Saturday, March 7, 2015

Tiroid dikalangan Wanita Hamil

Assalamualaikum wbt..

Cycle baru Shaklee ni, semangat pula nak berceloteh kat sini. Hari ni Fiza nak story mengenai  Tiroid dikalangan wanita hamil. 
Bahaya ke? Bagaimamana Shaklee dapat membantu?



APA ITU TIROID?
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.

Di kalangan wanita hamil, tiroid biasanya berlaku seawal trimester pertama. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai masalah tiroid ini tidak perlu terlalu bimbang keran mereka masih boleh menjaga dan melindungi kesihatan janin dengan belajar dan mengetahui kesannya terhadap kehamilan dengan mengekalkan ujian fungsi tiroid terhadap kehamilan itu sendiri serta mengambil ubat-ubatan yang diperlukan serta mengikut nasihat pakar berkaitan penggunaan ubat-ubatan ini agar tidak menjejaskan kandungan,” je

Walaupun tiroid boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi, tetapi pada masa yang sama tiroid juga mempunyai fungsi tersendiri kepada ibu dan bayi berkenaan. Dalam tempoh 10-12 minggu pertama kehamilan, bayi akan bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk pengeluaran hormon tiroid.

Bayi hanya akan menghasilkan hormon tiroidnya sendiri pada akhir trimester pertama. Walau bagaimanapun, bayi masih bergantung kepada ibu untuk jumlah pengambilan iodin yang mencukupi dan penting untuk menghasilkan hormon tiroid.

Walau bagaimanapun, risiko bagi ibu hamil yang menghidap tiroid dan tidak memantau dengan betul atau secara teratur masalah ini memungkinkan menjadi salah satu punca keguguran bayi yang dikandungkan, bersalin awal, bayi pramatang, uri lekang awal serta boleh meningkatkan risiko darah tinggi. Sementara bagi bayi dalam kandungan itu pula, keadaan yang dihadapi ibu itu mungkin boleh menjejaskan IQ serta pertumbuhan bayi (bayi kecil).

Hipertiroidisme dan Kehamilan
Secara keseluruhannya, punca tiroid paling biasa (80-85%) semasa hamil adalah penyakit Graves (mengambil sempena orang pertama yang menemui penyakit ini). Ia berlaku 1:1,500 di kalangan wanita hamil. Di samping itu, sebab-sebab lain hipertiroidisme adalah tahap hCG yang tinggi yang biasa dilihat semasa alahan teruk (morning sickness).

“Penyakit Graves biasanya hadir semasa trimester pertama atau mungkin diburukkan lagi sekiranya wanita hamil berkenaan mempunyai masalah gangguan (disorder). Di samping itu, gejala klasik yang dikaitkan dengan hipertiroidisme ialah masalah hipertiroidisme ibu yang tidak dirawat sehingga boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia.

Selain itu, wanita yang mempunyai penyakit Graves aktif semasa mengandung juga berisiko tinggi untuk mendapat hipertiroidisme sangat teruk yang dikenali sebagai Thyroid Storm. Penyakit Graves sering meningkat semasa trimester ketiga kehamilan dan boleh memburukkan keadaan semasa tempoh selepas bersalin,” terang Dr Nazri lagi.

Risiko hipertiroidisme kepada bayi pula bergantung kepada hipertiroidisme ibu. Sekiranya hipertiroidisme ibu yang tidak dikawal, ia boleh menyebabkan masalah tachycardia pada janin (kadar denyutan pantas), bayi kecil, lahir tidak cukup bulan, kelahiran mati dan malformations. Inilah antara sebab kenapa rawatan hipertiroidisme terhadap ibu sangat penting.

Pengambilan dadah anti-tiroid oleh ibu juga boleh menjejaskan bayi dalam kandungan sekiranya tidak dikawal. Pengambilan ubat dadah terapi jenis Methimazole (Tapazole) atau propylthiouracil (PTU) untuk rawatan hipertiroidisme juga dilihat boleh menjejaskan fungsi tiroid bayi dan menyebabkan penyakit Goiter.

Simptom dan Rawatan
Lazimnya, antara simptom-simptom bagi penghidap hipertiroid adalah seperti selera makan bertambah, berat badan menurun, menggeletar jari tangan, berdebar-debar, kerap berpeluh, badan terasa panas dan mudah marah. Ia sedikit berbeza dengan simptom hipotiroid di mana pesakit menjadi gemuk, badan sering terasa sejuk, ingatan terganggu, kaki membengkak, kuat tidur dan berasa malas.

Diagnosis biasanya dilihat menerusi tanda-tanda atau gejala tiroid berkenaan. Rawatan yang dijalankan pula adalah bergantung kepada tahap penyakit yang dihidapi. Doktor akan membuat imbasan awal risiko pesakit tiroid dan memberikan diskripsi ubat-ubatan bersesuaian dengan tahap penyakit.

Punca terjadinya Tiroid adalah:
  • Kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya) 
  • Kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran 
  • Goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid 
  • Radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid 
  • Genetik 
  • Autoimmune Graves Disease

Ada 2 jenis penyakit TIROID yang utama: 
1. Hypertiroidisme 
Hormon tiroid T3(triiodotironin) dan T4(triiodotiroksin) didapati lebih tinggi daripada orang biasa. 

Antara penyebab penyakit ini ialah:
  • Grave's disease - Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak) - Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre - Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypertiroidisme:
*Bengkak di leher
*Cirit birit
*Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
*Gementar dan gelisah, terketar-ketar
*Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
*Kesuburan turun
*Penumpuan kurang
*Mata menjadi besar (bulging)
*Angin yang tidak menentu
*Kejang otot
*Oesteoporosis (kereputan tulang)
*Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
*Suhu badan naik, tak tahan panas
*Rambut tidak kuat
*Sukar bernafas
*Sukar tidur
*Tekanan darah naik
*Turun berat badan walaupun selera naik
*Lemah

2. Hypothyroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi Hypothyroidisme

  • Kaki bengkak
  • Ingatan terganggu
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan

Siapa yang berisiko?
  • Perempuan
  • Gaktor Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Bahaya pada ibu hamil?
  • Boleh menyebabkan kelahiruan pramatang
  • Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
  • Bayi kecil
  • Bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran mati
  • Malformations
Inilah sebab kenapa rawatan Hyperthyrodisme terhadap ibu hamil sangat penting. Selain dari rawatan yang diberi, anda juga boleh mencari alternatif lain seperti pengambilan supplemen.

Antara supplemen yang dicadangkan sama ada anda mengalami Hyper atau Hypo

* B Complex
* Vitamin C
* Vitamin E
* Ostematrix
* Zinc

Bagi anda yang mempunyai Hypertiroid.

* Boleh ambil ESP
* TIdak boleh ambil Vitalea
* Tidak boleh ambil Alfalfa

Bagi anda yang mempunyai Hypotiroid

* Tidak boleh ambil ESP
* Boleh ambil Vitalea
* Boleh ambil Alfalfa

InshaAllah...kita hanya mampu berusaha Dan selebihnya DIA yang menentukan.

TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA! 



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6dcfff2b73388f6307994658463a9341

 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

 


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Shaklee ID: 949698

sms/whatsapp: 012 4513311  


email: eija_2004@yahoo.com

sumber: sinarharianonline

0 comments:

Popular Posts