Sunday, May 31, 2015

Bila Jantung Asyik Berdebar

Pernahkah anda rasa jantung anda berdegup terlalu laju sehingga sesak nafas?  Pernahkah anda rasa pening sampai hendak pitam?  Jika pernah, anda memerlukan pemeriksaan doctor kerana anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Aritmia Jantung.



Apa itu Aritmia Jantung?..kita belajar sama-sama yer..:)
Bermaksud anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur.  Jantung yang normal berdegup mengikut aturan ritma yang teratur.  Jantung berdegup perlahan ketika anda berehat / dalam keadaan tenang.  Ia berdegup pantas ketika anda teruja, risau atau ketakutan.  Ritma jantung dikawal sistem kawalan ritma kompleks yang terddiri daripada neuron dan aktiviti hormone.

Kadangkala sistem ini mungkin bemasalah dalam sesetengah individu lalu menyebabkan dengupan jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai fibrilasi atrium (AF). 

Apa yang terjadi jika anda ada fibrilasi atrium (AF)
Apabila anda mempunyai AF, jantung anda berdegup dengan tak efektif.  Ini menjadi punca darah bergumpal di dalam jantung dan gumpalan darah boleh naik ke otak, menyebabkan strok atau angin ahmar.  Inilah penyebabnya jika nada mempunyai AF, doctor akan menasihati anda supaya mengambil ubat pencair darah.  Ubat ini berfungsi untuk menghalang darah bergumpal di dalam jantung.

Mengapa AF terjadi?
AF biasanya terjadi apabila anda mempunyai penyakit jantung seperti jantung iskemik dan tekanan darah tinggi kronik.  Peningkatan hormone tiroid, pengambilan alcohol berlebihan secara berpanjangan dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kerancuan degupan jantung.  Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan orang menghidap AF-tiada punca yang dijumpai.

Apakah rawatan AF?
Doktor mungkin cuba mengembalikan ritma jantung normal menggunakan ubat atau arus elektrik.  Dalam masa yang sama, anda akan ditawarkan ubat pencair darah juga.

Doktor akan mengenalpasti terlebih dahulu gejala-gejala yang mungkin dialami dan memeriksa tubuh anda untuk tanda-tanda abnormal, kemudian mereka akan menjalankan siasatan yang melibatkan pemeriksaan darah atau merekod ritma jantung menggunakan mesin elektrokardiogram (ECG).  Bergantung kepada dapatan pemeriksaan dan siasatan klinikal – adakalanya anda mungkin perlu menjalani sisatan lanjut seperti merekod ritma jantung 24jam (pemantauan Holter) atau Echocardiogram (prosedur pengimejan ultrabunyi untuk mencari abnormality dalam struktur jantung).

Kebiasaannya, jika anda mengalami AF anda mungkin boleh meneruskan aktiviti normal harian selagi mana anda berpegang kepada nasihat doctor dan mengambil ubat mengikut jadual.

Kepada rakan2 yang sudi singgah, boleh juga ke entry fiza sebelum ini mengenai jenis pemakanan yang baik untuk jantung di SINI.

set kesihatan untuk Jantung anda di SINI.


Sumber: Mingguan Malaysia (Ahad 22/05/15)

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...