Monday, June 1, 2015

# Diabetes # INFO: KESIHATAN

Persediaan Pesakit Diabetes Menghadapi Ramadan

Assalamualaikum semua..

Ramadan bakal tiba tak lama lagi kan?..kejap je masa berlalu kan..rasanya macam baru je lepas raya tahun lepas..huhu..

Hari ni nak berkongsi beberpa tip sebagai persediaan untuk pesakit diabetes menghadapi persediaan berpuasa tak lama lagi.

Pesakit kencing manis dikalangan umat islam berkemungkinan menghadapi risiko komplikasi berkaitan penyakit tersebut seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi yang lebih tinggi ketika mereka berpuasa.

Biasanya pada mereka yang sering mengamalkan berpuasa sunat sebelum ini, mungkin tidak mempunyai masalah utk menghadapi Ramadan ini.  Pengalaman Ayah saya berpuasa, dia mengambil bacaan gula dalam darah pada hari pertama sebelum bersahur, hari kedua hingga hari hari ke lima sama ada lepas sahur dan lepas berbuka.  Dengan cara itu beliau dapat kenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh di makan.  Mengenalpasti makanan apakah yang menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi amatlah penting.

Bilangan kemasukan ke hospital bagi kes kecemasan berkaitan kencing manis meningkat mendadak pada bulan Ramadan.  Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kencing manis oleh penghidapnya berada di bawah paras optimum dalam tempoh 30 hari berpuasa.

Kajian Epidiar menunjukkan peningkatan sebanyak lima kali ganda akibat Hiperglisemia yang teruk atau kandungan gula dalam darah yang tinggi menyebabkan pesakit diabetes jenis 2 perlu dimasukkan ke hospital.  Hiperglisemia mungkin terjadi akibat kesan ubat yang berkurangan.

Samada didiagnosis dengan diabetes jenis 1 atau 2, penting bagi pesakit mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mereka berhasrat untuk berpuasa.

Bertemu doktor dan melakukan puasa sunat akan dapat mengurangkan perasaan tidak selesa akibat kesan sampingan yang mungkin dialami.



Kenalpasti Keadaan HIPOGLISEMIA, HIPERGLISEMIA dan DEHIDRASI

Hipoglisemia
  • menggigil
  • terlalu lemah
  • amat lapar
  • berpeluh
  • pucat
  • berdebar-debar
  • gelisah
  • koma (tidak sedarkan diri)
Hiperglisemia
  • kerap buang air kecil
  • terlalu dahaga
  • sangat letih
Dehidrasi
  • amat dahaga
  • kulit dan lidah terlalu kering
  • fikiran terganggu

Panduan Kepada Pesakit Diabetes yang dibenarkan Berpuasa

Diet - elak makan berlebihan ketika berbuka & bersahur.  Karbohidrat dan makanan lemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes

Senaman - melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mudarat.  Perubahan terhadap diet dan ubat ketika sahur harus dibuat mengikut nasihat doktor bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - dapatkan nasihat doktor tentang perubahan dos serta waktu pengambilan ubat.

Suntikan - suntikan exenatide diberi semasa berbuka dan waktu sahur.  Dos sahur perlu diubah suai setelah berbincang dengan Doktor.  Liraglutide yang diberi sekali sehari diberikan pada ketika waktu berbuka puasa tanpa sebarang perubahan.

Insulin - dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah.

Seharusnya kita boleh Mengawal Kencing Manis (Diabetes) dengan pengambilan Suplimen yang sesaui. Boleh rujuk pakar sekiranya anda ingin mengambil sebarang suplimen.



info: mingguan malaysia (kesihatan: 19/4/2015)

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me