Friday, May 22, 2015

Petua Demam Campak

Ada tak antara kawan2 yang dah pernah ke kena demam campak?  Kalau belum pernah kena masa kecik-kecik dulu baik berhati-hati.  Sebabnya orang dewasa yang kena demam campak atau chicken pox ni tahap kroniknya lebih teruk berbanding kalau kita kena masa kita masih sekolah rendah dulu.


Di kalangan orang dewasa yang kena chicken pox nie ada yang sampai dua tiga hari tak leh bangun.. kesakitannya yaaa amat.. Dah tu malam-malam tak leh tidur sebab badan terlalu gatal. Bagi yang bebudak sekolah tu diaorang kebanyakannya akan rasa cam demam biasa jer.. cuma mungkin sedikit resah dan gatal-gatal badan sikit sebab campak yang tumbuh seluruh badan.

Pengalaman saya kena demam campak?..mcm ngeri jer sbb smpai skrg ada kesan lubang kat muka!..huhu. Masa tu anak sulung baru he 4bln, lps je 2minggu campak dah kering semua mmg berjangkit la dengan baby..kesian sgt dia..walaupun dia tak banyak kerenah tp agak susah juga nak handle bila malam asyik berjaga tak boleh nak tidur.


CARA JANGKITAN DEMAM CAMPAK
  • Melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk.
  • Sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  • Virus chicken pox dikatakan kekal aktif dan boleh berjangkit ke orang lain walaupun sewaktu terapung diudara atau melekat di mana-mana permukaan selama 2 jam.


CARA RAWAT DEMAM CAMPAK
Antara petua yang glamer.


Daun semambu/mambu/neen Kat Utara depa panggil daun mambu. Daun mambu ni memang terkenal untuk rawatan campak. ramas daun dalam air. Mandikan dengan air ramasan daun mambu.@ rebus daun ni dan buat mandi selama seminggu berturut2 alhamdulillah campak cepat kering) letak daun mambu atas tilam, biar pesakit tidur atasnya ( letak daun mambu atas tilam, pastu lapik ngan kain batik sebab biasa anak2 takmau tidur atas daun terus)



Daun inai.. ambil daun inai tumbuk bg halus + garam & tempek di tapak kaki. selepas tu balut kaki dgn plastik. bagi anak2 kecil disarankan ikat dengan kemas n pakaikan stokin kalo tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki serta elakkan miang.


Minum air kelapa muda.Ada yang kata minum selepas, ada yang sebelum.


CARA NAK HILANGKAN PARUT SELEPAS DEMAM CAMPAK.
  • Daun asam jawa + bedak sejuk- tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk.. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni depa panggil berbedak.

  • lendir ikan haruan- ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut2 campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.


PANTANG LARANG YANG FAMOUS.
  • Jangan bagi kena air hujan- nanti takut parut besar akan kekal .Kira cam bentan la. Even dah sembuh pun takboleh kena air hujan untuk 2,3 minggu
  • Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis. Pendek kata, masak takleh letak minyak. makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada gak yang tak bagi makan ayam.
  • Mandi-ade banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.
  • Jangan makan ubat- orang2 tua tak bagi makan ubat tau. takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi kalau baby demam baik bagi paracetamol, bahaya kalau tak control demam, takut kena sawan pula.

  • Jangan mandi guna sabun - Elakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. takut nanti dapat infeksi.
  • Jangan pakai baju..Biarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak2 la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis2), dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)
  • Jangan garu atau kopek kuping campakNanti parut campak akan kekal, macam jerawat jugak la..


semoga info diatas dpt membantu...:)

4 comments:

mia said...

Daun semambu mmg pertua terkenal..tapi skrg susah nak jumpa pokok

FIZA said...

Mia..kat tmn rmh fiza byk Sgt..mmg setiap lorong diaorg tanam pokok ni.

Laila Lela said...

Sis..parut lubang kt muka mmg xbole hilang ke?

Laila Lela said...

Sis..parut lubang kt muka mmg xbole hilang ke?

Popular Posts