Saturday, June 13, 2015

RAWATAN DAN PENCEGAHAN PNEUMONIA KANAK-KANAK

Bila anak2 tak sihat, kita sebagai ibu bapa paling risau kan. Kadang2 sampai MC berhari2 dan atas sebab itu juga la saya sanggup lepaskan jawatan yang pada ketika itu dah stabil bagi saya pemegang Degree Business UM.  Saya menunggu hampir 4 tahun untuk dapatkan anak dan bila dah ada anak saya tak nak bagi org lain jaga so saya decide nak jaga sendiri..biarlah susah payah saya sendiri. InshaAllah, duit boleh dicari.

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai Tanda-tanda Pneumonia dikalangan Kanak-kanak dan PUNCA TERJADINYA PNEUMONIA KANAK-KANAK.  Biasanya kebanyakkan kes kanak2 yang mengalami pneumonia boleh dirawat dirumah dan sebagai ibu bapa kita perlu melindungi mereka supaya tidak terjadi perkara yang memudaratkan.




Apa Rawatan yang sesuai di rumah?

Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.


Pastikan anak2 kita:

  • Banyak rehat
  • Minum banyak air dalam kuantiti kecil tetapi kerap
  • Mereka akan lebih selesa jika dibaringkan dalam kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan
  • Jika anak mengalami sakit dada, mereka mungkin perlukan ubat pelega seperti paracetamol
  • Jangan beri ubat batuk kepada anak. Ia tidak akan membantu
  • Jangan merokok berhampiran anak yang sakit

Keadaan kanak-kanak dengan jangkitan bakteria biasanya bertambah baik dalam masa 24 hingga 48 jam selepas diberi antibiotik. Demam akan kebah, anak lebih bertenaga dan pernafasan lebih lancar.

Bagaimanapun, batuk mungkin berlanjutan beberapa hari hingga minggu. Pastikan anak menghabiskan semua antibiotik yang biasanya diberi untuk tujuh hingga 10 hari.

Jika pneumonia disebabkan jangkitan virus, proses penyembuhan biasanya lebih perlahan, iaitu antara dua hingga empat minggu. Mereka tidak akan diberi antibiotik kerana antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria.



Rawatan di hospital

Antara pesakit pneumonia kanak-kanak yang perlu dimasukkan ke hospital ialah:


  • Berumur kurang setahun
  • Tidak boleh makan ubat
  • Mengalami kekurangan air dalam badan
  • Mengalami masalah pernafasan teruk

Ketika di hospital, anak anda dipantau dan mungkin memerlukan rawatan susulan. Antibiotik diberi melalui suntikan ke dalam salur darah; jika ia disyaki disebabkan jangkitan bakteria.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu oksigen untuk membolehkan mereka bernafas dengan selesa. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan air diberi cecair melalui drip.


Pneumonia boleh dicegah!!

  1. Pastikan anak anda diberi suntikan imunisasi mengikut jadual. Suntikan vaksin flu tahunan juga boleh melindungi kanak-kanak.
  2. Ajar kanak-kanak sekolah rendah untuk tidak berkongsi sudu, garpu, makanan dan alat permainan dengan orang lain. Langkah ini mungkin payah bagi kanak-kanak kecil kerana mereka suka memasukkan permainan ke dalam mulut.
  3. Selain itu, ajar anak membasuh tangan selepas batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran bakteria atau virus.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...