Wednesday, September 30, 2015

# INFO: KEHAMILAN # TIROID

TIROID DAN KEHAMILAN


Tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada leher.
Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Ia juga dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, menggeletar, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.


Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan.
Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.
Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini.

“Kebanyakan masyarakat pula masih tidak mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain.

“Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,” katanya, baru-baru ini.

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta tidak berbahaya.
Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.

HYPERTIROID
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom Hipertiroid: 
  • Hilang berat badan 
  • Kerap buang air besar 
  • Sering berpeluh 
  • Berdebar 
  • Menggeletar 
  • Penglihatan terjejas 
  • Lumpuh kaki, terutama lelaki 
  • Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis 
  • Bertambah selera makan
HIPOTIROID
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya. 

Simptom Hipotiroid:
Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan. 
  • Kaki bengkak 
  • Ingatan terganggu 
  • Lembap 
  • Malas 
  • Kuat tidur 
  • Badan sering terasa sejuk 
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat 
  • Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan
Hipotiroidisme kongenital 
Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi. 

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran. 

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi. 

RAWATAN 
Wanita hamil disaran menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari seumur hidup. Tablet natrium levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum meningkatkan penyerapan hormon.

Boleh juga lihat entry terdahulu berkaitan masalah TIROID dan Set Hamil untuk Tiroid.

Jika ada sebarang kemuskilan, boleh terus hubungi fiza 012 4513311

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me