Tuesday, June 9, 2015

# GENERAL INFO

TUNTUTAN PAMPASAN RUMAH LEWAT SIAP

entry lepas geram lepas 2kali naik turun pejabat pemaju..

Google punya Google, jumpa macam2 blog, website pasal tuntutan pampasan ni..info yang fiza ambil byk dari laman tribunal dan Facebook Penguam Hartanah.

Saya dan suami beli rumah 3mei 2012 (tarikh sign SPA). Pada awalnya pemaju bagitau rumah akan siap pada jun 2013..ok..fine, mmg x boleh pakai kan..so mmg kena 24bulan la kan..

Rumah yang kami beli murah je, kos sederhana rendah RM 68,808.00.  Kalau ikutkan tempoh 24bulan, 3 Mei 2014 dah siap kan.  Tetapi surat penyerahan kunci baru je kami dapat pada 11 Mei 2015..baru dapat ambil kunci semalam.

Nilai tuntutan yang pemaju nak bayar pada kami (setelah ditanya), hanyalah RM3000+ sahaja. So ambil kira pandangan semua orang dan kami berdua yang memang tak tahu apa2 pasal rumah ni, kami decide takkkk mau sign lagi pampasantu.. Saya ajak suami, jom kita blk dulu..



Ini hasil Google dari tribunal dan lain2 website:

Berapa nilai tuntutan yang patut kami dapat?..jom kira sat..kalau ada salah to long betulkan...saya baru nak mencari sebanyak mungkin info.

Butir-butir tuntutan:

1. Tarikh SPA ditandatangani (Bayaran 10% deposit) = 03 Mei 2012

2. Tarikh serahan sepatutnya dalam SPA (24 bulan) = 03 Mei 2014

3. Tarikh serahan sebenar Milikan Kosong oleh Pemaju = 11 Mei 2015

(Kiraan lewat bermula dari 03 Mei 2014 hingga 11 Mei 2015 = 372 hari)


Pengiraan Kelewatan Serahan Milikan Kosong:

10% x (Harga Rumah) x (Bilangan Hari Kelewatan) / 365 hari

10% x (RM68,808.00) x (372 hari) / 365 hari = RM7,012.76 (lebih kurang la)


yang ni plak tak pasti apa..kena gali ilmu lagi ni.
Pengiraan Kelewatan COMMON FACILITY (Kemudahan Masyarakat)

10% x (20% daripada Harga Rumah) x (Bilangan Hari Kelewatan) / 365 hari

10% x (RM13,761.60) x (372 hari) / 365 hari = RM1,402.55


JUMLAH TUNTUTAN KESELURUHAN = RM8,415.31 


Jom pi Tribunal buat tuntutan..tensen dah ni...dapat 3k+ lps pemaju inform tolak interest bank lewat bayar..ermmm..

Dapat kunci terus pi tengok rumah..ada la gak part2 yang rosak tapi ckit je lah..x teruk..then jumpa la jiran2 yang tgh renovate rumah..sembang2 ada yang dapat 2k+, ada yang dapat 5k.  Ada pakcik sorang tu beli tahun 2010 lagi..dia dapat 17k..itu pun lepas 5/6 kali turun naik pejabat pemaju...ermmmmmmmmmmmm..

Siapa2 yang ada pengalaman plssss share...tq

11 comments:

ekin said...

salam...dah buat ke pampasan tu..share ckit kena sediakan apa lagi untuk buat tuntutan pampasan tu..kalau macam saya tak dapat kunci lagi tetapi sepatutnya dlm perjanjian awal 2015 serahan kunci, kalau macam kes saya boleh tak nak wat tuntutan pampasan tapi kunci xserah lg, dan ikut macam kiraan yg puan tunjuk tu.
sebab lawyer cakap kena tunjukkan bukti2 untuk nak claim pampasan tu
boleh x share

Hazelin said...

Assalam tumpang tanya..bayaran semestinya dalam bentuk.cash atau pemaju boleh mengelak Bayar dalam bentuk lain eg maintenance fees ke apa ker

fiza hasan said...

Blom settle lg ekin..suami dok turun naik pejabat pemaju..last dia nk bagi rm4k+..suami blom setuju lg

fiza hasan said...

Ikutkan pemaju sini once dah sign surat pampasan 2 bln duit masuk acc..yg lain2 x pasti

Unknown said...

Assalam, saya nak bertanya, jika di dalam SPA tidak ternyata tempoh milikan kosong, adakah boleh buat tuntutan pampasan?

Fauzul Aziz said...

Milikan kosong dikira dari tarikh perjanjian 24 bulan kena serahkan...itu snp standard bagi rumah dalam pembinaan.Mesti ada.kalau tiada mungkin telah diubah suai satu kesalahan..takkan mahu tunggu nak kiamat bagi diserahkan. Buat salinan snp laporkan ke kpkt

Fauzul Aziz said...

Milikan kosong dikira dari tarikh perjanjian 24 bulan kena serahkan...itu snp standard bagi rumah dalam pembinaan.Mesti ada.kalau tiada mungkin telah diubah suai satu kesalahan..takkan mahu tunggu nak kiamat bagi diserahkan. Buat salinan snp laporkan ke kpkt

Mrs & Mr.Bundle said...

Mcm mana end up ye? Pemaju bagi full amount tak? Pemaju sy minta nego juga..katanya tak mampu byr, sy masih blm sign apa2

Mrs & Mr.Bundle said...

Mcm mana end up ye? Pemaju bagi full amount tak? Pemaju sy minta nego juga..katanya tak mampu byr, sy masih blm sign apa2

Wan'z Collection said...

Salam. Ada contoh surat tak?
Jika ada mohon email ke neo_gts@yahoo.com
Thanks

ainaamardhiyah said...

ada contoh surat tak cik. boleh kongsi. saya budak baru belajar. terima kasih. ainaamardhiyah@gmail.com

POPULAR POSTS

Follow Me