Monday, May 25, 2015

Panduan Makanan Untuk Kesuburan

Assalamualaikum semua..
Hari ni ada terbaca ‘paper lama’ mengenai panduan makanan untuk kesuburan…jom fiza kongsikan di sini. Semoga bermanfaat utk semua rakan-rakan yang berjuang utk dapatkan anak / menambah bilangan anak. Best kan..fiza tgh usaha jugak ni..:)

Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil sepatutnya berpandukan pada keperluan kalori serta mengikut pyramid makanan adalah paling terbaik…ermmm..dulu mmg belajar pasal pyramid makanan ni tp jarang sangat amalkan…huhu



Pengambilan ubat hormone kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormone berkenaan. Tanpa ubat hormone kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kilang terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita berusia tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘Tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepada kepercayaan masayarakat. Kesahihannya daripada sudut perubatan belum terbukti. Tidak menjadi kesalahan mengelakkan makanan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukanlah makanan ruji kita.

Keperluan Vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.

Bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan member kesan negative kepada sifat janin. Contohnya Vitamin A.

Amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya dating daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik (yang dikandung ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

SET KESUBURAN SHAKLEE?..Klik SINI utk keterangan lanjut


Sumber: Professor Dr Nik Hazlina Nik Hussain (mingguan Malaysia ahad, 20/10/13)

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...