Monday, March 2, 2015

# Aktiviti Shaklee # GMF TEAM

SAHABAT



Assalamualaikum wbt



Baru dapat mengadap tugasan yang diberikan oleh Master to be Pn. Ainul Mustafa sabtu lepas. Alhamdulillah kelas ‘Fantastic 4 Penang Mai’ memang best. Kami semua ditugaskan untuk menulis di atas sekeping kertas 3C iaitu CAR, COUNTRY & CHARACTER. Tulis dan kena kumpul semula kemudian diagihkan semula secara random. Kertas yang dapat tu kami semua perlu buat satu entry khas mengenai 3C orang tersebut.



Blur juga masa mula-mula buka kertas tu sebab orangnya memang tak kenal langsung. Nak sembang panjang time tu memang tak dapat sebab lepas je ber’posing ramai-ramai empunya diri dah beredar. Anak dah mengamuk katanya semalam..(baru dapat berwasap semalam.



Siapa Sahabat baru yang Fiza nak story ni? Nama beliau Noraini dan merupakan ibu kepada 2 orang anak yang sedang membesar. Memang blogger hebat ni..



Apa 3C Aini?



Car

Kereta idaman Aini Estima..wahh best tu.

Katanya nak Estima color hitam. Hitam kan menawan..so fiza google je lah mcm mana rupanya Estima ni. Fiza ni kalau bab2 kereta memang blur ckit. Masa nak tulis 3C hari tu pun jenuh tongkat dagu nak tau apa nama kereta siap wsap suami tanya..haha



Hasil google..cantik kan? 
Semoga impian Aini tercapai dengan Shaklee..Amin.



Country

2 negara menjadi pilihan Aini:



1. Mekah

Juga tempat idaman Fiza suatu hari nanti dan juga kawan2 yang lain rasanya..

Aini nak pergi Mekah buat Umrah satu keluarga. Bersama suami, anak2 dan ibu & ayah yang disanyangi..IshaAllah semoga tercapai hendaknya.






2. US

Ehh..sama la kita..hehe
Kenapa US? Sebab katanya US tempat yang mahal. Tempat melancong yang paling best dan Aini excited nak pergi US dengan Shaklee. Pergi dengan Shaklee semua di sponsor kan. InshaAllah..

 Gambar hiasan dari Cik Google





Character

Aini tak pula beritahu siapa idola beliau tetapi harapan beliau amat Fiza kagumi. Aini ingin menjadi insan yang dapat memberi manfaat utuk orang lain. Ingin menjadi seorang pemimpin yang baik untuk anak serta anak2 buah beliau dan berakhlak mulia. Amin.

 





Itulah serba sedikit 3C yang Aini inginkan. Semoga apa yang dihajati tercapai & dipermudahkan segala urusan.


Semoga kita dapat berjumpa lagi dan menjalinkan persahabatan yang lebih erat nanti..




Coretan,
Fiza


2 comments:

nieda said...

lama x jenguk sini..semoga berjaya yer fiza dengan bisness shaklee

FIZA said...

Tq2 nieda...rindu zaman dulu2..hihi

POPULAR POSTS

Follow Me