Tuesday, June 2, 2015

6 Jenis Buah Bantu Diet Anda

Bila dengar diet, kurus, slim dan seangkatan dengannya mesti org teruja kan? Termasuk lah saya. Tahukah anda, sebenarnya buah menggantikan makanan berkalori tinggi Selain itu, buah kaya dengan serat dan protein sekaligus dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama, serta meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari ketika anda mengamalkan diet.


http://sweetnyer.blogspot.com/2014/04/set-diet-shaklee.html


Jom kita tgk buah apa?

EPAL – antara buah terbaik yang boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Makan epal setiap hari pun bagus kerana epal sangat tinggi dengan serat tetapi rendah kalori.Epal juga kaya dengan vitamin dan mineral.  Selain itu, epal turut mengandungi anti-oksida  iaitu flavanoid dan folifenel.

PISANG – Pisang juga merupakan buah yang tinggi dengan fiber dan kalsium. Lagipun pisang ni senang nak dibawa ke mana-mana, sedap, menyihatkan serta mengeyangkan.Pisang ni adalah satu-satunya buah yang tinggi kandungan Vitamin B6.Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ianya sangat bagus untuk kesihatan saraf, peredaran darah, kulit, selaput lendir serta mempengaruhi mood anda. B6 ni anda boleh perolehi daripada B Complex. Satu hidangan pisang ni dah memberikan lebih daripada 30% keperluan harian vitamin B6. Vitamin B6 juga bantu meningkatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan risiko sakit jantung

PEAR – Pear merupakan buah yang utama  dalam bantu menurunkan berat badan kerana pear juga sangat kaya dengan kandungan serat. Di samping itu, pear turut bantu mengurangkan kadar kolestrol dan menyokong kesihatan jantung anda kerana mengandungi potassium.

KIWI – Kiwi pun bagus untuk bantu anda kurus kerana kandungan seratnya yang tinggi dan biji kecil yang terdapaqt dalam buah kiwi sebenarnya adalah gabungan serat larut. Ianya sangat bagus untuk pencernaan. Malah ianya turut memberikan rasa kenyang

STRAWBERi – Strawberi sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Ini kerana strawberi menggalakkan penghasilan hormon adiponectin dan leptin. Kedua-duanya adalah hormon pembakar lemak dan peningkat metabolisma. Strawberi juga mengandungi enzim anti-radang. Enzim ni berfungsi untuk menyembuhkan luka serta kerosakan tisu dalaman. Jadi mengambil strawberi ni bukan sahaja dapat meningkatkanmetabolisma, malah bagus untuk kesihatan.

BLUBERI – Bluberi merupakan buah yang sangat tinggi kandungan anti-oksidan.  Blueberi ni menghalang faktor-faktor penyebab sindrom metabolik. Bluberi menghalang berlakunya rintangan insulin (insulin resistance), tekanan darah tinggi, obesiti dan kolestrol. Kalau anda nak tahu, menurut kajian daripada Taxes Women’s University (TWU), didapati bahawa bluberi mampu mencegah sel-sel lemak. Jadi ini berita baik untuk kurus! Segenggam bluberi sehari boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

Pastikan anda minum 8 gelas air sehari. Air dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi dan dapat membantu badan anda memetabolisma lemak yang tersimpan. Elakkan juga pengambilan air bergas serta kurangkan pengambilan garam. Kena ingat juga tau!!..Jangan berlapa sebab Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

ohhh ya...amalkan juga jus Lemon tau! anda perlu tahu 12 Kebaikan Jus Lemon dan sekaligus boleh Kurus dengan Jus Lemon.  Juga boleh amalkan pemakanan tambahan yang dapat membantu diet anda dengan Set Pelangsingan Badan /Diet.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...