Thursday, May 28, 2015

# PARENTING # PNEUMONIA

Bahaya Radang Paru-Paru

Pneumonia merupakan jangkitan pada bahagian paru-paru yang boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak sihat.  Selalunya pesakit akan batuk berkahak yang berpanjangan dan teruk, demam panas dan kadang-kadang mengalami kesukaran bernafas.

Bagi kebanyakkan pesakit, pneumonia boleh dirawat dirumah dan akan hilang dalam tempoh 3 hingga 6 hari.  Namun bagi warga tua, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit lain yang boleh memudaratkan keadaan pneumonia berkemungkinan akan terjejas teruk malah boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang betul dan segera.

Menurut statistic, 450 juta orang di seluruh dunia iaitu 7 peratus daripada populasi dunia menghidap pneumonia.  Hampir 4 juta daripadanya maut.

Menurut Pakar Perunding Dada, Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani, walaupun jumlah mereka yang Berjaya pulih semakin ramai berbanding dulu terutamanya di Negara membangun, statistic tersebut masih amat menakutkan.

“Antara komplikasi yang berlaku kepada kes-kes radang paru-paru yang tidak dirawat sepenuhnya ialah kewujudan nanah dibahagian paru-paru, kebocoran paru-paru, Sindrom Distres Pernafasan Akut dan akhirnya maut.  Pesakit yang berpotensi mengalami komplikasi tersebut ialah warga tua, kanak-kanak dan pesakit yang mengalami masalah kesihatan lain.  Contohnya, pesakit yang berkemungkinan masuk hospital kerana penyakit jantung tetapi kemudian mengalami pneumonia lalu meninggal dunia kerana badan mereka sedia ada lemah’ – DR MOHAMMED FAUZI ABDUL RANI

Bagi mengelak komplikasi penyakit yang serius, pesakit perlu segera berjumpa Doktor jika demam dan batuk berpanjangan atau jika masih belum pulih walaupun mengambil ubat dari klinik.  Rawatan pantas perlu diberikan jika pesakit mengalami kesukaran bernafas dan gejala yang teruk.

GEJALA
Biasanya bermula dengan jangkitan kuman di bahagian atas kerongkong dan jangkitan ini akan turun kebawah ke bahagian paru-paru.

Jangkitan bakteria pula biasanya bermula dari tekak ke hidung manakala virus pula akibat pesakit terdedah pada jangkitan virus dari udara atau sentuhan.



Antara tanda-tandanya ialah:
  • Batuk berkahak
  • Demam
  • Menggeletar
  • Semput
  • Sakit Dada
  • Kesukaran Bernafas
  • Warga tua akan mengalami delirium (racauan)
  • Kanak-kanak 12thn ke bawah selalunya mengalami demam, batuk, kesukaran bernafas


LANGKAH PENCEGAHAN PNEUMONIA
  • Vaksinasi seperti Vaksin Influenza A dan B
  • Vaksinasi kuman Influenza Hemofelus dan Pneumonia Streptokokus
  • Berhenti Merokok
  • Kurangkan kadar pencemaran di dalam rumah
  • Basuh Tangan
  • Tutup mulut ketika Batuk
  • Menggunakan topeng pernafasan
  • Rawat penyakit seperti HIV dan Diabetes
  • Pastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi
  • Susu ibu untuk kanak-kanak berusia 6 bulan ke bawah boleh mengurangkan risiko
  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut terutama warga tua


RAWATAN
Kebanyakan pesakit, rawatannya ialah mengambil Oral Antibiotik, rehat yang mencukupi, analgesia dan air yang cukup.  Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, berumur atau sukar bernafas mereka memerlukan rawatan di Hospital dengan segera (antibiotic melalui intravena, terapi oksigen dan air yang mencukupi serta mengubati sistem organ lain yang terjejas).

Melalui rawatan yang sesuai, pesakit akan pulih tiga hingga 6 hari tetapi ada keadaan yang berlarutan selama berminggu-minggu untuk hilang sepenuhnya.
Warga Tua atau pesakit yang mengalami masalah paru-paru selalunya mengambil masa 3 bulan untuk pulih seperti biasa.


Sumber: Fokus sihat, 05.01.14


No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me