Wednesday, September 30, 2015

TIROID DAN KEHAMILAN

10:40 PM 0 Comments

Tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada leher.
Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Ia juga dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, menggeletar, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.


Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan.
Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.
Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini.

“Kebanyakan masyarakat pula masih tidak mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain.

“Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,” katanya, baru-baru ini.

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta tidak berbahaya.
Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.

HYPERTIROID
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom Hipertiroid: 
  • Hilang berat badan 
  • Kerap buang air besar 
  • Sering berpeluh 
  • Berdebar 
  • Menggeletar 
  • Penglihatan terjejas 
  • Lumpuh kaki, terutama lelaki 
  • Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis 
  • Bertambah selera makan
HIPOTIROID
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya. 

Simptom Hipotiroid:
Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan. 
  • Kaki bengkak 
  • Ingatan terganggu 
  • Lembap 
  • Malas 
  • Kuat tidur 
  • Badan sering terasa sejuk 
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat 
  • Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan
Hipotiroidisme kongenital 
Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi. 

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran. 

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi. 

RAWATAN 
Wanita hamil disaran menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari seumur hidup. Tablet natrium levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum meningkatkan penyerapan hormon.

Boleh juga lihat entry terdahulu berkaitan masalah TIROID dan Set Hamil untuk Tiroid.

Jika ada sebarang kemuskilan, boleh terus hubungi fiza 012 4513311

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN DAUN SUP

7:35 AM 0 Comments
Antara rahsia tersembunyi sayuran yang mungkin kita kerap makan tanpa kita ambil peduli tentang khasiatnya ialah daun sup. Daun sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! Ketahuilah rahsia daun sup melalui tips dibawah. Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang kita dalam proses biologi badan. Kandungan garam dan racun yang ada didalamnya tidak kita ketahui betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Namun begitu, tahukah anda dengan "daun sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini... 



Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar / daun sup

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar / sup  ini dengan harga RM1.00 atau kurang

2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan bahan-bahan lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun2 ini sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!
Selamat mencuba!!

Saturday, September 19, 2015

UJIAN HSG UTK TIUB TERSUMBAT

9:21 PM 2 Comments

Entry sebelum ini ada saya ceritakan masalah saya sendiri berkaitan Tiub Tersumbat Boleh Hamil Ke?. Memang satu ujian beratkan utk semua wanita. Apa2 pun usaha itu penting dan InshaAllah pasti ada hasilnya.


sweetnyer.blogspot.com



Ujian hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio. HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim, tiub fallopio dan kawasan di sekeliling mereka kelihatan dan diperiksa. Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat, masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk atau struktur rahim yang abnormal.

Di samping itu, HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Bilakah HSG dibuat?

Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid telah tamat tetapi sebelum ovulasi, untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan.

Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Prosedur HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit.  Anda akan berbaring di atas meja di bawah fluoroskop ( real-time x-ray).  Spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda. Doktor akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke dalam bukaan serviks.

Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula, kemudian memasuki tiub fallopio dan keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat.  Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut, keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x-ray. Akan tetapi, prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnosis endometriosis.

Selepas HSG, anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta-merta, tetapi anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks untuk beberapa hari.

Apakah risiko dan komplikasi HSG?
HSG adalah prosedur yang sangat selamat. Walaubagaimanapun,risiko dan komplikasi jarang terjadi, Cuma 1% sahaja di kalangan pesakit. Ia termasuk seperti:
  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan faraj
  • Pengsan
  • Alahan terhadap dye berwarna
  • Luka pada serviks
  • Pendedahan sinaran x-ray.


Apakah langkah seterusnya selepas HSG?
  1. KEPUTUSAN NORMAL

Tiub fallopio dan rahim tidak mempunyai masalah. Doktor anda mungkin memberi cadangan untuk membuat ujian lain untuk mencari sebab ketidaksuburan anda atau memberi rawatan seterusnya seperti IUI.

    2. KEPUTUSAN TIDAK NORMAL
Jika tiub fallopio tersumbat, doktor anda mungkin memberi cadangan sama ada melakukan laparoskopi ( prosedur pembedahan untuk melihat tiub) atau memberi rawatan seterusnya seperti IVF.

Gambar ini menunjukkan bagaimana tiub fallopio kanan tersumbat apabila ujian Hysterosalpingogram (HSG) dijalankan.


inilah serba sedikit mengenai tiub tersumbat.  Saya juga mempunyai masalah tiub kanan tersumbat.  Apa yang penting sama-sama kita usaha dapatkan anak.  InshaAllah pasti ada jalannya..Amin

Friday, September 18, 2015

KIAMAT IREACH UTARA 2015

7:10 PM 0 Comments
Assalamualaikum...

Gempak tak tgk tajuk entry kali ni?. High..Sebenarnya rabu lepas ada join satu program anjuran Master2 dari Group iReach Shaklee. Speakernya ' Atok' kitaorg iaitu Master Zainul dan penutup oleh Master Lyana...:)

Best kelas ni. Apa yang disampaikan oleh 'atok' sangat menyentuh hati dan perasaan. Semua yg beerkaitan dengan bisnes yang kami jalankan semuanya Atok related dengan Al-Quran. Sebenarnya memang betul pun..bukan sahaja dlm bisnes Shaklee kan, apa2 saja bisnes..pekerSedikit perkonsian bagi yang menjalankan bisnes atau apa jua pekerjaan

Sedikit perkonsian bagi yang menjalankan bisnes atau apa jua pekerjaan:





1. Betulkan niat
Apa juga yang nk kita lakukan mesti dengan langkah yg tepat..pertama betulkan dulu niat kita. Apa yang kita nk sebenarnya. 

2. Buang ego
Ego tu buang jauh2. Org kata jgn bodoh sombong..jgn buat2 pandai tahu semua benda. Padahal apa pun xtau..

3. No alasan
Part paling best kot..kadang2 memang tepat Lena kat batang idung sendiri. Banyak sangat alasan, itu lah..ini lah..:)

4. Bersabarlah
Sabar dalam setiap dugaan dan cabaran. Semua kita dah buat tapi ada sj halangan. So pointnyer adalah sabar. Kalau ada pun perkara2 negatif byk2kan sabar.

5. fokus
Fokus dengan apa yg kita buat..jgn semua benda kita nk buat..last2 apa pun xjadi.

6. Jaga solat
Solat awal waktu, solat sunat, bangun tgh mlm solat tahajud, solat dhuha dll..sangat2 penting solat awal waktu, jgn tangguh2

7. Doa

Nak berjaya..jom amalkan..banyak lagi nk kongsi tp lain kali yer..stay tune..:)

Sunday, September 6, 2015

SIHAT DENGAN SUSU IBU

6:58 PM 0 Comments

Bayi yang disusukan dengan kerap dapat mengekalkan pengeluaran susu kerana ransangan sekali gus mengurangkan bengkak payudara.  Ibu juga perlu memastikan bayi mendapat susu yang cukup.



Ibu juga perlu memastikan posisi menyusu yang selesa bagi mengelakkan puting merekah dan payudara bengkak.

Kandungan nutrien dalam susu ibu cukup untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga 6 bulan. Ini bagi memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien dalam susu ibu seperti zat besi.

so...elakkan makanan lain selain susu ibu sehingga bayi anda 6bln. Saya perkenalkan makanan pejal pada bayi pada usia 8bln+.

sebabnya, enzim2 penghadaman yang terlibat belum bersedia sepenuhnya, oleh itu, bayi mudah cirit birit jika makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal.

sweetnyer.blogspot.com


Susu ibu amat penting bagi: 
  • perkembangan psikomotor, 
  • emosi dan sosial yang lebih baik,
  • perkembangan IQ yang tinggi,
  • kurang risiko diabetes, kanser,
  • jangkitan telinga, pneumonia, antibodi melawan penyakit,
  • kurang risiko insiden sindrom kematian mengejut,
  • penghadaman mudah,
  • menggalakkan tumbesaran,
  • mengurangkan risiko alahan,
  • mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  • mempunyai komposisi nutrient yang cukup

Ibu yang menyusu bayinya selepas bersalin akan lebih tenang dan kurang tekanan, mendapat pemulihan fizikal yang cepat dan sekaligus mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman.




Wednesday, September 2, 2015

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) BEST SELLER!!

8:35 AM 1 Comments

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) BEST SELLER!!
******************************************
Pernahkah anda dengar tentang Energizing Soy Protein Shaklee?? Anda masih lagi tercari-cari supplement yang bagus untuk kesihatan anda luaran dan dalaman?Apa kata anda cuba ESP, dan saya pasti anda akan teruja dengan kesannya seperti ribuan pengguna yang lain…Dan ianya sangat berbaloi dan setanding dengan harga dan kualitinya..



TAHUKAH ANDA?
-----------------------
1- Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita.
2- Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
3- Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti:-
-Membina sel-sel baru
-Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
-Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru

KENAPA ESP SHAKLEE?
-------------------------------
~Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
~Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
~Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
~Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
~Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
~Kandungan lemak sangat minum iaitu (1gm)
~Tanpa laktosa~ Kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
~Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
~Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
~‘Versatile’ kerana boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan teh.

KELEBIHAN SHAKLEE ESP UNTUK ANDA
---------------------------------------------
1) Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
8) Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP
-----------------------------------------
1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik…

Tempah sekarang sempena PROMOSI HEBAT dari Shaklee..wsap fiza 012 4513311

POPULAR POSTS

Follow Me