Monday, May 25, 2015

# TIPS KULIT CANTIK

Cara Ekstrem Hilangkan Blackhead

Cara Ekstrem Hilangkan Blackhead Di Muka

Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya perlu mementingkan penjagaan diri dan wajah. Tak naklah orang tengok muka kita lepas tu muntah hijau dan terus demam kan? Biar tak cantik atau tak handsome tapi penampilan harus terjaga.

Selain jerawat degil, blackhead atau bintik hitam juga antara salah satu bendasing yang paling tak digemari dalam hidup seorang wanita dan lelaki. Walaupun tak berapa obvious kalau dilihat dari jauh, tapi tetap meruntuhkan tahap keyakinan seseorang.

Bagi yang dah buntu tak tahu macam mana nak buang bintik hitam, apa kata korang cuba petua kat bawah ni. Mana tahu mujarab.

untuk Tip Kesihatan dengan Shaklee boleh Klik SINI




  • Susu & Gula

Ambil satu sudu penuh gula dan susu kemudian gosokkan di kawasan muka yang mempunyai bintik hitam. Beri lebih perhatian di bahagian hidung. Pastikan wajah anda dituam dahulu antara 1-2 minit ya. Lakukan petua ini berterusan selama satu atau dua minggu untuk hasil terbaik.

  • Guna Gam Pelbagai Guna

Tuam muka terlebih dahulu. Sapukan gam pelbagai guna ke kawasan muka yang mempunyai bintik hitam. Biarkan gam itu mengering dan tarik lapisan tersebut perlahan-lahan. Korang pasti akan terkejut dengan hasilnya.

  • Kuasa Kentang!

Parut sebiji kentang mentah dan gosokkan ke seluruh muka terutamanya di kawasan hidung dan dagu selama 10 minit. Biarkan parutan itu mengering pada wajah anda seketika kemudian basuh muka dengan air suam.

  • Daun Ketumbar & Serbuk Kunyit

Tumbuk atau kisar daun ketumbar dan serbuk kunyit. Kemudian sapukan pes tersebut ke seluruh muka dan biarkan selama 10 minit.

  • Gula, Madu & Jus Lemon Terbaik!

Campurkan gula, madu dan jus lemon untuk jadikan pengelupas. Sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan biarkan ia mengering selama 10 minit sebelum cuci wajah dengan air suam. Kalau nak tahu, jus lemon boleh mencerahkan kulit dan gula bertindak sebagai agen pengelupasan.

  • Badam Hancur & Tepung Gram

Campur badam hancur dan tepung gram (besan) untuk menghasilkan skrub. Kemudian sapukan skrub tersebut di bahagian yang paling banyak bintik hitam iaitu hidung.

  • Serbuk Penaik Bukan Untuk Kek Sahaja

Bancuh sedikit serbuk penaik dengan air suam kemudian sapu campuran tersebut ke wajah anda. Biarkan selama 25 minit sebelum cuci muka dengan air suam.

  • Yogurt & Jus Lemon Macam Sedap

Ambil dua sudu penuh yogurt dan campurkan bersama satu sudu jus lemon. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah.

  • Balut Muka Dengan Tuala Basah

Rendam tuala tangan dalam air suam kemudian tuam kawasan bintik hitam selama 15 minit. Kelembapan dari tuala berkenaan boleh menghilangkan bintik-bintik hitam.

  • Campur Telur Putih & Madu

Pukul sebutir telur putih bersama satu sudu penuh madu kemudian sapukan campuran tersebut ke serata wajah. Biarkan selama 30 minit.

  • Gosok Muka Guna Berus Gigi...haha..boleh ke?cuba je la

Tuangkan sedikit jus limau dan minyak jojoba di atas berus gigi kemudian gosok bahagian hidung perlahan-lahan. Pastikan korang menggunakan berus gigi bulu lembut supaya tak merosakkan tekstur kulit.


## fiza amik dari google gak ni..mana yang korang rasa ok cuba la yer..hihi
utk Tip Kesihatan dengan SHAKLEE boleh klik SINI

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me