Wednesday, July 29, 2015

HAZIQ 4TAHUN

3:13 PM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni 27/7/2015 hari lahir Muhammad haziq Yg ke4. Selamat hari lahir sayang..semoga menjadi anak yang soleh, taat perintahNya, berjaya dunia dan akhirat. Jadilah anak yang boleh ibu dan abah banggakan. InshaAllah ibu dan abah akan bagi yang terbaik utk kedua2 Abg dan Adik..

4tahun dah berlalu..daripada setiap hari merenung nasib tiada anak..DIA kurniakan saya 2anak. Syukur Alhamdulillah..saya akan jaga amanah ini sebaik-baiknya..








Monday, July 27, 2015

Aidilfitri 2015

8:12 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah masih berkesempatan meng'update blog...hihi..biasa la kan, raya punya pasal semua benda tertangguh..sangat2 bz dari sebelum raya sampai skrg baru jengah blog yg hampir bersawang ni..


Cerita kami sekeluarga utk raya tahun ni..dari baju raya Ibu, baju melayu abah, baju melayu anak2 semuanya tak sempat nk beli..jadinya tahun lepas punyalahhh..tapi baju lain utk anak2 ada jer...:)


Pagi sebelum raya kami gerak balik ke kg batu bertangkup, chuping Perlis..raya kat sana dulu..





Juadah raya kat Perlis?..mmg best bagi saya la..pagi lps sembahyang sunat trus blk rumah buat rendang ayam..lama sungguh tak pekena rendang. Macam biasa menu utama Mak mesti lah ketupat cicah gulai ayam...nyummy..tp x teringat nk snap pic la..huhu.



Apa lagi ek?..selain rendang, ketupat, gulai ayam..kuih tradisi mmg wajib..ada bauhulu, kuih siput, Loyang dan macam2 lagi tak termasuk moden2 punya tu..



Ada lg gambar tp dlm phone en suami..nanti2 la upload yer..hehehehe



Ptg raya ke2 terus gerak balik ke kg gunong batu melintang, jeli..sebelum sampai kg, singgah tesco alor setaq beli TV baru kat Pak Mertua hasil kutipan duit adik beradik suami yang lain..dapat la beli TV LED Toshiba 32"..rm799...best la anak menantu, cucu cicitnya ada TV baru nanti..tu pun diaorg dah berjanggut tunggu kami sampai nk tengok TV..haha..TV yang lama hanya keluar gambar tanpa suara...kesiaaaannn sampai awal sebelum raya lg tu xleh nak tgk TV..


Layan pic kat kg en suami lak











Friday, July 10, 2015

7 TIPS MEMILIH PRODUK KECANTIKAN

2:57 PM 1 Comments
Dari dulu sampai la sekarang, fiza mmg bermasalah nk pilih produk ni.  Semua produk yg fiza cuba semua tak kena..letih tau..huhu. Sekarang cuma serasi dengan pencuci muka Nuttiwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Lain2 produk Nutriwhite belum cuba..nak kena mengumpul $$$ dulu..:)





Saja je google nak cari tips...dapat lah dikongsi utk tatapan kawan2 bersama. Tips memilih produk kecantikan

  • Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai jenis kulit wajah anda. Baca label informasi mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.  
  • Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan bahan semula jadi. Jadi, carilah produk berasaskan bahan seperti lidah buaya dan vitamin E . 
  • Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang dialami. 
  • Kulit kering memerlukan formula yang dapat menggantikan minyak pada wajah, jadi produk mengandungi vitamin E dan lidah buaya, menjadi pilihan tepat. Gunakan krim pada waktu malam untuk memberikan kelembapan pada kulit dan cuci wajah sehari dua kali (maksimum).
  • Pemilik kulit berminyak biasanya bermasalah dengan jerawat. Atasi minyak berlebih pada kulit wajah dengan menggunakan pembersih dan penyegar khusus kulit berminyak. Elak menggunakan pencuci muka jenis susu kerana akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis. 
  • Kulit kombinasi memang cukup sukar dijaga. Pilihlah produk kecantikan khusus kulit kombinasi dan seminggu sekali gunakan topeng wajah untuk menyerap minyak terutama di zon T (dahi, hidung dan dagu). 
  • Elakkan memilih produk kecantikan yang menawarkan kesan baik dalam waktu singkat.
kalau boleh elakkan mengunakan produk segera yang HOT dipasaran. Pastikan Jenama yang diyakini. InshaAllah selamat

Thursday, July 9, 2015

VITAMIN SEMULAJADI UNTUK KESUBURAN LELAKI

6:43 PM 0 Comments

Tak tau la pasai apa 2/3 hari ni..byk story bab kesuburan plak dah..hehe..layan je lah yer..asalkan bermanfaat untuk semua.

Selain pemakanan, tahap kesuburan lelaki boleh dibantu dengan pengambilan vitamin Shaklee. Pada yang belum tahu, vitamin Shaklee adalah semulajadi dan inshaAllah dijamin selamat selaras dengan kualitinya.

Jom kita tgk:




Zinc Complex
Badan manusia tak dapat menyimpan zink secara semula jadi. Dos yang perlu adalah 11mg bagi lelaki. Zink terdapat dalam daging, ayam, makanan laut, kekacang, bijirin dan produk tenusu.

Paling mudah anda hanya perlu mengambil suplemen Zink Complex Shaklee. 1 biji Zink Complex Shaklee memberikan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).

Zink membantu lelaki dari meningkatkan nafsu seks. Juga perlu untuk penghasilan sperma. Masalah jumlah air mani menurun dan tahap testosteron yang rendah juga dapat dielakkan.





CoQ10 Shaklee
CoQ10 banyak terdapat dalam sumber makanan laut dan juga organ lembu. Kandungan CoQ10 ini menurun seiring dengan usia haiwan tersebut. CoQ10 adalah satu nutrien penting untuk meningkatkan mortaliti sperma di dalam air mani. Ia merupakan antioksidan yang membantu melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Kandungan CoQ10 yang tinggi dalam CoQ Health Shaklee merupakan jawaban kepada mereka yang mempunyai masalah mortaliti sperma dalam air mani.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:

  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson


Vitamin E 
juga dikenali sebagai Vitamin Cinta. Pada 1922, satu kajian menunjukkan bahawa tikus yang diberi TANPA Vitamin E menjadi tak subur dan tak membiak. Namun, mereka telah diberikan minyak gandum yang kaya vitamin E dan kesuburan tikus tersebut kembali pulih.

Sekarang, kajian terhadap vitamin E membuktikan ia bertindak sebagai pelindung dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian badan kita terhasil dari berjuta sel yang membentuk tisu dan organ-organ seperti pembiakan, sperma dan lain-lain.

Kajian lain pula membuktikan Vitamin E mempertingkat kesihatan dan kualiti sperma. Pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E.

Kesimpulannya, pengambilan supplemen yang tepat adalah berkesan dan membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan kesannya biasa akan nampak dalam tempoh paling cepat 4 minggu bergantung kepada setiap individu.

Ketahui 10 jenis makanan yang mampu meningkatkan kesuburan lelaki di dalam entry fiza yang lepas. Inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi fiza yer. (0124513311)

10 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

2:17 PM 1 Comments

10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma

Lelaki juga dikaitkan dengan masalah kesuburan. Jangan menuding jari hanya kepada wanita yer. Lebih-lebih lagi lelaki yang merokok!!. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. Pisang

Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).

Pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

   
2. Coklat (Dark chocolate)

Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.




3. Bawang putih

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah delima

Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.

5. Daging (merah)

Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  Kacang Walnut

Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. Bayam

Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.  Salad buah

Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.


9. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.



10. Air kosong
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

Wednesday, July 8, 2015

ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN ZINK COMPLEX

9:35 PM 0 Comments
Rimas dengan rambut yang sering keguguran? Sikat je rambut gugur..bila syampoo je rambut penuh jer kat bilik air..huhu. Makin lama makin nipis plak kan. Ada plak tu kelumumur dok bertepek kat kulit kepala. Masalah lagi tu..adehhh..runsing kan??




Punca rambut gugur?
  • Genetik - mmg biasa kita dengar kan
  • Stress/tertekan - wajib amik vitamin kurangkan stress duly
  • Hormon tidak stabil
  • Kekurangan nutrisi
  • Pengambilan vitamin/ubat yg pelbagaipelbagai
  • Penggunaan produk warna rambut
  • Kurang cuci rambut - ada yg mls cuci ke?..adehhh masalah ni
So...fiza rekemen 2produk Shaklee yang memang best:



Zink Complex
Banyak sebab mengapa kita perlu zink dalam badan. Antaranya ialah:
  • Membina sel-sel sihat
  • Mengawal hormon
  • Membantu dalam penyerapan nutrien lain
  • Satu hubungan penting di antara tahap zink yg rendah membolehkan DHT menjadi tinggi (dihydrotestosterone; musuh rambut anda) dalam badan. Lebih zink = DHT kurang; kurang zink = DHT lebih.


Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zink yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zink diperlukan oleh seluruh badan. Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zink juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita  kekurangan zink, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zink boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.


Bukan Zink Complex shj tau. Perlukan kombinasi B Complex juga tau.





Satu komponen kumpulan kompleks B, Biotin sering dirujuk Vitamin H atau vitamin rambut. Ini kerana ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran. Ia berfungsi untuk memetabolismakan asid lemak yang menjana pertumbuhan dan pembaikan folikel rambut, sekali gus mengurangkan kerosakan folikel yang disebabkan oleh DHT.

Boleh baca juga Tips Merawat Keguguran Rambut

Jadi, pada yang sering mengalami masalah kelumumur dan keguguran rambut boleh hubungi fiza 012 4513311

5 CARA MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA

9:14 AM 1 Comments
Cara MeningkatkanKesuburan? Apabila bercerita pasal tahap kesuburan, wanita seringkali dikaitkan. Tetapi perlu diingatkan, lelaki juga berhadapan dengan masalah kesuburan tau..lps ni kita story pasal kesuburan lelaki plak la..

Kesuburan wanita dikaitkan dengan kadar peningkatan kualiti terlur/ovum yang dikeluarkan setiap bulan. Terdapat banyak cara tapi hari ni nak kongsi  5 cara penting.



1. Amalkan makanan yang meningkatkan kesuburan - Makanan berkhasiat penting untuk badan kitamemberikan memberikan manfaat bagi kesuburan.

  • Asid folat - Asid folat penting untuk melancarkan proses ovulasi. Bahan makanan yang kaya asid folat diantaranya adalah asparagus, bayam, jagung, kacang hijau, dan buah-buahan seperti pepaya dan jeruk
  • Zat besi - Zat besi memberikan pengaruh pada kualiti sel telur. Bayam, kacang tanah, dan kentang kaya dengan zat besi.
  • Vitamin E - Vitamin E bermanfaat untuk menjaga kualiti sel telur, dan makanan yang kaya vitamin E diantaranya adalah sawi, paprika merah, dan biji bunga matahari.


2.   Bersenam/amal gaya hidup sihat 

amalkan senaman ringkas agar kekal aktif dan peluang hamil meningkat. 

3.  Rehat yang cukup - sangat penting jika tidak keadaan kita akan menjadi stress. Tahukah anda bila stress akan menyebabkan peluang hamil menurun. Jangan stress2 tau!

4. Elakkan alkohol dan kafien tau - kalau dulu sblm saya menjalani rawatan kesuburan memang semua ni saya stop. hari2 minum air putih jer..huhu

5. Amalkan diet sihat bagi mereka yang mempunyai berat badan belebihan

Entry sebelum ini ada  fiza selitkan Panduan Pemakan untuk Kesuburan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Tuesday, July 7, 2015

TINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN GLA COMPLEX

9:30 PM 2 Comments
Tingkatkan peluang hamil dengan Gla Complex?. Anda ada masalah Hamil seperti saya dulu? Masalah haid tidak teratur? Sukar hamil? Ada cysts atau fibroid? Berisiko kanser? Kulit kusam, berjeragat atau tona kulit tidak sekata? PMS? Menopuse? Ini semua masalah biasa yang dialami oleh kaum wanita kan. 

Saya ada ceritakan masalah yang saya hadapi berkaitan Tiub Fallapio Tersesumbat. Kawan2 boleh baca entry saya.  Sangat2 stress kan dah kahwin bertahun2 masih belum ada anak..saya pernah alami selama 4thn+ dan saya faham sangat perasaan yang korang alami. Tetapi apa2 pun yang terjadi semua bergantung pada kuasaNya..kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan berusaha..InshaAllah



Ok..biasa dengar Shaklee GLA Complex tak? Kita biasa dengar EPO kan. Haa kalau nak tahu Shaklee GLA Complex adalah EPO versi Shaklee. EPO sebenarnya adalah gamma-linolenic acid (GLA) yang diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Jadi mudahnya ia dipanggil sahaja EPO.

Apa pentingnya GLA ni? GLA mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.



Jadi apa fungsi Shaklee GLA Complex?

  • Shaklee GLA Complex seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
  • Shaklee GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
  • Shaklee GLA Complex melegakan simptom PMS
  • Shaklee GLA Complex membantu mengatasi masalah menopouse
  • Shaklee GLA Complex menguatkan kuku dan rambut
  • Shaklee GLA Complex menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing)
  • Shaklee GLA Complex membantu menangani ekzema
  • Shaklee GLA Complex membantu melegakan simptom artritis reumatoid
  • Shaklee GLA Complex menguatkan sistem imun badan
  • Shaklee GLA Complex bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
  • Shaklee GLA Complex mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
  • Shaklee GLA Complex mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Shaklee GLA Complex mengawal kolesterol dan membakar lemak
  • Shaklee GLA Complex membantu fungsi saraf
  • Shaklee GLA Complex melambatkan proses osteoporosis
  • Shaklee GLA Complex mencegah pembentukan sel-sel kanser
  • Shaklee GLA Complex mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Shaklee GLA Complex membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Lihat testimoni saya di ENTRY sebelum ini berkaitan Period Lancar dengan Gla Complex dan terbaru dalam minggu lepas kawan sekolah yang pernah ambil Gla Complex + Zinc Complex wsapp bagitau dah selamat bersalin anak kedua selepas anak sulungnya dah pun berumur hampir 9thn. Best kan?





Hubungi fiza untuk konsultasi percuma..InshaAllah..kita sama2 usaha 

5 CARA HILANGKAN BINTIK HITAM

4:02 PM 2 Comments

Tentunya anda segan dan dalam masa yang sama geram dengan bintik-bintik hitam yang ada pada hujung hidung dan beberapa lagi kawasan wajah. Namun menghilangkannya bukan semudah membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub, malah ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat proses extraction untuk mengeluarkan bintik hitam.

Kini anda tak perlu bazirkan duit lagi kerana ada lima cara yang jauh lebih murah dan juga berkesan untuk anda lakukan sendiri di rumah. Jom cuba!



  • Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya. Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap.

  • Pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering.
  • Campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah.

  • Perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.

  • Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam.

apa tunggu lagi..jom kita cuba..nak cara mudah, berkesan & semulajadi? boleh baca entry Cara menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD" dengan Vitamin E Shaklee dan Cara Ekstrem Hilangkan Blackhead

Monday, July 6, 2015

HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN VITAMIN E

4:07 PM 0 Comments
Hilangkan parut jerawat dengan Vitamin E Shaklee? haa..hanya penggemar Vitamin E shaklee sahaja tahu bestnya vitamin ni. Macam2 khasiatnya baik utk lelaki mahupun wanita. 

Wanita memang tak lari dari kecantikan. Nak muka sentiasa bersih dari jerawat kan? dan bila naik jer satu jerawat riuh satu rumah..haha..bukan parut jerawat je yang paling risau kan..parut demam campak, parut kemalangan, parut jahitan, parut stretch mark dan sebagainya memang merungsingkan. Memang boleh membuatkan seseorang tu down atau rasa rendah diri, hilang keyakinan diri. Parut-parut kat tempat lain pun stress juga, especially bagi yang bakal atau sudah berkahwin, segan dengan cik abang. Kalau boleh nak nampak cantik sentiasa depan cik abang. 

Banyak sebenarnya petua semulajadi utk hilangkan kesan jerawat..itu pun kalau korang rajin la nak amalkan. Macam fiza ni, mmg simpan macam2 petua tp nak buat, nak amalkan fuhhhh..sekali dua jer kot..haha

Sekarang?..dah jumpa 'the BEST Vitamin in the world'. Best sangat2 dan yang penting selamat dan menggunakan bahan semulajadi. Hanya amalkan Vitamin E Shaklee..InsyaAllah berkesan dengan penggunaan yang konsistent. Nak amalkan Vitamin E? fiza syorkan sekali Vitamin C. Kenapa? haaa..baca sampai habis yer..






Cara Hilangkan Parut Dengan Cepat Dengan Vitamin E Shaklee

Vitamin E sememangnya terkenal untuk kecantikan kulit terutamanya untuk masalah parut. Secara amnya, Vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan raikal bebas agar tidak rosak. Ianya membantu membaiki tekstur kulit, tona kulit yang tidak sekata, mengelakkan penuaan awal dan membantu masalah parut, seperti parut jerawat, parut kemalangan, parut jahitan, parut demam campak dan sebagainya.

Cuma ambil 1 biji sehari. Selain makan, Vitamin E ni juga boleh disapu ke kawasan kulit untuk kesan yang lebih bagus.

Apa Kelebihan Vitamin E Shaklee berbanding Jenama Lain?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium. Kenapa dengan selenium? Kerana vitamin E tanpa selenium adalah tidak sempurna, selenium membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.

Vitamin E Shaklee didatangkan bersama dengan grape seed yang mana kelebihan grape seed ni mengandungi kuasa antioksidan 20x lebih hebat daripada vitamin E sahaja. Grape seed mengandungi OPC iaitu Oligomeric Proanthi Cyanidin membantu kulit lebih anjal dan awet muda. Grape seed juga bertindak sebagai anti kanser.

Paling penting, Vitamin E Shaklee ni adalah 100% semulajadi tanpa bahan pewarna, pengawet atau perasa tiruan.

Untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan dan menghilangkan parut, saya amat sarankan agar mengambil bersama Vitamin C Shaklee.

Vitamin C pula penting untuk pertumbuhan tisu, membantu dalam membaik pulih tisu, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Jadi..jangan stress, jangan risau..ada jalannya..InshaAllah..
terus hubungi fiza utk khidmat nasihat percuma..jangan segan2..jangan malu2..
012 4513311

3 HABIT MEMBERI KESAN BURUK PADA KULIT WAJAH

3:55 PM 0 Comments
Beberapa perkara yang anda tidak sedar dan sangka ia membawa kesan buruk kepada kulit anda. Apa benda tu? jom tengok.

  • Terlebih Cuci Muka

Anda fikir semakin kerap anda mencuci muka makin bersih kulit anda. Sebenarnya tidak, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Dan saranan ini adalah untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga, kerana semakin kerap anda mencuci wajah makin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.

  • Scrub wajah kasar

Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!



  • Berjaga malam

Semua orang tahu pabila kita kurang tidur makan wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.

jadi kawan2 semua..start hari ni..cuma elakkan semua diatas yer..:)

Sunday, July 5, 2015

EXPO KARNIVAL RAYA PADANG SERAI

3:51 PM 2 Comments
Assalamualaikum semua..

Haaa..ni nak hebahkan pada semua rakan2, penduduk padang serai dan kawasan sekitarnya, fiza adalah antara peniaga kat expo karnival padang serai ni..

Semua dijemput hadir meriahkan..jom shopping sakan. Macam2 ada, dari kasut, beg, mainan kanak2, tudung, shawl..semua jenis tudung ada. Baju/blouseJubah? Paling banyak kat expo ni. Jadi, apa tunggu lagi..mai lekaih..

Promosi best punya..harga dijamin berpatutan!

Jemput semua datang ke Expo Karnival Raya Padang Serai, lokasi berdekatan Trafic Light..Tapak Peladang tepi jalan sebelum sampai balai polis kalau dari shell/petronas.

Cepat2 datang!..pasti syoikkkk..






SHOPPING RAYA

3:49 PM 0 Comments
Kami sekeluarga baru berkesempatan nak cari barang2 raya ahad lepas. Itu pun cuma cari Baju until 2 hero ni her..untuk saya?..kita tengok baju apa yg tak terjual kat expo tu nnti kita grab jer..he he..mmg sejak berniaga mcm ni tak pernah dah beli baju raya..jimat kan?? He he

Utk En suami..nnti dia cari sendiri kot. Tema raya kami tahun ni? Tak pasti lagi kot..semua bajet nak cut..haha..

Lama tak shopping dekat Megamall Penang ni. Sesekali masuk best gak. Memang bersesak bahagian kanak-kanak dan bayi. Semua parent nak cari baju untuk anak. Saya ni bila dah jalan2 tempat sesak macam tu mula nak pening kepala..last sekali cuma sempat beli 2helai seluar jeans untuk anak2..nanti lah, kita datang lagi tp bukan hujung minggu la..huhu


Shopping raya 2015 belum settle...aduhhh lagi pening..

TIPS MERAWAT KEGUGURAN RAMBUT

6:20 AM 1 Comments
Seringkali mengalami masalah keguguran rambut?..susah hati kan? Jom kita beberapa tips mudah secara Traditional!




Merawat Rambut Gugur Cara Tradisional
Terdapat banyak cara untuk merawat rambut gugur. Antaranya adalah dengan menggunakan cara tradisional. Berikut adalah cara paling berkesan merawat rambut gugur cara tradisional:

1. Pertama, anda perlu pastikan rambut anda mudah di rawat. Rambut yang terlalu panjang akan menyukarkan anda untuk merawat rambut gugur cara tradisional. Pendekkan rambut anda pada pendek yang sesuai dan mudah untuk anda uruskan.

2. Cuci rambut anda dengan air perahan limau nipis. Ambil beberapa limau nipis dan ambil air perahannya. Kemudian, anda sapukan air perahan pada kulit kepala. Ratakan pada seluruh kulit kepala. Tutup rambut dengan plastik bag supaya air perahan limau akan singkirkan semua kulit–kulit mati, kelemumur dan membunuh bakteria–bakteria yang lain. Peramkan rambut selama 15 minit. Kemudian, bilas rambut sehingga bersih. Lakukannya sebanyak dua minggu sekali.

3. Santan kelapa?..haa..senang jer. Lumurkan rambut sehingga kulit kepala dengan air santan. Perapkan rambut dengan air santan selama sejam. Khasiat daripada santan akan membantu anda untuk mencegah rambut gugur dan mendorong kepada pertumbuhan rambut yang sihat. Lakukannya sebanyak sebulan sekali.

4. Air lendir daun lidah jin ~ Ambil lendir daun lidah jin dan sapukan pada rambut dan pada kulit kepala. Lakukannya sebanyak seminggu sekali.

Keempat–empat langkah di atas akan membantu anda untuk mencegah rambut gugur dan dapatkan rambut yang sihat, berkilat dan kuat dalam masa beberapa minggu sahaja.
Semoga bermanfaat untuk anda.  

RAHSIA AWET MUDA DENGAN VIVIX

6:06 AM 0 Comments
Sempena bulan promosi Vivix, jom nak story ckit kaitan Vivix dan awek muda ni. Rata2 yang kita dengar Vivix sinonim dengan Anti Kanser dan banyak membantu pesakit Kanser menjalani kehidupan lebih baik. Selain itu, pengamal Vivix dpt EXTRA bonus sbb apa tau? haaa..awek muda semestinya!



PROMOSI JULAI...apa anda dapat?

2 botol Vivix
free membership
harga terbaik
free Vitalea (multivitamin no 1 dunia)
cash back rm30+
Y.E.S Program


Untuk tubuh kita kembali normal dan sel-sel tubuh kembali sihat, tubuh memerlukan antioksidan secukupnya untuk mengatasi masalah penuaan ini. Antioksidan ini boleh diperolehi dari sumber pemakanan yang kaya dengan aktioksidan. 

Tahu tak?..Saintis Shaklee menghabiskan bertahun-tahun kajian tentang fenomena ini. Akhirnya, terhasillah Vivix Shaklee, supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi dalam cuaca yang ekstrem. Menurut saintis, semakin anggur itu terdedah kepada cuaca yang ekstrem, semakin tinggi penghasilan resevratolnya.


Apa yang istimewa sangat Vivix ini?

Semulajadii! Bebas dari pewarna tiruan, perasa, pemanis dan pengawet.
Ramuan yang digunakan berpotensi lebih 10 kali dari resevratrol biasa dan hanya bertujuan untuk memperlahankan penuaan sel.
Mengandungi lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins iaitu antioksidan semulajadi!
Vivix telah dipatenkan khas eksklusif hanya untuk Shaklee!

Tak kan tu je yang best?..tgk ni..ada 1001 satu khasiat Vivix. Juga Ramuan Semulajadi Hebat yang perlu anda tahu.


Siapa perlu ambil Vivix?

  • Mereka yang berisiko sakit jantung
  • Mereka yang mempunyai risiko kanser
  • Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser
  • Mereka yang tua sebelum masanya
  • Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit
  • Mereka yang menghidap diabetes jenis 1
  • Mereka yang tinggi kolesterol dalam darah
  • Warga Emas

*Tolong! Jangan ambil Vivix andainya anda sedang dalam rawatan kimoterapi

Teruja dengan Vivix Shaklee yang best ni?..pm/wsap fiza 0124513311..fiza sedia membantu anda utk awek muda, kekal cergas bertenaga, bebas penyakit dan hidup lebih sempurna...inshaAllah

Thursday, July 2, 2015

TINGKATKAN IMUN DENGAN NUTRIFERON

4:57 PM 1 Comments
Nutriferon...memang wajib ada kat rumah saya..bagus sebenarnya untuk anak2..keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, kita perlu tingkat imun tubuh..



Apa manfaat utama Nutriferon?

  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan system imun tubuh dengan menerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag.
  • Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan Stres & Kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.



  • Melambatkan penuaan – Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon Shaklee dalam menmerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit  belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
Setiap keluarga wajib simpan stock Nutriferon ni...:)..entry yg lepas ada Tips Anak Demam dan beberapa langkah mudah menjaga anak demam. Semoga bermanfaat.

Berminat mendapatkan stok Nutriferon wsap fiza 012 4513311
Ingin menjana pendapatan bersama shaklee dialu-alukan...:)

6 TIPS MENJAGA ANAK DEMAM

11:33 AM 3 Comments
Anak tak sihat? wahhh..susah hati tau..Alhamdulillah..anak2 saya jarang sangat nak demam..kalau pun suhu badan panas..kejap jer dah baik. Kadang faktor cuaca sama kan. Yang pasti kita mesti nak yang terbaik buat mereka.

Jom kita tengok tips yang biasa diamalkan oleh kebanyakkn ibu-ibu diluar sana..mudah dan InshaAllah..



1.  Sukat suhu badan anak

Pastikan setiap rumah ada termometer...haa..yang ada anak kecik mmg wajib beli tau..keadaan cuaca malaysia ni tak menentu..memang tahap kesihatan mereka pun tak menentu..Check’ suhu selalu
Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.


2.Tuam kepala dan badan anak

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya.

Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. Mudah petua anak demam ini bukan? Namun, berapa ramai yang melakukannya zaman ini?


3. Daun bunga raya
Petua anak demam dari orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit.

Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.


4. Masakkan Bubur Untuk Anak
Pastikan perut anak tidak kosong. Jangan abaikan petua anak demam ini. Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.

Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.


5. Minum banyak air dan susu
Berikan anak air masak yang secukupnya. Ramai sudah tahu petua anak demam yang ini, tetapi selalu mengabaikannya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘Kool Fever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.


6. Sentiasa berada di sisi anak
Dalam keadaan sihat pun mereka perlukan kita..inikan pula tengah2 demam kan..belaian seorang ibu itu penting.

Anak anugerah tak ternilai bagi kita semua..hargai mereka..berikan sepenuh perhatian untuk mereka..

lagi tips menarik utk dikongsikan:



POPULAR POSTS

Follow Me