bayi ini berada di dalam fasa tidur yang berbeza. Sepanjang tempoh ini, bayi tidur dengan senyap (tidur nyenyak) dan pada masa lain lebih resah (pergerakan mata pantas (PMP) di waktu tidur, dikenali sebagai tidur bermimpi). Sebahagian daripada tidur bayi baharu lahir adalah PMP.

Di ketika ini, darah yang dibekalkan ke otot dipertingkatkan, tenaga dibaik pulih, pertumbuhan tisu berlaku dan hormon penting dirembeskan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Dari segi samada sedar atau tidak, fasa tidur waktu ini adalah di bawah kategori sedar. Anda mungkin menyedarinya apabila anda melihat bayi anda – dia bergerak dan senang terjaga.

Lebih daripada 50% Hormon Pertumbuhan Manusia* (HPM) yang penting untuk tumbesaran dirembeskan ketika tidur nyenyak.

http://www.news-medical.net/health/Growth-Hormones-What-are-Growth-Hormones.aspx

“Saya mendukung bayi di dalam posisi membuai dan mengusap dahinya ke bawah dengan lembut, seperti membantunya menutup mata. Tetapi saya perasan cara terbaik untuk menidurkan bayi adalah apabila saya tenang. Dia boleh mengesan ketenangan saya dan tidur lebih mudah dan cepat.”
-Chin Jin Ho.

★ Membantu bayi tidur

♥ 0-4 Bulan
Ritma tidur bayi yang baru lahir berkitar mengikut keperluan mereka untuk diberi makan, bertukar lampin dan dipelihara. Biasanya mereka menunjukkan yang mereka mengantuk dengan menggosok mata atau menangis. Bayi yang baru lahir memerlukan keselamatan dan sentuhan fizikal sekerap mungkin. Ini memberi rasa seakan dakapan, kerana itulah bayi suka didukung oleh anda. Jika bayi tertidur ketika menyusu atau didukung, tunggulah sehingga setengah jam, kemudian barulah meletakkannya di atas katil. Ini kerana seeloknya menunggu sehingga bayi nyenyak tidur sebelum mengalihnya.

♥ 4-5 Bulan
Jika bayi anda tertidur semasa menyusu, ia akan mula biasa tertidur di dalam dakapan anda. Ini bermakna yang dia akan bangun semula bila diletakkan di atas katil kerana bayi anda mahukan keselesaan daripada tangan atau dada anda. Pada tahap ini, adalah baik jika anda terus meletakkan bayi yang tidur ke atas katil sebaik sahaja dia tidur, agar anda tidak membiasakannya untuk tidur di dalam dakapan anda. Juga supaya keadaan bayi tidak menyusahkan pengasuh anak anda pula.

Apabila bayi diletakkan di atas katil ketika mereka penat tapi masih terjaga, mereka boleh menjadi “penenang diri sendiri” yang membolehkan mereka tertidur dengan sendirinya. Jika bayi anda selesa dengan badan anda dan menerima bantuan anda untuk menidurkannya setiap kali hendak tidur, dia akan menangis atau memberi tanda agar anda menidurkannya setiap kali terjaga dan hendak tidur semula di waktu malam.

♥ 6-12 Bulan
Pada usia 6 hingga 7 bulan, kebanyakan bayi telah mula membentuk corak makan dan tidur yang baik. Jika anda mula menyuap bayi makan, kemungkinan dia tidak akan meminta untuk disusukan di waktu malam. Bayi pada usia ini tidur kira-kira 10 hingga 12 jam, tetapi adalah biasa jika bayi terjaga beberapa kali di waktu malam. Jika anda tidak berbuat apa-apa dan membiarkan bayi menenangkan dirinya sendiri hingga tertidur kembali, ia akan menjadi lebih mudah kerana bayi tidak memerlukan bantuan anda untuk tidur atau untuk tidur semula sekiranya dia terjaga dari tidurnya.

Macam mana?membantu tak?..:)



# kredit info asal daripada Drypers

Thursday, October 22, 2015

EPIDURAL MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN

EPIDURAL MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN

Bagi ibu bersalin, epidural amat berguna utk melalikan saraf pudendal.  Dengan itu, dapat mencegah kesakitan akibat pengecutan rahim dan pengembangan penarikan otot-otot pelvic serta vagina semasa kepala bayi memasuki salur peranakan sebelum dilahirkan.
Alhamdulillah, bersalinkan 2 baby boy yang hensem saya bebas EPIDURAL. Bersalinkan anak kedua dipaksa bersalin (induce) dan bila dipaksa memang sakitnya lain macam ckit dari anak sulung..hanya DIA yang tahu bagaimana sakitnya..huhu



KEGUNAAN EPIDURAL?
  • Kurangkan sakit semasa bersalin..korang ni mmg xnak rasa sakit ke?..sakit bersalin paling ditunggu2 wanita tau tak..hihi
  • Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik, pembedahan urologi, pembedahan ginekologi
  • Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan sakit semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.
  • Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser / paliatif


Owhhh baru tau kegunaan EPIDURAL. Bukan hanya utk bersalin rupanya..hihi
Epidural merupakan suntikan ubat pelali ke ruang epidural saraf tunjang di tulang belakang yang mengebaskan saraf dana menghalang pesakit merasa sakit semasa bersalin atau semasa prosedur pembedahan sedang dijalankan dibahagian pusat kebahagian bawah badan.

KENAPA WANITA BERSALIN MENGGUNAKAN EPIDURAL?
  • Mengurangkan rasa sakit ketika bersalin membantu wanita agar tidak serik atau fobia mengandung lagi..hehe..pengalaman bersalin 2 orang tu tidak la lagi fobianya..tp teringin lagi ni..belum rezeki..huhu
  • Pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik-baik sahaja zuriat itu dilahirkan dan ibu juga dapat terus menyusukan mereka sebaik dilahirkan.
  • Epidural adalah pilihan yang baik bagi ibu-ibu yang tak tahan sakit bersalin, ibu bersalin sulung dan ibu yang akan mengalami masa bersalin yang panjang.
  • Jika ibu memerlukan bantuan forcep atau vacuum pada saat akhir utk mengeluarkan bayi atau jika pembedahan cesarean perlu dijalankan atas sebab2 tertentu, pembedahan boleh dilakukan segera.
  • Ibu akan lebih tenang semasa proses bersalin dan semasa meneran bayi. Oleh itu, ibu tidak panic dan stress dan boleh mendengar arahan yang diberikan

Ermmmm…macam best je kan?hehe
Tapi pengalaman sendiri tak pernah rasa terbeban utk amik epidural tp mungkin apa yang kita rasa tak sama dengan ibu2 lain rasa. Masing2 punya masalah juga mungkin tak sama kan.


Jumpa lagi di next entry…J

Wednesday, October 21, 2015

BAHAYA JEREBU KEPADA IBU HAMIL


Jerebu ohh jerebu. Kami anak beranak dah demam, batuk, selsema hampir seminggu dah. Memang terseksa jer tgk budak2 tu batuk non stop.  Bahaya kan..huhu

Jerebu juga sangat2 bahaya kepada ibu hamil. Banyak kajian di negara asing telah membuktikan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini adalah sebab bahan pencemar yang disedut semasa ibu bernafas boleh sampai masuk ke dalam rahim melalui tali pusat.



Antara bahaya jerebu kepada kandungan adalah:
  • Asbut boleh membahayakan perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Berat kelahiran yang rendah
  • Kelahiran bayi pramatang
  • Kematian bayi dalam kandungan
Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi yang mempunyai bibir dan lelangit rekah dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ.


Langkah pencegahan:

  • elakkan aktiviti luar ketikapastikan
  • Pastikan sentiasa memakai face mask untuk keselamatan diri dan kandungan.
  • minum air 3L sehari
  • dapatkan rawatan segera jika badan rasa lemah.


Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat utk anda.

Tuesday, October 20, 2015

RAHSIA BATUK & SELESEMA ANAK HILANG TANPA UBAT

Minggu ni paling menguji kesabaran disebabkan batuk yang berpanjangan seisi rumah. Paling risau anak-anak la kan.  jom kita tengok rahsia batuk dan selsema anak hilang tanpa ubat mahupun antibiotik?



Rahsia rawatan yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.

4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.

5. Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak..

6. KUNYIT: ditumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

7. BAWANG PUTIH :
Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus,  memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya akan membantu.  Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (hana menggunakan garlic shaklee)

8. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan seperti pengambilan supplement yang meningkatkan antivaral protein.

semoga sedikit info diatas membantu kita sebagai parent. InshaAllah..

Sunday, October 18, 2015

10 TIPS MUDAH ANAK CEPAT MEMBACA

10 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu, semakin sukar untuk mereka belajar membaca. Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, inshaAllah.



1) Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak

Kajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.

Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri.

Kita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasi atau cerita kanak-kanak pada anak mereka sebelum tidur. Apa kata kita pula mengaplikasikan cara ini pada anak kita pula.

Bezanya, sebelum mereka tidur, kita bacakan ayat al-Quran mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga boleh mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi.

Selain itu, tahukah anda, antara perkara yang boleh meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak adalah membacakan mereka buku! Rujuk artikel ini untuk bacaan lanjut: 10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak.

2) Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan

Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.

Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta!



3) Adakan waktu membaca keluarga

Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap.

Dengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.

4) Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik

Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.

Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi.

Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.

5) Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan

Terimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.

Tidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami. Meletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.

6) Pantau setiap perkembangan anak anda

Ketahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.

Kebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri.

Hakikatnya, itu adalah perbuatan yang salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.

Pembelajaran di sekolah hanya untuk perkara yang tidak mampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Apalah gunanya anda belajar tinggi sehingga ke peringkat Ijazah dan Doktor Falsafah jika anak anda sendiri diajar oleh pembantu rumah Indonesia yang tidak pernah bersekolah.

Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak anda semasa proses membaca. Mungkin, anak anda tidak boleh menyebut suatu huruf dengan betul. Mungkin, dia sendiri tidak faham apa yang dia baca.

Dan mungkin juga anak anda keliru dengan huruf-huruf yang ada. Kenalpasti masalah ini dan dapatkan kerjasama dari guru di sekolah sekiranya anda tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya.

7) Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik

“Saya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!”. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.

Anda boleh meletakkan matlamat seperti ‘berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari’ atau ‘menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan’. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.

Terlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.

8) Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan

“Anak saya membaca terlalu perlahan”. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Jangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain – lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.

Jangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.

Reaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.



9) Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak

Anak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!

Kongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai – asalkan berusaha dan mencuba.

10) Raikan setiap kejayaan dan usaha

Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda – setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk me

Thursday, October 15, 2015

6 TIPS UNTUK ANAK SUKAKAN SAYUR


Anak saya memang memilih makanan tapi diaorg sangat sukakan sayur. Memang dalam setiap masakan saya wajib ada sayur. Si abg paling suka sayur bila banyak bawang putih, bawang besar. Tak tau la mcm mana dia boleh tersuka bawang..hihi. Alhamdulillah senang kerja saya, tak perlu nk paksa2 mkn sayur.

Ibu2 yang anak tak suka langsung sayur mesti susah hati kan. Sayur kan mempunyai kandungan zat yang tinggi.


Jom kita tengok beberapa tips untuk dikongsi.

1. Jadi model kepada anak-anak.
Nak bagi anak sukakan sayur..jatuh cinta dengan sayur, kita sebagai parent perlu jadi model. Bukan calang2 model tau..hihi. Jadi setiap hidangan pastikan ada sayur tp bukan buat hiasan jer. Kita pun kena tunjuk suka makan sayur sama. Agak pelik kan kalau ibu bapa sibuk suruh anak makan sayur tetapi mereka sendiri tak makan sayur dan kurang makan buah-buahan. Saya memang hantu sayur, jadi memang tak de masalah utk sediakan sayur dalam setiap hidangan mereka.

2. Perkenalkan sayur yang berwarna warni.
Kanak-kanak memang sangat sukakan warna warni kan. Jadi sebagai ibu bapa kita kena kreatif menyediakan sayur supaya anak sukar menolak. Anak saya sangat sukakan carrot, kobis, salad, kangkung tapi tak suka sgt  dengan sawi. Sebab kadang-kadang sawi tu agak pahit kan. Pelbagaikan warna warni sayur mcm buat sayur campur dan dalam masa yang sama letak sawi sikit. Lagi satu potong sayur pun kena kreatif juga la kan..) .Ini banyak di praktikkan dalam bento.

3. Selitkan sayur dalam makanan kegemaran mereka.
Ada ibu berkongsi yang dia sering selitkan sayur dalam makanan kegemaran anak dia seperti dalam bubur nasi, spaghetti dan macam-macam lagi. Katanya dia selalu potong sederhana atau halus supaya anak tidak perasan akan kehadiran sayur tu.

4. Jangan terus abaikan sayur bila anak menolaknya.
Sesetengah ibu bila tahu anak tak suka sayur, mereka terus tak masukkan sayur bila memasak. Alasan mereka sebab anak tak makan. Nanti anak pilih seketul-seketul sayur tu letak tepi. Ini silap ibu sebenarnya. Dah tahu anak tak nak sayur terus tak nak masukkan sayur. Semua amalan bermula dari rumah, walaupun anak tak suka makan sayur mesti tetap masukkan sayur. Boleh je potong kecil-kecil kan. Jadi nak tak nak kena telah juga.

Anak-anak saya kalau bawa makan kat luar memang jenis tak memilih. Memang segala jenis sayur diaorg telan. 

5. Pujuk anak dengan kasih sayang.
Tips ini saya amalkan sendiri bila anak saya tak nak makan sawi. Pujuk dengan kasih sayang. Cakap kat diaorg kalau makan sayur ni nnti jadi pandai, bijak. Cikgu mesti suka kalau budak yang makan sayur. Ini yang selalu saya praktikkan...hehe

6. Perkenalkan sayur seawal 6 bulan
Seperti yang saya kongsi kan di atas tadi, memang tugas ibu memperkenalkan sayuran seawal usia anak 6 bulan ni memberikan manfaat kepada tabiat memakan sayur. Saya perhatikan ramai ibu tak sanggup nak bagi anak makan sayur sebab lebih suka bagi anak mereka makan nestum. Memang nestum mudah disediakan tetapi masakan ibu buat lebih berkhasiat. Apatah lagi ibu boleh terus bagi sayur kepada anak mereka. Sayur untuk kesihatan dan tumbesaran yang maksimum.

Macam mana? Agak-agak ok tak?...cuba dulu taw..

Tuesday, October 13, 2015

KENAPA BAYI TIDAK BOLEH DIBERI MAKAN SEBELUM 6 BULAN?


Saya pernah disarankan oleh makcik utk memberi nestum kpd anak saya yg ketika itu baru berusia 3 bln. 3bln OK!!! Huhu. Namun memang saya tak endahkan. Mak saya pun melarang. Alhamdulillah masih ada yang memahami.

WHO menyarankan agar pemberian makanan kepada bayi seharusnya dimulakan pada usia 6 bulan ke atas. Begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendek kata semua badan-badan ini menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka secara ekslusif, iaitu tidak perlu dicampur dengan makanan lain termasuk air masak ataupun susu formula sehingga bayi berusia 6 bulan.




Ramai ibu2 diluar sana menganggap bila anak nangis jer sebab anak lapar. Ala, susu tak cukup tu..kena top up nestum!..hihi

Diakui, masih ramai ibu yang tidak mengikut saranan dan polisi ini kerana beberapa sebab berikut:

  • Bayi dianggap bersedia untuk menerima makanan pejal daripada mulutnya yang suka mencicip-cicip.
  • Menganggap bayi lapar dan susu ibu tidak mencukupi.
  • Menganggap perut bayi adalah kuat seperti perut orang dewasa dan boleh menerima makanan lebih awal.
  • Menganggap bayi akan cepat kenyang dan boleh tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya, bayi bukanlah orang dewasa yang bersaiz kecil dan sudah tentu organ-organ dalaman bayi tidak sekuat orang dewasa. Tanggapan-tanggapan di atas memang amat salah sama sekali.

Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedian untuk menghadam makanan-makanan pejal yang lebih kompleks termasuk kanji dan karbohidrat. Proses penghadaman ini memerlukan enzim-enzim tertentu dan tubuh bayi belum menghasilkan enzim yang cukup untuk proses ini.Walaupun bayi mempunyai enzim amilase dalam air liurnya namun enzim ini belum cukup bagus untuk menjalankan proses percernaan.

Tubuh bayi juga masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi daripada sumber telur, daging dan susu lembu. Manakala protein dalam susu ibu adalah berbeza kerana turut mengandungi enzim pencernaan sendiri.

Apabila proses penghadaman ini tidak berjalan dengan baik, bayi boleh terdedah kepada masalah usus tersumbat atau ‘istestinal obstruction’. Bukan sedikit kes bayi yang terpaksa ditebuk perutnya kerana masalah ini.

2. Kesihatan jangka panjang

Menurut kajian yang dijalnakan oleh Universiti of Buffalo, salah satu penyebab penyakit kronik ialah akibat pemberian makanan terlalu awal kepada bayi.

Jadi tak hairanlah, kalau anda terjumpa orang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan dengan baik, rajin bersenam tetapi tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal akibat penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang sudah diberi makan, sudah tentu akan kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana bayi akan menolak untuk menyusu dengan lebih banyak. Keadaan ini juga mungkin boleh menyebabkan susu ibu semakin berkurangan jika tiada rangsangan.

Fikir-fikirkan lah tentang masa depan anak kita. Ada mesej kenapa Rasulullah diserahkan kepada ibu susuan dan masih tinggal bersama Halimatul Al-Saadiah meskipun usia baginda sudah melebihi 2 tahun.

Sayangi masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah melihat bayi ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuk terima. Ikutlah saranan yang telah dicadangkan sebagai 1 usaha untuk memastikan anak kita membesar dengan kesihatan yang terjaga.


Bila boleh mulakan makanan kepada bayi?

Saya memulakan makanan pejal kepada bayi saya seawal usia mereka 7-8bulan. Bukan lah bertujuan menahan mereka dari makan tp pada ketika itu, saya amat pasti apa kehendak bayi saya. Tapi masuk jer 6 bulan memang saya dah perkenalkan cuma tidak secara kerap. Bermula dengan mengajar mereka secara sedikit2.

Usia yang disarakan untuk memulakan makanan pejal adalah 6 bulan kerana pada usia ini organ dalaman bayi semakin matang dan bayi memerlukan lebih banyak zat dan nutrisi untuk tumbesaran dan susu ibu tidak lagi mampu untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan ini.

Pada usia 6 bulan, makan separa pejal ataupun puri dimulakan dahulu dan ditingkatkan secara perlahan-lahan. Dalam masa beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur dan suhu berlainan boleh diperkenalkan. Ibu juga boleh menambah sumber protein daripada ikan, ayam, daging dan sebagainya untuk menggantikan protein susu. 

Diharapkan info diatas sedikit sebanyak memberi impak kepada ibu2 diluar sana terutama bakal ibu2 nanti. Sayangi anak anda...

Semoga berjumpa lagi dilain entry..

Monday, October 12, 2015

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

oppsss...berat badan anak terlampau obes? macam mana nak menanganinya? Jangan la pula disuruh anak tu diet mcm kita yang dewasa ni kan..cuma ibu bapa perlu kawal corak pemakanan diaorg.

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan tidak sepatutnya menjalani kawalan pemakanan terlalu ketat. Hal ini kerana emosi kanak-kanak tersebut perlu dijaga. Perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan ialah elakkan mereka mengambil makanan segera. Selain itu, jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran kepada anak-anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Seelok-eloknya, pastikan rumah anda sentiasa ada buah-buahan bagi mengelakkan mereka memilih snek yang tidak berkhasiat.

sweetnyer.blogspot.com



1. SEDIAKAN SARAPAN YG BERKHASIAT SETIAP PAGI

Sarapan yg berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan anak kita mendapat bekalan tenaga yg mencukupi untuknya menghadapi hari yg panjang. Sarapan anak-anak tidak seharusnya mengandungi lemak dan kalori yg berlebihan. Lemak & kalori yg berlebihan hanya akan memberikan tenaga untuk jangka pendek sahaja. Belum sampai waktu makan tengahari pun nanti, mereka sudah berasa amat lapar kembali!

Antara sarapan yg disarankan untuk kanak-kanak adalah:
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging ayam, makanan laut seperti ikan, putih telur hancur, keju rendah lemak dan susu.
  • Makanan yg mengandungi karbohidrat mudah seperti wholemeal pasta, buah-buahan, kentang, roti bijirin penuh, keledek serta kekacang.
  • Makanan yg mengandungi lemak yg rendah seperti keju rendah lemak, minyak zaitun, kekacang serta mentega kacang.



2. ELAKKAN MINUMAN BERKALORI TINGGI

Kalori kebiasaannya mudah diperolehi daripada gula. Jadi, elakkan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi seperti minuman dalam kotak, jus buah dalam kotak/botol ataupun minuman berkarbonat. Anak-anak yg obesiti juga amat digalakkan untuk mengambil susu dari jenis rendah lemak.


3. BERIKAN MEREKA SNEK

Cara pemakanan yg sihat adalah makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Malah, snek mereka juga haruslah terdiri daripada snek yg sihat. Contoh snek sihat yg boleh diberi adalah bijirin penuh & rendah lemak, roti bijirin penuh, buah-buahan serta stick keju rendah lemak.


4. SEDIAKAN BUAH-BUAHAN BEKU SEBAGAI SNEK





Jika anak anda gemarkan snek beku seperti aiskrim, apa kata jadikan buah-buahan sebagai snek beku mereka! Anda boleh membekukan anggur, berries, pisang, tembikai susu dan sebagainya untuk mereka. Mungkin buah-buahan tersebut boleh dipotong mengikut saiz-saiz kecil yg comel ataupun mengikut bentuk-bentuk menarik bagi 'menggoda' anak anda. Anda juga boleh mencelup & membekukan buah-buahan tersebut bersama beberapa bahan lain yg menarik seperti dark chocolate yg kurang manis, jeli rendah lemak ataupun puding coklat rendah lemak.


5. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Seboleh-bolehnya jangan simpan apa-apa stok makanan ringan (ataupun orang Melayu panggil jajan) di rumah. Sebaiknya sediakan snek yg berkhasiat seperti buah-buahan pada tempat yg mudah dilihat & dicapai oleh anak-anak anda. Contohnya, di atas meja makan ataupun di kabinet dapur yg mudah dicapai oleh mereka.


6. LETAKKAN MAKANAN BERKHASIAT DI BAHAGIAN HADAPAN

Sama seperti di kebanyakan pasaraya; letaklah makanan yg berkhasiat di bahagian hadapan susunan stok makanan anda. Contohnya di dalam peti sejuk. Letakkan buah-buahan sejuk beku di bahagian hadapan berhampiran pintu berbanding aiskrim yg lain. Jika di dalam rak dapur pula, letakkan bijirin sarapan yg berkhasiat di bahagian hadapan berbanding stok makanan lain yg kurang berkhasiat. Jadi, anak-anak anda akan lebih cenderung untuk mencapai makanan atau snek yg lebih berkhasiat.


7. BUAH-BUAHAN DALAM BEKAS MUDAH CAPAI

Letaklah buah-buahan yg telah sedia sipotong kecil di dalam mangkuk ataupun bekas yg mudah diambil dan dipegang oleh anak-anak anda. mereka mungkin mahu membawanya ke ruang tamu untuk dikunyah sewaktu menonton televisyen.


8. MAKAN DI RUMAH

Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam & gula yg banyak. Ini adalah penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat & lebih teliti penyediaannya. Malah, kita mempunyai pilihan sendiri untuk memasukkan apa-apa bahan ke dalamnya.


9. JANGAN PAKSA MEREKA MELICINKAN PINGGAN!

Jangan biasakan memaksa anak-anak menghabiskan kesemua makanan yg ada di atas pinggan mereka. Jika mereka mahu berhenti disebabkan mereka telah berasa kenyang, maka jangan paksa mereka untuk terus makan. Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh mula dengan meletakkan makanan dalam kuantiti yg tidak terlalu banyak.

semoga info yang diberi bermanfaat untuk anda yang mempunyai anak obesiti...:)

Friday, October 9, 2015

8 TIPS MEMILIH BABY SITTER

Kepada rakan2 yang bekerjaya mesti susahkan nak memilih pengasuh anak lebih2 lagi bayi baru lps pantang. Stress's kau..hihi..kalau mak kita sanggup jaga dan masih kuat ok la kan tp takkan kita nk bebankan diaorg plak. 


Saya memang tiada pengalaman mencari pengasuh sebabnya saya berhenti kerja ketika mengandung ketika itu kandungan bermasalah dan dapat plak majikan yg tak boleh terima yg saya kerap MC, saya decide berhenti kerja jer..sampai la skrg anak dah 2..hihi

Terpanggil nak buat entry ni sebab 3 hari lepas ada la sepasang suami isteri ronda2 pusing taman cari pengasuh anak. Sembang lama juga dengan si isterinya. Kerja kilang, shift plak tu. kalau turn shitf pagi ok la..tp bila shift malam susah nak yakinkan pengasuh. Dah kerap tukar pengasuh rupanya sebab berkerja shift. ermmmm kesian kan..

Saya nak tukar bidang jadi pengasuh? hihi..memang tak la..tak mudah mengasuh anak sendiri lebih2 lagi anak orang kan..:)





Jom kita tgk beberapa tips mudah:



  • Bersedia dari awal – Sebaiknya sebelum bersalin anda sudah pun membuat keputusan sama ada akan menghantar bayi anda kerumah pengasuh atau ke pusat jagaan kanak-kanak (taska). Jika anda mengambil keputusan untuk hantar bayi kerumah pengasuh, sebaiknya anda mula cari seawal usia kandungan mula mencecah 9 bulan. Kalau dah lepas bersalin dan tinggal lagi beberapa minggu anda nak mula bekerja baru nak cari, mungkin agak terlambat sikit dan sukar untuk anda mendapat pengasuh yang memenuhi ciri-ciri yang anda inginkan.

  • Tanya kepada jiran, saudara dan kawan-kawan – Jika ini adalah pertama kali bagi anda untuk bergelar ibu, sebaiknya anda bertanya kepada jiran disekitar rumah anda jika ada antara mereka yang bekerja sebagai pengasuh atau jika mereka tahu orang yang ingin mengasuh bayi.

  • Tanya pendapat jiran yang lain – Almaklumlah, bagi mereka yang pagi-pagi dah keluar rumah dan balik rumah pula di malam hari, memang susah nak tau perangai sebenar jiran atau bakal pengasuh anda. Sebaiknya anda cuba juga risik-risik dengan jiran-jiran anda yang lain. Manalah tau jika ada informasi yang mereka boleh beri kepada anda.

  • Lihat persekitaran dan kebersihan rumah – adakah rumahnya penuh dengan pokok bunga sampai nak tengak pagar rumah pun tak nampak? Bukan apa, di bandar ni banyak nyamuk Aedes yang merbahaya. Tak seperti dikampung yang nyamuknya besar-besar tapi tak ada pun yang kena demam denggi. Atau kucing dan binatang peliharaan berkeliaran didalam rumahnya. Seperti yang diketahui bulu kucing boleh menyebabkan bayi menghidap asma.

  • Perangai anak-anak dan suami bakal pengasuh – mungkin agak sukar jika rumah bakal pengasuh anda jauh sedikit dari rumah anda. Tapi sewaktu berkunjung kerumah bakal baby sitter anda, ada baiknya anda perhatikan juga sikap anak-anak dan suaminya. Jika anak-anaknya asyik menjerit dan bergaduh saja, mungkin anda patut fikir 10 kali juga. Takut nanti sikap yang sama akan diikut oleh anak anda nanti.

  • Ikut gerak hati anda – apa perasaan anda sewaktu pertama kali melihat wajah bakal pengasuh anda? Kalau rasa tak sedap hati, sebaiknya anda cuba lagi cari yang lain. Lagipun semestinya anda mahukan satu perhubungan yang baik dan mesra dengan pengasuh anda kerana mereka adalah orang yang akan membantu menjaga anak anda sewaktu anda keluar bekerja. Dan bukan itu saja, pengasuh juga sebenarnya adalah mereka yang akan mendidik dan membesarkan anak anda sewaktu ketiadaan anda sepanjang hari.

  • Tanya beberapa soalan – antaranya jika anda balik lambat, sanggup ke dia jaga bayi anda lebih masa? Ada caj tambahan atau tidak, baju dibasuh oleh pengasuh atau anda perlu bawa balik dan basuh sendiri setiap hari? Bagi yang akan menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, anda perlu juga beritahu hal ini kepada bakal pengasuh anda. 

  • Kadar bayaran yang dikenakan – Lain tempat lain caj nya. Asalkan berpatutan dan mengikut kadar semasa, itu sudah memadai. Lagipun jika pengasuh anda menjaga bayi anda dengan baik, pasti sekali-sekala anda tidak ragu-ragu untuk memberikan mereka bonus.


Macam mana? membantu tak? diharap tips diatas membantu anda dan ibu muda yang baru pertama kali ingin mencari baby sitter atau pengasuh.

Wednesday, October 7, 2015

TIPS KURANGKAN MARAH PADA ANAK


Assalamualaikum semua...
Hari ni nk kongsi sikit hasil membaca kat blog. Sebenarnya mmg tengah mencari tips2 didik anak ni memandangkan saya sendiri selalu hilang sifat sabar..adehhh..kadang2 budak2 dua org tu jadi mangsa kena marah. Tapi tidak la sampai naik tangan...cuma volume suara tu kadang2 memang x boleh nak control...huhu

Sebenarnya mmg tak baguskan kalau terlampau emo ni sebab akan menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda. Nampak mudah kan nk didik diaorg  tapi memang tak mudah..

Jangan biarkan emosi mereka terganggu dan mengikut perangai kita yang suka marah. Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

sweetnyer.blogspot.com


Jom kita tgk beberapa tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda.

Monday, October 5, 2015

RESEPI DIET CINCH SHAKE

Assalamualaikum semua...selamat pagi..pagi ni rutin jadi smooth ckit sbb cuti sekolah kan..cuti sbb jerebu la..kalau tak rutin ibu jadi mcm zig zag..terkejar sana sini walaupun anak baru 2 org..:)

Hari ni nk kongsi resepi Cinch Shake dari Shaklee. Hasil dari health & wellness fair semalam la..over excited la plak nak share dengan kawan2 semua..

Jom layan video ni dulu..demo penyediaan Cinch shakle Chocolate + pisang dari Nutritionist Shaklee.




1. Cinch Shake Chocolate + Banana
(1 serving)
~ 2 scoop cinch shake chocolate
~ 1 cup of banana 
~ 1 cup plain water
~ 1cup ais

2. Cinch Shakle Vanilla + Dragon Food
(Boleh juga + strawberi)
~ 2 scoop cinch shake vanilla
~ 1 cup of banana 
~ 1 cup plain water
~ 1cup ais

3. Cinch Shakle Cafe Lattte + Nenas

~ 2 scoop cinch Cafe Late
~ 1 cup of pineapple
~ 1 cup plain water
~ 1 cup ais

Campur semua dan blend..dah siap...nyummy
Boleh dijadikan sarapan pagi dan pengganti dinner nnti..:)

ini juga salah satu resepi dari shaklee..lagi best ni..
sweetnyer.blogspot.com




TIPS  KURUS dari fiza!!
1. EXERCISE (WAJIB!!)
2. JAGA PEMAKANAN
3. AMALKAN SUPPLIMEN


Saturday, October 3, 2015

MEE UDANG BEST DI PULAU SAYAK

Assalamualaikum...

hari ni bawa anak2 jolan2, pusing2 mkn mee udang pulau sayak..kalau korang nk tau, pulau sayak dkt2 dengan pantai merdeka...haa pada yg nk menikmati makan bertemankan angin pantai boleh la datang sini..

pekena mee udang 4beranak kami..alhamdulillah kenyang..lps mkn anak2 pun turun main kat tepi2 tu..best je angin pantai. Tengok pantai, tenang je jiwa..tengah2 stress pun boleh hilang tau..haha..

layan je lahhh..



Friday, October 2, 2015

AMALAN KETIKA BERPANTANG

Mandian Ibu Selepas Bersalin (Mandi Serom)
Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).
Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.
Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-
  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi
Biji Halba
Amalan Urut seluruh badan
Biasanya Mak Andam atau Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin (masa ini ibu lepas bersalin telah pulih dari sakit bersalin) Ia tidak boleh dilewatkan kerana si Ibu akan mula berasa sengal-sengal badan sekira tidak diurut ketika itu. Walau bagaimanapun Ibu-ibu muda sekarang tidak mementingkan ini kerana keadaan tubuh badannya yang kuat dari segi fisikal merasakan ianya tidak perlu melecehkan.Menurut mereka yang berpengalaman, amalan berurut perlu kerana dengan berurut organ-organ peranakan dalam badan dapat diperbetulkan kedudukannya. Tanpa urut ia kan memberi kesan negetif setelah usia meningkat. Sesetengah orang berpendapat berat badan naik dengan mendadak setelah melahirkan anak kedua atau ketiga sekiranya ibu-ibu muda tidak mengamalkan amalan berurut dan lain-lain amalan semasa melahirkan anak.

Disini peranan anggota-anggota keluarga atau saudara tertua adalah penting untuk menasihatkan ibu-ibu muda mengamalkan tradisi urut selepas bersalin. Pada kebiasaannya urut memakan masa tidak kurang dari dua jam dan dilakukan selama tiga pagi berturut-turut. Sewaktu berurut biasanya ibu-ibu berkesempatan mempelajari petua-petua yang diberikan oleh Mak Bidan. (perincian urut tidak dapat dinyatakan disini) Mak Bidan juga biasanya akan mengajar cara-cara berdandan terutama menggunakan ubat-ubatan tradisional (biasanya jenis sapuan) dan juga mengikatkan rambut dengan kemas dan ketat.


sweetnyer.blogspot.com


Amalan bertungku
Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalan kan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih. Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan nengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapek disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.

Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring. Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Direingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.

Amalan Berbarut
Memakai barut adalah sama penting dengan amalan bertungku dan perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang selama empat puluh empat hari. Dipakai selepas siap bertungku sebelah pagi dan petang. Sebelum memakai barut perut disapu dengan jadam untuk minggu pertama dan hari-hari kemudiannya disapu dengan kapur sirih dicampurkan perahan air limau nipis. Ini untuk menghilangkan kesan hitam dan menegangkan semula otot perut.

Amalan Pemakanan
Air Koma-Koma (Safron)
Setengah gran saffron direndam kedalam satu cawan air panas diminum tiga pagi pertama selepas bersalin untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Sekiranya mampu boleh gunakan satu gram saffron (catitan; harga sepeket saffro 1 gram antara RM10 -RM15)

Air Rebusan Kayu Sepang & Kederang
Satu jengkal Kayu sepang sebesar jari kelingking (air rendaman berwarna kuning) dan kayu kedetarang (air redaman berwarna merah) saiz yang sama direbus dalam 1 hingga 2 liter air yang mendidih disediakan setiap hari dijadikan air minum sewaktu makan atau dahaga.

Sarapan Pagi
Sarapan pagi biasanya selepas siap mandi pagi, berurut dan senaman ringan, bertungku, berdandan dan berbarut, biasanya selepas jam 9.00 pagi.
Sarapan terdiri dari air susu dan sedikit kuih dari tepung beras seperi apam tanpa kelapa atau biskut lemak.

Makan Tengahari
Menu makan terdiri dari nasi putih dengan sekeping ikan tenggiri selebar tiga jari, 25 mm tebal. Ikan ini disalai dengan sapuan garam dan kunyit hidup.Makan tiga biji kani (yang dibenamkan kedalam nasi yang hampir kering dan menjadi lembut selepas itu) juga dijadikan amalan
Sayur hijau pucuk (termasuk akar) pengaga. Ditambah dengan ikan bilis salai ditubuk lumat dengan sedikit lada hitam sebagai penambah selera.
Segelas air minum rebusan air akar kayu atau sekurang-kurangnya rebusan air kayu sepang dan kederang.

Minum Petang

Sama seperti sarapan pagi. Selepas bertungku dan berbarut semula. Antara jam 4.00 - 5.00 petang.


Makan Malam
Menunya sama seperti makan tengahari. Antara 7.00 - 8.00 malam.

Rawatan sampingan
Pilis
Menyapu pilis menggantikan bedak selepas siap bertungku pagi dan petang
Sapuan asahan biji kani
Asah biji kani pada buntut pasu dan sapu asahan biji kani pada luka luar anggota kelamin agar membantu menyembuh luka. Ini hanya dilakukan mulai hari ketiga atau keempat sehingga luka pulih.
Biji kani
Sebagai tambahan tiga biji buah kani saiz hujung kelingking dibenamkan dalam nasi yang telah mendidih (mulai kering). Ia akan lembut dan dimakan semasa makan tengahari dan malam. Ini membantu menyembuhkan luka dalaman.
Cucian Air Asam Keping
Semasa mandi sediakan air asam keping untuk membasuh luka. Walau pun pedih cuci bahagian yang luka perlahan-lahan dengan air asam keping tadi
Penyusuan bayi dengan susu ibu
Bayi harus diberi susu ibu sejak mula dilahirkan.
Air rebusan akar kayu 
Pantang larang dan amalan-amalan lain dalam tempoh 44 hari.
  • tidak keluar rumah,
  • kurangkan berjalan dan membuat pergerakan pantas atau lasak,
  • tidak makan dan minum berlebihan,
  • menjaga makan,
  • jangan membaca atau melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit atau seumpamanya,
  • terdedah pada cuaca sejuk,
  • melepaskan rambut terurai, hendaklah diikat kemas, memakai wangi-wangian.

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...