Thursday, June 25, 2015

3 MENU SAHUR UNTUK KEKAL BERTENAGA

10:47 PM 0 Comments
Bulan puasa dah masuk seminggu lebih kan.. Cepat je masa berlalu kan..macam mana masih bertenaga untuk meneruskan puasa kawan2 semua? ada tips dari Shaklee..

Set Mighty Triple Gems

Jom kita baca info mengenai Set Mighty Triple Gems ini.
Set ini adalah gabungan supplemen ESP, Mealshakes dan Performance Drink.

1) Energizing Soy Protein (ESP)
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang.
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.


2) Mealshake
  • Merupakan multivitamin (pemakanan lengkap). Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
  • Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.


3) Performance Drink (Orange)
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah nyahhidrat (dehydration) seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam seharian berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama golongan yang banyak bekerja menggunakan fizikal. Juga sesuai untuk menggantikan bendalir dalam badan anak-anak yang demam sekaligus mencegah nyahhidrat akibat kurang selera makan.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air.
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Tak k mau liat-liat ye bangun sahur nanti. Ada hikmah mengapa Allah suruh kita bersahur. Sahur ni adalah sunnah dan memang banyak kebaikan bila kita bersahur.

Untuk order produk nie, boleh wsap fiza yer.0124513311

Sunday, June 21, 2015

5 TIPS MUDAH KURUS DI BULAN PUASA

10:25 PM 0 Comments
Nak sentiasa kekal bertenaga sepanjang berpuasa, kurus dan cantik menjelang raya ni?
Jom amalkan 5 tips mudah ni.




1. Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) sehari

Jaga keseimbangan cecair di dalam tubuh anda agar tetap hidrasi. Biasakan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) setiap hari. Pengambilan air masak sesuai dengan keperluan akan membuat tubuh anda bebas dari dehidrasi, jadi anda tidak mudah berasa haus. Hidrasi yang baik juga akan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan manis ketika berbuka.

Ketika berbuka puasa, sebaiknya mulakan dengan air masak/suam, kerana jika anda terus meneguk segelas minuman sejuk, badan anda yang telah seharian berpuasa akan ‘terkejut’ dan metabolism tubuh akan terganggu.

Kadang kita ni, bila dah minum minuman manis dan makan macam-macam, perut pun dah rasa sendat. Rasa macam tak boleh masuk dah air masak. So, kurangkan minum minuman manis dan jangan makan berlebihan. Minum air masak ni sikit-sikit, tapi kerap. Boleh cuba ikut jadual kat atas tu ye.

2. Berbuka dengan makanan yang seimbang

Ramai yang cenderung untuk melakukan aksi balas dendam ketika berbuka puasa. Dengan sengaja dan penuh semangat anda menghabiskan semua makanan yang terhidang di meja tanpa rasa bersalah. Kan kan.

Cuba kawal diri dan nafsu makan tu sikit. Seeloknya, ketika berbuka puasa, jamahlah terlebih dahulu 2 biji kurma dan segelas air masak dan setelah menunaikan solat, barulah anda makan makanan berat yang sihat dan seimbang. Hindari makan makanan yang digoreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan sakit perut atau menganggu sistem penghadaman. Di samping itu, elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi kolesterol mahupun makanan yang mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi.

3. Jangan lupa bersahur

Selainkan mendapat pahala, bersahur juga memberi manfaat kepada tubuh badan supaya anda mampu untuk berpuasa dan melakukan aktiviti harian yang lain. Takdelah lemau dan lesu jer kan. Dan pastikan juga anda mengambil makanan yang sihat dan sembang ketika bersahur.

Ambil makanan yang kaya karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air putih.  Metabolisme tubuh akan dapat bekerja dengan baik sehingga anda berjaya menjaga badan serta stamina sepanjang anda menjalankan ibadah puasa ini.

Menu favourite saya waktu bersahur adalah Cinch Shake Shaklee..perisa Coklat. Sedap, kenyang, mudah dan bagi tenaga..kadang2 saya campur dengan tamar cocoa..memang best sgt2

4. Bersukan

Berpuasa tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan. Meskipun berpuasa anda tetap juga perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa, contohnya belajar atau bekerja. Puasa membuatkan pengeluaran lemak mengalami peningkatan untuk berubah yang mana lemak sebagai energi.

Anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki contohnya. Saya sendiripun, takdelah berseman pun bulan puasa ni. Cuma saya teruskan buat aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Masak, kemas rumah dan shopping pun boleh dikira senaman jugak kan :)

5. Hindari pengambilan gula berlebihan

Sekiranya anda tak berhati-hati dalam mengawal nafsu, silap-silap anda boleh naik berat badan tau bulan puasa ni. Maklumlah, dengan pilihan air manis, kuih-muih yang pelbagai jenis.

Makanan manis ni adalah faktor utama penyebab berat badan naik. Dan anda harus tahu, kadar gula yang berlebihan akan menganggu proses pengeluaran toksin/racun dari dalam tubuh.

Mencabar jugak bab-bab makanan manis ni. Saya ni minuman manis takla gemar, tapi uih-muih tu, memang sangat menggoda. Makan jugakla, tapi kita hadkan supaya tak terlebih sudah.

Semoga 5 tip mudah dan ringkas itu tadi bermanfaat untuk anda. Anda mungkin juga berminat dengan Tip Mengawal Nafsu Makan Ketika Berbuka


Afriza
sid: 949698
Tel: 012 4513311

7 TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN KETIKA BERBUKA

9:14 PM 0 Comments
Bulan puasa ni ramai antara kita yang suka sangat membazir kan.  Bukan kata anda semua..saya sendiri bila tengok menu kat bazar memang teruja sangat. Macam2 nak dibelinya..tapi tahun ni disebabkan bertiga dengan anak2..jadi kegairahan nak membeli tu kurang la sikit.  Cuma masak menu simple untuk anak-anak..haa..time macam ni la nak berdiet kan..bagi saya la!..hihi

Jom amalkan tips dibawah:

1.  Fikirkan tujuan.

Salah satu manfaat puasa adalah ia akan membuatkan kita menghargai nikmat makan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Maka makanlah dari rezeki yang Allah telah disediakan untuk kamu, yang halal lagi baik dan bersyukur atas nikmat Allah, jika Dia [sesungguhnya] Allah apa yang kamu sembah” (Al-Quran, 16:114).

Tujuan utama kita dalam hidup adalah untuk menyembah Allah (swt), jadi makanan memberikan kita tenaga dan kekuatan yang perlu untuk menyembah-Nya dengan ketaatan yang lebih dan lebih khusyuk.

Selepas berbuka puasa setiap hari, tanya diri kita: adakah tabiat makan saya menghalang saya, atau membantu saya meningkatkan ihsan (kecemerlangan) dalam ibadah saya?



2.Memperingati asal sesuatu.

Jika kawan-kawan atau saudara-mara memberi kita dengan hadiah, adalah menjadi kelaziman untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk menunjukkan penghargaan.

Allah (swt) menyediakan kita dengan rezeki pada setiap hari, jadi mengingati-Nya apabila kita makan adalah satu cara untuk mengucapkan syukur.

Rasulullah bersabda, “Allah redha akan hamba-Nya apabila dia makan sesuatu dan memujinya, atau minuman sesuatu dan memuji Allah” (Muslim).

Apabila kita mengambil masa untuk mengingati Allah, bertenanglah dan muhasabah seketika – iaitu sebelum, semasa dan selepas kita makan – ia akan menyebabkan kita   berpuas hati walaupun dengan makanan yang sikit


3. Mula dengan sesuatu yang ringan.

Berbuka puasa dengan sesuatu yang ringan (iaitu kurma dan air), sebelum makan hidangan yang  lain. Ia akan mengelakkan kita makan dengan rakus.

Selain itu, apabila kita menghidangkan makanan, hidangkan dalam pinggan yang kecil. Tambah lagi jika rasa perlu.

Pastikan hidangan utama jauh dari pandangan dan tidak didepan tempat kita duduk. Lebih banyak makanan yang kita lihat di hadapan, lebih banyak kita akan makan tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Jika mempunyai masalah mengawal selera makan, fikirkan ganjaran Allah, “Dan makan dan minum tetapi tidak membazir, sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang membazir” (Qur’an, 07:31).

Sisa makanan adalah tidak hanya apa yang masuk dalam tong sampah, tetapi juga apa yang kita makan secara berlebihan. Disini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan ==> Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

.
4.Minum banyak  air.

Jangan lupa untuk minum air yang banyak apabila kita berbuka puasa. Kita akan kurang untuk makan terlalu banyak selepas itu kerana itu rasa lapar (yang sering disalah anggap sebagai dahaga) akan reda dengan penghidratan.

Selain itu, telan air perlahan-lahan dan senyum dengan ucapan alhamdulillah semasa ia melegakan diri kita.

Rasulullah bersabda, “Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah  (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas anda telah selesai (minum) “(At-Tirmidzi).

.

5.Berkongsi dengan orang lain.

Ramadan adalah masa yang indah kerana ia akan membawa keluarga dan rakan-rakan kita untuk bersama, dan menguatkan ikatan persaudaraan.

Sebahagian daripada ikatan dapat dibina apabila kita berkongsi makanan bersama-sama. Berkongsi bukan sahaja meningkatkan berkat dalam makanan, tetapi juga membuat kita merasa berpuas hati.

Beberapa orang sahabat datang kepada Nabi (SAW)dan berkata, “Kami makan tetapi tidak berpuas hati.” Baginda berkata, “Mungkin kalian makan secara berasingan.” Sahabat mengakui. Baginda kemudian berkata, “Makanlah bersama-sama dan menyebut nama Allah ke atas makanan kamu. Ia akan diberkati kita “(Abu Daud).

Jika kita di rumah, pastikan kita tidak makan bersendirian, jemput orang makan bersama-sama. Jika anda makan di luar dalam satu kumpulan, berkongsi hidangan bersama-sama. Anda akan terkejut bagaimana ia cukup akan cukup untuk semua orang.

Rasulullah bersabda, “Makanan untuk satu cukup untuk orang untuk dua orang dan makanan untuk dua orang cukup untuk untuk empat, dan makanan empat orang cukup untuk selama lapan” (Muslim).


6.Makan dengan perlahan.

Makan terlalu banyak kadang-kadang adalah disebabkan oleh makan terlalu cepat (makan laju / rakus). Banyak makan sebenarnya akan melambatkan pergerakan badan semasa makan.

Cuba nikmati setiap keping makanan yang dimakan, masukkan ke mulut perlahan-lahan, kunyah perlahan-lahan, dan menelannya secara perlahan-lahan.

Ia akan memberi kita masa untuk menikmati makanan, menikmati setiap gigitan, dan bersyukur untuk itu. Ia juga akan memberi masa untuk badan memproses makanan yang kita telan, dan memberikan kita masa untuk ‘mendengar’ badan kita memberitahu yang kita telah kenyang :)


Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 manfaat yang berguna kepada kita. Moga-moga kita semua beroleh taqwa sempena Ramadhan ini, yang mampu membantu kita untuk meraih redha Allah swt, diganjari SyurgaNya dan segala nikmatnya..



Info: http://akuislam.com/

Saturday, June 20, 2015

5 CARA MENGAWAL DIABETES

5:37 PM 0 Comments
Perubahan Cara Hidup


Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.




  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.


Pemeriksaan Doktor dan Ubat



Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.


Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
  • Jangkitan kuman atau kencing kotor
  • Kerosakan buah pinggang
  • Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.
Ketahui 5 Penyebab Kencing Manis yang perlu anda tahu. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda


Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.

Thursday, June 18, 2015

Cara Solat Terawih Secara SENDIRIAN

8:53 PM 1 Comments

Selamat Datang Ramadhan Bulan Keampunan Dan Bulan Penuh Rahmat. Ramadhan sangat sinonim dengan solat tarawih yang dilakukan selepas Isyak. 

Disini ada dua persoalan yang biasa dan ramai tertanya-tanya. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat membantu kita memacu pahala yang berganda-ganda insyaAllah.





Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam. Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Wednesday, June 17, 2015

5 SEBAB SHAKLEE PILIHAN SAYA

10:20 PM 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..dah nak puasa esok kan..selamat menunaikan puasa untuk semua rakan2 blogger.  Lepas terawih tadi, anak2 penat terus tido..dah xde apa nak buat so boleh la coret2 ckit kat sini. Sempena contest yang masih berlangsung lagi beberapa hari..nak kena habiskan entry wajib ni. Ermm..topik seperti di atas..:)




Kenapa yer??
Sebab apa saya pilih Shaklee sebagai Part Time Bisnes?

1.  Pengguna setia Shaklee
  • saya menggunakan shaklee secara tidak sengaja pada tahun 2008, waktu tu tak tau pun apa jenama dan tak kisah pun..asal telan jer. Gla Complex adalah supplimen pertama saya ambil untuk kesuburan.  Kemudian terus sahaja sign up ahli pada tahun 2013 lepas tahu apa itu shaklee dan sekarang jadi pengguna setia dan tak penah miss setiap bulan..BEST!..InshaALlah supplimen selamat di dunia & 100tahun dah wujud!
2.  Selamat, Berkesan & Mesra Alam
  • mungkin ada yang masih meragui suplimen shaklee tetapi tidak saya. Shaklee sentiasa selamat dan semulajadi. Shaklee Corporation membelanjakan hampir USD800juta untuk menjalankan kajian keatas setiap produk setiap tahun. 
  • secara keseluruhannya, semua produk shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana atau propilena glikol.
  • tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.
3.  MLM yang BEST
  • banyak2 MLM yang saya pernah join, shaklee paling best dari segi sistem. sistem shaklee tidak pernah menindas. Siapa buat dia dapat!..siapa tak buat xdapat la apa yang diidamkan tu...haaa..so dengan shaklee xde la stress bagai. 
4. Sharing 
  • share kebaikan produk!!..bukan semata2 untuk menjual. itu konsep yang paling saya suka. Jika sesuatu produk itu baik, pasti semua orang suka kan. Walaupun ada juga yang TAK SUKA dengan shaklee, tetapi saya dah cuba..saya dah rasa dan saya dah tahu kelebihan setiap produk. Walaupun ada lagi produk shaklee yang belum saya cuba, tetapi apa yang saya dan juga seluruh keluarga saya amalkan kini berkesan pada kami..memberi kebaikan pada kami..Alhamdulillah
5.  Bonus
  • part bonus memang best kalau bulan sebelum tu banyak sale yang dapat buat...xde sale, xde la bonus. Bukan goyang kaki terus dapat bonus tau. sharing je kebaikan setiap produk pada keluarga, kawan2..saat orang lain tengah berkira2 nak keluar duit, shaklee bagi duit tengah2 bulan. Siapa nak bagi kan??
  • bukan setakat bonus $$$ tau, bonus trip melancong pun ada..car bonus pun ada..teruja sangat!
Part paling BEST ialah Shaklee telah melahirkan ramai jutawan muda.  Memang nak jadi seperti mereka. Dari sekarang kena usaha lebih la kan..:)

Ingin bersama saya dalam team Shaklee yang paling BEST?..jom kita sharing kebaikan produk shaklee pada semua..wsap fiza 012 4513311 atau email eijamw@gmail.com


afriza
pengedar padang serai/sg petani
id: 949698 

Monday, June 15, 2015

5 PENYEBAB DIABETES

10:14 AM 0 Comments
Tahukah anda mengapa pesakit kencing manis di Malaysia saban hari makin meningkat? Jom ketahui punca kencing manis di sini.
Semua sel dalam tubuh manusia memerlukan gula agar dapat bekerja dengan normal. Gula dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dengan bantuan hormon insulin. Jika jumlah insulin dalam tubuh tidak mencukupi, atau jika sel-sel tubuh tidak memberikan respons terhadap insulin, maka akan terjadilah penumpukan gula di dalam darah. Perkara inilah yang terjadi pada pesakit diabetis mellitus, atau yang juga dikenali sebagai penyakit kencing manis.


Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
1. Kelebihan berat badan (diabities)Lebih dari 85 % penderita diabetes diketahui memiliki lebihan berat badan. Obesiti sering dikaitkan dengan risiko diabetes. Aktiviti bersukan sangat dianjurkan untuk menurunkan berat badan dan menurunkan insulin.
Insulin berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Penelitian telah menunjukkan bahwa turunnya berat badan beberapa kilogram saja dikatakan dapat mencegah diabetes.
Salah satu faktor utama penyebab diabetes adalah gemarnya seseorang dalam pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak. Makan makanan tinggi gula dan lemak menjadi punca kenaikan berat badan, yang pada akhirnya akan meningkatkan insulin sehingga risiko terkena diabetes pun menjadi meningkat.
Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti ini juga berisiko meningkatkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Jadi, ada perlu tahu bahawa tubuh mempunyai kemampuan terbatas dalam mengolah makanan yang anda makan. Jika anda makan terlalu banyak karbohidrat, maka tubuh akan menyimpannya dalam bentuk gula dalam darah(glikogen). Jika perkara ini berlaku pada setiap hari, cubalah anda bayangkan betapa ‘menggunungnya’ pengumpulan glikogen yang disimpan dalam tubuh yang membawa kepada gejala diabetes.
3. Faktor disebabkan dari keturunan
Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur mempunyai sejarah penyakit diabetes yang positif.
Kajian awal ada menunjukkan penyakit diabetes sering menimpa pasangan kembar serupa. Kebarangkalian 60% untuk seorang kembar mengalami penyakit ini setelah dewasa jika kembar seorang lagi mempunyai penyakit diabetes iaitu diabetes yang tidak bergatung pada insulin.
4. Kondisi tertentu pada wanita
Wanita yang memiliki ‘sindrom ovarioum polikistik’ lebih berpotensi untuk menderita diabetes dan kencing manis jika dibandingkan dengan wanita lain. Sindrom ini merupakan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kategori gemuk (4kg lebih) turut berisiko terkena diabetes. Wanita hamil yang menderita ‘diabetes gestasional’ (diabetes yang terjadi selama kehamilan), dikatakan tujuh kali lebih cenderung untuk terkena diabetes pada masa yang akan datang jika dibandingkan dengan wanita hamil yang tidak mengalami diabetes gestasional ini.
5Kurang aktiviti bersukan
Tidak aktif dan kurang bersenam berkaitrapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin.
Senaman yang dilakukan secara teratur baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan ia akan mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan. Jika anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, sudah pasti anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. Marilah kita mengurangi serta menjauhi penyakit kronik ini sebelum semuanya terlambat!

Saturday, June 13, 2015

RAWATAN DAN PENCEGAHAN PNEUMONIA KANAK-KANAK

6:13 PM 0 Comments
Bila anak2 tak sihat, kita sebagai ibu bapa paling risau kan. Kadang2 sampai MC berhari2 dan atas sebab itu juga la saya sanggup lepaskan jawatan yang pada ketika itu dah stabil bagi saya pemegang Degree Business UM.  Saya menunggu hampir 4 tahun untuk dapatkan anak dan bila dah ada anak saya tak nak bagi org lain jaga so saya decide nak jaga sendiri..biarlah susah payah saya sendiri. InshaAllah, duit boleh dicari.

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai Tanda-tanda Pneumonia dikalangan Kanak-kanak dan PUNCA TERJADINYA PNEUMONIA KANAK-KANAK.  Biasanya kebanyakkan kes kanak2 yang mengalami pneumonia boleh dirawat dirumah dan sebagai ibu bapa kita perlu melindungi mereka supaya tidak terjadi perkara yang memudaratkan.




Apa Rawatan yang sesuai di rumah?

Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.


Pastikan anak2 kita:

  • Banyak rehat
  • Minum banyak air dalam kuantiti kecil tetapi kerap
  • Mereka akan lebih selesa jika dibaringkan dalam kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan
  • Jika anak mengalami sakit dada, mereka mungkin perlukan ubat pelega seperti paracetamol
  • Jangan beri ubat batuk kepada anak. Ia tidak akan membantu
  • Jangan merokok berhampiran anak yang sakit

Keadaan kanak-kanak dengan jangkitan bakteria biasanya bertambah baik dalam masa 24 hingga 48 jam selepas diberi antibiotik. Demam akan kebah, anak lebih bertenaga dan pernafasan lebih lancar.

Bagaimanapun, batuk mungkin berlanjutan beberapa hari hingga minggu. Pastikan anak menghabiskan semua antibiotik yang biasanya diberi untuk tujuh hingga 10 hari.

Jika pneumonia disebabkan jangkitan virus, proses penyembuhan biasanya lebih perlahan, iaitu antara dua hingga empat minggu. Mereka tidak akan diberi antibiotik kerana antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria.



Rawatan di hospital

Antara pesakit pneumonia kanak-kanak yang perlu dimasukkan ke hospital ialah:


  • Berumur kurang setahun
  • Tidak boleh makan ubat
  • Mengalami kekurangan air dalam badan
  • Mengalami masalah pernafasan teruk

Ketika di hospital, anak anda dipantau dan mungkin memerlukan rawatan susulan. Antibiotik diberi melalui suntikan ke dalam salur darah; jika ia disyaki disebabkan jangkitan bakteria.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu oksigen untuk membolehkan mereka bernafas dengan selesa. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan air diberi cecair melalui drip.


Pneumonia boleh dicegah!!

  1. Pastikan anak anda diberi suntikan imunisasi mengikut jadual. Suntikan vaksin flu tahunan juga boleh melindungi kanak-kanak.
  2. Ajar kanak-kanak sekolah rendah untuk tidak berkongsi sudu, garpu, makanan dan alat permainan dengan orang lain. Langkah ini mungkin payah bagi kanak-kanak kecil kerana mereka suka memasukkan permainan ke dalam mulut.
  3. Selain itu, ajar anak membasuh tangan selepas batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran bakteria atau virus.

Friday, June 12, 2015

TESTIMONI: PERIOD LANCAR DENGAN GLA COMPLEX

6:54 PM 0 Comments
Pada2008, saya dah pun gunakan produk Shaklee tanpa disedari. Kawan suggest terus beli dan dah tak ingat beli dari siapa. Seingat2 la ada kot consume dalam 5/6 botol. Alhamdulillah period lancar selepas consume Gla Complex Shaklee. Mungkin juga selepas saya menjalani Rawatan Tiub Fallopio Tersumbat pada tahun yang sama.  Macam2 dah usaha untuk dapat baby dan Alhamdulillah berjaya selepas menjalani rawatan bersama Prof. Dr. Hamid Harshat.

Bila dah masuk 2010, dah ada anak sorang baru perasan apa itu shaklee tapi dah stop amalkan gla. Cuma tau lain2 supllimen Shaklee..masa tu mungkin belum terbuka hati nak beli yang lain2 kan. Mula berjinak2 menjadi ahli pada penghujung 2013. Sebabnya tengah cari supplimen untuk mata tapi terbeli supplimen untuk kulit plak..hehe. 

Asalnya tak berniat pun untuk bisnes. Bila dah guna, kawan2 tanya..so banyak jual pada kawan2 sahaja dan sharing di FB sikit2. Best guna supplimen Shaklee ni dan hanya yang pernah cuba tabu keberkesanannya kan. Memang sejak amalkan set kulit shaklee (Vitamin C, E, B Complex, Alfalfa) , wajah yang kusam jadi mulus dah ckit, tapi malu la nak upload sini tp sejak gunakan Shaklee Alhamdulillah kulit muka dah tak macam dulu.


Klik sini jika ingin mencuba :-

Pm/wsap fiza 012 4513311 utk konsultasi percuma..

TESTIMONI: SEMBUH DARI KANSER SERVIK

6:18 PM 0 Comments
Panjang lebar dengan 2/3 entry saya ceritakan mengenai pap smear dan kanser servik sebelum ini..jom kita lihat antara testimoni kanser servik yang berjaya pulih dengan Set Kanser Shaklee.



"Our daugther Terri was diagnosed with stage 5 cervical cancer. Her annual pap test was abnormal. Three weeks later the biopsy showed two areas with pre-cancerous cells and one with cancer. The doctor recommended surgery. We established an aggressive cancer nutrition regime for her including Shaklee's weight loss program. Her physician noted an improvement but still wanted Terry to go through surgery as soon as possible. We felt we were making progress and sought a second opinion. The second doctor read the results from the first and made the same conclusion. Neither doctor felt proper nutrition could help. Not satisfied, we continued the aggressive nutririon regime and sought a third opinion and a new pap test. Five months after the initial diagnosis Terri was nottified her latest pap test came back to NORMAL!
Marty & Lynn Frederick
Sumber - Life Changing Cancer Short Stories


Customer ni hampir nak operation tetapi tak jadi..miracle kan?..kuasa Tuhan..Alhamdulillah

RAWATAN UNTUK KANSER SERVIK

5:34 PM 2 Comments
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.



Rawatan untuk barah pangkal rahim.



Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.



1.  Pembedahan - Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:

  • Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
  • LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
  • Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

2.  Radioterapi - Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. 

Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.


3.  Kimoterapi - Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

4.  Rawatan paliatif - Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.


Vaksin HPV (Human Papillomavirus)

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.


Ingin saya nasihatkan bahawa kita hanya berusaha kerana janji Allah tiada penyakit Allah turunkan tanpa penawar kecuali mati. Kami di Shaklee menawarkan Nutrisi Lengkap untuk pesakit Kanser tetapi Shaklee bukan ubat tetapi nutrisi, maka jangan tinggalkan ubat dan rawatan yang dirasankan pihak doktor.






  • Vivix - Berperanan memperbaiki sel sihat dan merencat sel kanser, mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Alfalfa - Mengalkalikan tubuh supaya sel kanser menjadi pasif
  • Peppermint Ginger Plus -  Mengatasi rasa loya kesan ubat kimo
  • Performance Drink - Terhidrasi atau menghalang kehilangan bendalir dalam badan
  • ESP - Kritikal bagi memastikan paras  kalori dan protein mencukupi. Pesakit perlu tenaga lama dengan paras glukosa yg rendah.
  • Vitalea - Mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • SR Vita-C - Dos vitamin C yang lebih tinggi membantu mempercepatkan proses pemulihan sel baru
  • B-Complex -  Sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • Omega Guard -  Untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser
  • DTX Complex - Detoks hati dari ubat kimo yang beracun dua minggu selepas tamat kimo
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun
  • Caratomax - Previtamin A mengawal pengembangan sel sihat selepas terapi kimo

  • Kesan kepada setiap individu mungkin berbeza kerana setiap dari kita adalah unik dan tahap kanser setiap orang adalah berbeza. Bagaimanapun kami memberi harapan baru terhadap pesakit kanser melalui Set Kanser Shaklee. Lihat juga Testimoni sembuh dari Kanser Servik sebagai rujukan anda.



    Konsultasi percuma boleh hubungi fiza: 
    Shaklee ID: 949698 
    sms/whatsapp: 012 4513311
     FB Page: Qisya E Shoppe
    email: eijamw@gmail.com


    Thursday, June 11, 2015

    7 FAKTOR TERJADINYA KANSER SERVIK

    9:35 PM 0 Comments
    Apa dia pangkal rahim?
    Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

    Apakah jenis kanser pangkal rahim?
    Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser
    • Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.
    • Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

    Entry yang lepas ada saya ceritakan mengenai 6 Tanda Kanser Servik. Jom kita tengok apa pula faktor penyebab berlakunya kanser ini.


    Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim: 


    • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi - Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
    • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
    • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
    • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
    • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda. 
    • Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai. 
    • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim 

    Ujian Pap Smear mampu mencegah Kanser Pangkal Rahim..Jom kawan2..kepada yang belum atau tidak pernah menjalani pap smear boleh la berbuat demikian..cegah sebelum terlambat.  Kepentingan Ujian Pap Smear ada saya ceritakan pada entry sebelum ini. InshaAllah, kita akan tengok pula apa kaedah serta rawatan yang sesuai.

    Wednesday, June 10, 2015

    HOBI BARU TANAM POKOK BUNGA

    2:20 PM 0 Comments
    Suka tgk bunga kui 10 ni. baru berjinak2 nk kumpul semua color yang ada. Setakat ni dah ada putih, pink, merah, kuning, peach..apa lagi ehhh..tak dapat dipastikan sebab belum keluar lagi bunganya...tuan tanah tgh sabar je ni dok tunggu bunga..:)




    Bangun pagi bila tengok pokok2 ni segar je mata kan.  Baru2 ni ada beli lagi 2 pasu bunga..jom kita tanam pokok bunga banyak2..best!

    Bunga Kembang Pukul 10 org kedah panggil..tempat lain saya tak pasti..juga dikenali sebagai ROSE JEPUN. Macam2 color ada..sweet2 semuanya..


    ni pic kat rumah la..baru berjinak2




    hasil google



    POPULAR POSTS

    Follow Me