Tuesday, May 26, 2015

# INFO: KESIHATAN

Sebab Mengapa Keracunan Makanan Berlaku

Ermmm..ramai sekarang antara kita mengalami keracunan makanan kan? Kenapa yer? Terjadinya keracunan adalah akibat daripada pengambilan makanan yang dicemari bacteria / virus.

Organisma halus itu terus hidup dalam makanan yang dimakan dan membiak dengan banyak hingga membawa jangkitan.  Kuman dalam makanan yang tercemar mengeluarkan toksin atau racun yang membahayakan kesihatan.



Jom kenali Jenis-jenis Kuman

Bakteria Salmonella dan Campylobacter – membawa keracunan dikenali sebagai Salmonellosis dan Campylobacter enteritis.  Bacteria ini membawa jangkitan di bahagian perut serta usus dan ditemui dalam susu yang tidak dipasteur, air minuman yang tercemar, daging lembu, ayam serta telur.



Staphylococcus – membawa gejala Staphylococcus aureus. Bakteria ini biasanya hidup dipermukaan kulit, kerongkong dan hidung manusia. Ia berpindah pada makanan ketika dimasak atau disediakan dengan keadaan tangan berkudis atau tidak dicuci dengan sempurna selepas keluar dari tandas.  Bakteria ini mengeluarkan toksin enterotoksin yang mengakibatkan keracunan makanan.

Clostridium botulinum – boleh ditemui di mana-mana termasuk dalam air dan tanah serta tidak mudah mati walaupun terdedah pada suhu tinggi.  Bacteria ini mengeluarkan toksin neurotoksin yang memudaratkan kesihatan.

E-coli – membawa gelajala E-coli enteritis.  Bacteria ini membiak dalam air yang tercemar atau tidak disuling dengan sempurna, atau dalam makanan yang disediakan dalam keadaan yang kotor.  Ia mengeluarkan toksin endotoksin yang menyebabkan cirit-birit, muntah dan sakit perut yang boleh membawa maut terutamanya dikalangan bayi dan kanak-kanak.


Akibat Alahan

Cendawan beracun, kulat dan juga bahan kimia dengan tanda-tanda yang sama seperti muntah, cirit-birit, adakalanya berdarah, sakit perut, sakit kepala serta lenguh dan lemah dibahagian tangan, kaki dan otot-otot.  Bagi kes-kes yang serius, mulut, lidah dan muka terasa kebas dan pernafasan terhenti.

Keracunan makanan akibat alahan biasanya melibatkan makanan atau minuman tertentu seperti siput dan cengkerang, strawberi, ikan, susu lembu yang mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan sebagainya.

Keracunan akibat cendawan beracun boleh mengundang pelbagai komplikasi yang akhirnya membawa maut.  Sebab itu, elakkan makan cendawan yang dipetik di hutan jika tidak kenal mana satu cendawan yang selamat.

Kulat yang terdapat pada makanan yang disimpan pada suhu bilik bagi tempoh yang terlalu lama seperti roti dan kek juga boleh menyebabkan keracunan makanan.  Begitu juga dengan keracunan bahan kimia, contohnya daripada kuali dan periuk yang digunakan untuk memasak dan juga ubat.

Tanda-tanda keracunan makanan boleh dialami seawal beberapa minit sahaja selepas makan, terutama yang berpunca daripada bahan kimia hinga selewat-lewatnya 72jam.

Tempoh pengeraman iaitu dari saat makanan dimakan hinggalah ke saat pesakit mula muntah.  Penting bagi mengenalpasti punca keracunan yang di alami.

Salmonellosis hanya berlaku antraa 12-48jam selepas makan, E-coli enteritis antara 24-72 jam dan Clostridium botolinium 18-36jam.

Serius atau tidak keadaan pesakit bergantung kepada factor ketahanan badan, usia dan tahap kesihatan.

Amalkan LIHAT, HIDU & RASA!!



Sumber: Fokus Sihat (Mingguan Malaysia, 20/10/13)

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me