Thursday, June 4, 2015

# INFO: KESIHATAN # PAP SMEAR

KEPENTINGAN DAN FUNGSI UJIAN PAP SMEAR

Assalamualaikum w.b.t.

Menjawab pertanyaan pada tajuk entry Kali ini...ya..saya sudah..anda? Pastikan kawan2 juga sudah yer..

Kanser servik merupakan kanser kedua yang mampu membunuh wanita selepas kanser payudara. Dan kebanyakkan wanita tidak tahu mereka mempunyai kanser kerana penyakit ini menyerang tanpa petanda atau simptom awal. Kanser servik adalah penyakit di mana sel-sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Apabila kanser bermula di dalam servik, ia dikenali sebagai kanser servik. Salah satu cara untuk mengesan kanser adalah melalui ujian Pap Smear.



Apa itu Pap Smear?

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962). Sedikit tisu diambil dari pangkal serviks ketika ujian ini dijalankan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser.

“Sel serviks biasanya tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel normal akan berubah dalam jangka masa tertentu di antara dua hingga 10 tahun sebelum menjadi sel kanser.” Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Paul Tay Yee Siang



Bilakah seseorang wanita itu harus melalukan ujian Pap Smear?

Adalah disarankan wanita yang telah berkahwin , pernah melahirkan anak dan wanita yang pernah melakukan hubungan sex menjalani ujian ini bagi mengesan sebarang keabnormalan pada sel servik. Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun dan sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali

Waktu yang sesuai untuk menjalankan ujian ini adalah pada hari ke-10 kitaran haid dan ianya tidak boleh dikakukan semasa anda didatangi haid. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan.

PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.

Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.

Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.

Bertindak segera!..

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me