Monday, May 11, 2015

Saderi Berkhasiat Perbaiki Tekanan Darah

Saderi adalah sayur jenis batang lembut  daripada Apium Graveolens (keluarga Dulce Umbelliferae) itu kaya khasiat karotena, zat besi, Vitamin A dan Vitamin B Kompleks.


Saderi  juga mempuyai  khasiat tinggi sebagai terapi alternative menurunkan tekanan darah tinggi.  Kajian terhadap Saderi mendapi ekstrak biji saderi baik untuk merawat masalah tekanan darah ringan sehingga sederhana tinggi.

Sekiranya anda mengalami  masalah tekanan darah (BP) lebih daripada 140/90 atau ada komplikasi lain seperti diabetes, penyakit buah pinggang kronik, dengan pengambilan saderi mampu mengawal BP pada kiraan sehingga 130/80.


Selain itu juga, anda boleh mengawal tekanan darah dengan menghadkan pengambilan natrium sekitar 1,500mg (minum jus saderi).  Ianya sangat membantu mengawal tekanan darah. Saderi mengandungi fitokimia dipanggil phthalides, berfungsi melegakan tisu dinding arteri. Kelegaan ini meningkatkan aliran dan mengurangkan tekanan dalam kapilari darah.

Apabila seseorang pesakit mengamalkan pengambilan saderi setiap hari, amalan ini bagus untuk kesihatan. tambahan pula, setiap bahagian saderi mengandugi nutrien berbeza.

Bahagian batang saderi rendah garam dan serat. Kandungan magnesium dan kalium pada bahagian batang membantu mengawal tekanan darah.  

Untuk mendapatkan manfaat penuh, kita perlukan sekurang-kurangnya 4 batang saderi cincang atau secawan jus saderi setiap hari!





wow!!!..jom amalkan..


Cara dan penyediaan JUS SADERI

  • Potong beberapa batang saderi (boleh juga dicampur dengan buah seperti epal hijau)
  • masukkan dalam blender, then campur air masak..blend hingga lumat
  • siap!!..terus tuang dalam gelas dan minum
# jangan tunggu lama takut khasiatnya hilang


Anda akan lihat akumulasi garam dan racun lain akan keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Juga anda akan dapati diri anda berasa lebih segar dan sihat berbanding dulu.



info: BH mei 2015 ( sihat Alternatif)



0 comments:

Popular Posts