Saturday, September 19, 2015

UJIAN HSG UTK TIUB TERSUMBAT


Entry sebelum ini ada saya ceritakan masalah saya sendiri berkaitan Tiub Tersumbat Boleh Hamil Ke?. Memang satu ujian beratkan utk semua wanita. Apa2 pun usaha itu penting dan InshaAllah pasti ada hasilnya.


sweetnyer.blogspot.com



Ujian hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio. HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim, tiub fallopio dan kawasan di sekeliling mereka kelihatan dan diperiksa. Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat, masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk atau struktur rahim yang abnormal.

Di samping itu, HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Bilakah HSG dibuat?

Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid telah tamat tetapi sebelum ovulasi, untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan.

Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Prosedur HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit.  Anda akan berbaring di atas meja di bawah fluoroskop ( real-time x-ray).  Spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda. Doktor akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke dalam bukaan serviks.

Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula, kemudian memasuki tiub fallopio dan keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat.  Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut, keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x-ray. Akan tetapi, prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnosis endometriosis.

Selepas HSG, anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta-merta, tetapi anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks untuk beberapa hari.

Apakah risiko dan komplikasi HSG?
HSG adalah prosedur yang sangat selamat. Walaubagaimanapun,risiko dan komplikasi jarang terjadi, Cuma 1% sahaja di kalangan pesakit. Ia termasuk seperti:
  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan faraj
  • Pengsan
  • Alahan terhadap dye berwarna
  • Luka pada serviks
  • Pendedahan sinaran x-ray.


Apakah langkah seterusnya selepas HSG?
  1. KEPUTUSAN NORMAL

Tiub fallopio dan rahim tidak mempunyai masalah. Doktor anda mungkin memberi cadangan untuk membuat ujian lain untuk mencari sebab ketidaksuburan anda atau memberi rawatan seterusnya seperti IUI.

    2. KEPUTUSAN TIDAK NORMAL
Jika tiub fallopio tersumbat, doktor anda mungkin memberi cadangan sama ada melakukan laparoskopi ( prosedur pembedahan untuk melihat tiub) atau memberi rawatan seterusnya seperti IVF.

Gambar ini menunjukkan bagaimana tiub fallopio kanan tersumbat apabila ujian Hysterosalpingogram (HSG) dijalankan.


inilah serba sedikit mengenai tiub tersumbat.  Saya juga mempunyai masalah tiub kanan tersumbat.  Apa yang penting sama-sama kita usaha dapatkan anak.  InshaAllah pasti ada jalannya..Amin

2 comments:

Unknown said...

Saya baru buat HSG..doktor cakap saya mengalami tiub sebelah kiri tersumbat...doktor cadangkan sy buat IUI tapi saya nak sembuh mcm biasa..ada sape2 yg alami mcm saya x?hmm :(

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...