Wednesday, March 18, 2015

Jom Kempiskan Perut Dengan Cepat

10:17 AM 0 Comments
Memiliki perut yang buncit, atau perut boroi bukanlah sesuatu yang diingini, lebih-lebih lagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, mereka yang memiliki perut buncit dikatakan lebih “bahagia” dan mempunyai “saham” yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit.


Tetapi, jangan kita ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit, dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda.

Dibawah kami kongsikan dengan anda 5 cara bagaimana anda boleh mengempiskan perut anda, dengan syarat ianya dilakukan secara konsisten dan penuh disiplin.

Makan Makanan Yang Betul

Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

Tinggalkan Makanan Ringan

Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

Berhenti Makan Lewat Malam

Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula

Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

Lakukan Senaman Kardio

Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.

Cuba praktiskan 5 cara ini dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Perut anda kini lebih cantik dan slim!

Info: diet.com

Tuesday, March 17, 2015

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

7:15 PM 0 Comments
Hari ni fiza nk kongsi beberapa tips utk kawan2 yang tengah diet. Ada bermacam2 cara sebenarnya tp antara kemahuan sendiri jugak kan. Fiza sendiri pun berhadapan masalah nak turunkan berat. Anak2 masih kecil jadi nafsu makan memang menjadi bila dengan diaorg berdua tu.

Hasil cik google dapat la beberapa tips utk kurus..jom kita cuba!



  • Jangan Sesekali Menahan Lapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
  • Cuba Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.



  • Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari (2.5 - 3 liter)
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  • Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  • Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  • Jangan Skip Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?

Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
  • Makan Secara Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  • Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  • Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

info: diet.com

Haaaa....senang je kan???..jom ramai2 kita cuba..pasti berkesan!

Thursday, March 12, 2015

TIUB FALLOPIO TERSUMBAT? BOLEH HAMIL KE?

10:24 AM 31 Comments
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G utk dapatkan anak. Bayangkan sekali treatment/check up mesti habis rm200+. Pejam mata je hulur duit kan. Fiza buat HSG dalam rm170 kalau tak silap. Dapat tau result memang menitik air mata sbb bayangkan bila tau kedua2 tiub fallapio tersumbat dan % utk dpt anak memang 50:50. Pakar O&G masa tu Dr Hamid Arshat..saja je kan nk doktor glemer' he he.

Prof bagitau masih ada peluang..kita kasi cuci itu tiub'..haha..kelakar juga doktor ni. Selepas itu, prof ada buat simple prosedure utk cuci tiub..tak ingat dah apa namanya dan Alhamdulillah lebih kurang 8 bln lps tu memang fiza disahkan mengandung walaupun hanya dengan 1 tiub. Ada juga try macam2 supplimen dan salah satunya gla Shaklee. 

Berbalik pada HSG. Apa tu? Jom kita tgk.


Ujian hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian  yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio. HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim, tiub fallopio dan kawasan di sekeliling mereka kelihatan dan diperiksa. Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat, masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk atau struktur rahim yang abnormal.

Di samping itu, HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.




Bilakah HSG dibuat?

Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid telah tamat tetapi sebelum ovulasi, untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan.

Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Prosedur HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Anda akan berbaring di atas meja di bawah fluoroskop ( real-time x-ray). Spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda. Doktor akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke dalam bukaan serviks. Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula, kemudian memasuki tiub fallopio dan keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat.

Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut, keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x-ray. Akan tetapi, prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnosis endometriosis.
Selepas HSG, anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta-merta, tetapi anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks untuk beberapa hari.


Apakah risiko dan komplikasi HSG?

HSG adalah prosedur yang sangat selamat. Walaubagaimanapun,risiko dan komplikasi jarang terjadi, Cuma 1% sahaja di kalangan pesakit. 
Ia termasuk seperti: 
  • Jangkitan kuman 
  • Pendarahan faraj 
  • Pengsan 
  • Alahan terhadap dye berwarna 
  • Luka pada serviks 
  • Pendedahan sinaran x-ray.

Apakah langkah seterusnya selepas HSG?
  • keputusan normal
Tiub fallopio dan rahim tidak mempunyai masalah. Doktor anda mungkin memberi cadangan untuk membuat ujian lain untuk mencari sebab ketidaksuburan anda atau memberi rawatan seterusnya seperti IUI.
  • Keputusan tidak normal
Jika tiub fallopio tersumbat, doktor anda mungkin memberi cadangan sama ada melakukan laparoskopi ( prosedur pembedahan untuk melihat tiub) atau memberi rawatan seterusnya seperti IVF
 

Wednesday, March 11, 2015

Penyusuan Susu Ibu: Keperluan Ibu dan Bayi

11:16 PM 0 Comments
Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 



~ fiza~

Monday, March 9, 2015

SEBAB KENAPA ANDA & SAYA PERLU PILIH ESP SHAKLEE

11:26 AM 0 Comments
SEBAB kenapa saya dan anda semua kena pilih Energizing Soy Protein (ESP):


  1. ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone
  2. ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses 
  3. ESP dibasuh dengan air ("..Dr. Shaklee knew that By using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phyto-estrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positive benefits of soy and only 12 to 20 negative studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.Dr. Shaklee knew the difference.") 
  4. ESP mengandungi 50% keperluan kalsium harian. Kenapa ada kalsium? Kerana tambahan sedikit kalsium di dalam ESP boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zink semasa pencernaan dalam usus.
  5. Selama 54 tahun ESP mengungguli pasaran makanan tambahan. Mana lagi nak cari soya terbaik macam ni??

Tidak perlu lagi ragu dengan ESP Shaklee!!

Harga setin cuma RM150
sangat berbaloi
Bulan ni (Mac) ada PROMOSI tau. Beli 6 percuma 1..dapat free keahlian lagi..ada lagi tau!
PM/wsap fiza utk details.


TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA! 



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6dcfff2b73388f6307994658463a9341

 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

 

Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) 

Shaklee ID: 949698

sms/whatsapp: 012 4513311  


email: eija_2004@yahoo.com

Bulan Mac ni ada promosi heba

PCOS dan Kesannya Kepada Wanita

11:09 AM 0 Comments

Sebelum ni memang tak pernah tahu pun apa itu PCOS tapi selepas 3 tahun masih belum dapat anak mula la sibuk cari info itu ini. Masa tu pula, facebook baru jer nk glemer' hehe..

Mula tahu PCOS selepas saya menjalani rawatan dengan Pakar O&G Dr Hamid Arshat di Damansara sekitar 2008. Saya mula join forum dr kolum Dr Hamid dan berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang senasib. Dari situ kami semua berkongsi macam-macam penyakit kesuburan wanita dan jangan tak percaya sampai sekarang kami masih berkongsi2 cerita.

Jom kita tengok!!


Polycystic ovary syndrome (PCOS)

Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.







Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?
  • Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak 
  • Kegemukan atau obesiti 
  • Kencing manis 
  • Kolesterol Tinggi 
  • Kemandulan 
  • Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?
Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
  • Kitaran haid yang tidak teratur 
  • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang 
  • Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

Apakah itu ‘polycystic ovary’?
Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.


Gambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’


Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?
Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.


Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS
  • 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk. 
  • Masalah kolesterol tinggi 
  • Masalah darah tinggi 
  • Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi 
  • Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid. 
  • Masalah tidur 
  • Penyakit murung

Rawatan untuk pesakit PCOS?
  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
  • Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur
  • Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
  • Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.
  • Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.

Saturday, March 7, 2015

Tiroid dikalangan Wanita Hamil

7:27 PM 0 Comments
Assalamualaikum wbt..

Cycle baru Shaklee ni, semangat pula nak berceloteh kat sini. Hari ni Fiza nak story mengenai  Tiroid dikalangan wanita hamil. 
Bahaya ke? Bagaimamana Shaklee dapat membantu?



APA ITU TIROID?
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.

Di kalangan wanita hamil, tiroid biasanya berlaku seawal trimester pertama. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai masalah tiroid ini tidak perlu terlalu bimbang keran mereka masih boleh menjaga dan melindungi kesihatan janin dengan belajar dan mengetahui kesannya terhadap kehamilan dengan mengekalkan ujian fungsi tiroid terhadap kehamilan itu sendiri serta mengambil ubat-ubatan yang diperlukan serta mengikut nasihat pakar berkaitan penggunaan ubat-ubatan ini agar tidak menjejaskan kandungan,” je

Walaupun tiroid boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi, tetapi pada masa yang sama tiroid juga mempunyai fungsi tersendiri kepada ibu dan bayi berkenaan. Dalam tempoh 10-12 minggu pertama kehamilan, bayi akan bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk pengeluaran hormon tiroid.

Bayi hanya akan menghasilkan hormon tiroidnya sendiri pada akhir trimester pertama. Walau bagaimanapun, bayi masih bergantung kepada ibu untuk jumlah pengambilan iodin yang mencukupi dan penting untuk menghasilkan hormon tiroid.

Walau bagaimanapun, risiko bagi ibu hamil yang menghidap tiroid dan tidak memantau dengan betul atau secara teratur masalah ini memungkinkan menjadi salah satu punca keguguran bayi yang dikandungkan, bersalin awal, bayi pramatang, uri lekang awal serta boleh meningkatkan risiko darah tinggi. Sementara bagi bayi dalam kandungan itu pula, keadaan yang dihadapi ibu itu mungkin boleh menjejaskan IQ serta pertumbuhan bayi (bayi kecil).

Hipertiroidisme dan Kehamilan
Secara keseluruhannya, punca tiroid paling biasa (80-85%) semasa hamil adalah penyakit Graves (mengambil sempena orang pertama yang menemui penyakit ini). Ia berlaku 1:1,500 di kalangan wanita hamil. Di samping itu, sebab-sebab lain hipertiroidisme adalah tahap hCG yang tinggi yang biasa dilihat semasa alahan teruk (morning sickness).

“Penyakit Graves biasanya hadir semasa trimester pertama atau mungkin diburukkan lagi sekiranya wanita hamil berkenaan mempunyai masalah gangguan (disorder). Di samping itu, gejala klasik yang dikaitkan dengan hipertiroidisme ialah masalah hipertiroidisme ibu yang tidak dirawat sehingga boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia.

Selain itu, wanita yang mempunyai penyakit Graves aktif semasa mengandung juga berisiko tinggi untuk mendapat hipertiroidisme sangat teruk yang dikenali sebagai Thyroid Storm. Penyakit Graves sering meningkat semasa trimester ketiga kehamilan dan boleh memburukkan keadaan semasa tempoh selepas bersalin,” terang Dr Nazri lagi.

Risiko hipertiroidisme kepada bayi pula bergantung kepada hipertiroidisme ibu. Sekiranya hipertiroidisme ibu yang tidak dikawal, ia boleh menyebabkan masalah tachycardia pada janin (kadar denyutan pantas), bayi kecil, lahir tidak cukup bulan, kelahiran mati dan malformations. Inilah antara sebab kenapa rawatan hipertiroidisme terhadap ibu sangat penting.

Pengambilan dadah anti-tiroid oleh ibu juga boleh menjejaskan bayi dalam kandungan sekiranya tidak dikawal. Pengambilan ubat dadah terapi jenis Methimazole (Tapazole) atau propylthiouracil (PTU) untuk rawatan hipertiroidisme juga dilihat boleh menjejaskan fungsi tiroid bayi dan menyebabkan penyakit Goiter.

Simptom dan Rawatan
Lazimnya, antara simptom-simptom bagi penghidap hipertiroid adalah seperti selera makan bertambah, berat badan menurun, menggeletar jari tangan, berdebar-debar, kerap berpeluh, badan terasa panas dan mudah marah. Ia sedikit berbeza dengan simptom hipotiroid di mana pesakit menjadi gemuk, badan sering terasa sejuk, ingatan terganggu, kaki membengkak, kuat tidur dan berasa malas.

Diagnosis biasanya dilihat menerusi tanda-tanda atau gejala tiroid berkenaan. Rawatan yang dijalankan pula adalah bergantung kepada tahap penyakit yang dihidapi. Doktor akan membuat imbasan awal risiko pesakit tiroid dan memberikan diskripsi ubat-ubatan bersesuaian dengan tahap penyakit.

Punca terjadinya Tiroid adalah:
  • Kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya) 
  • Kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran 
  • Goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid 
  • Radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid 
  • Genetik 
  • Autoimmune Graves Disease

Ada 2 jenis penyakit TIROID yang utama: 
1. Hypertiroidisme 
Hormon tiroid T3(triiodotironin) dan T4(triiodotiroksin) didapati lebih tinggi daripada orang biasa. 

Antara penyebab penyakit ini ialah:
  • Grave's disease - Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak) - Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre - Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypertiroidisme:
*Bengkak di leher
*Cirit birit
*Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
*Gementar dan gelisah, terketar-ketar
*Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
*Kesuburan turun
*Penumpuan kurang
*Mata menjadi besar (bulging)
*Angin yang tidak menentu
*Kejang otot
*Oesteoporosis (kereputan tulang)
*Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
*Suhu badan naik, tak tahan panas
*Rambut tidak kuat
*Sukar bernafas
*Sukar tidur
*Tekanan darah naik
*Turun berat badan walaupun selera naik
*Lemah

2. Hypothyroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi Hypothyroidisme

  • Kaki bengkak
  • Ingatan terganggu
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan

Siapa yang berisiko?
  • Perempuan
  • Gaktor Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Bahaya pada ibu hamil?
  • Boleh menyebabkan kelahiruan pramatang
  • Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
  • Bayi kecil
  • Bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran mati
  • Malformations
Inilah sebab kenapa rawatan Hyperthyrodisme terhadap ibu hamil sangat penting. Selain dari rawatan yang diberi, anda juga boleh mencari alternatif lain seperti pengambilan supplemen.

Antara supplemen yang dicadangkan sama ada anda mengalami Hyper atau Hypo

* B Complex
* Vitamin C
* Vitamin E
* Ostematrix
* Zinc

Bagi anda yang mempunyai Hypertiroid.

* Boleh ambil ESP
* TIdak boleh ambil Vitalea
* Tidak boleh ambil Alfalfa

Bagi anda yang mempunyai Hypotiroid

* Tidak boleh ambil ESP
* Boleh ambil Vitalea
* Boleh ambil Alfalfa

InshaAllah...kita hanya mampu berusaha Dan selebihnya DIA yang menentukan.

TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA! 



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6dcfff2b73388f6307994658463a9341

 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

 


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Shaklee ID: 949698

sms/whatsapp: 012 4513311  


email: eija_2004@yahoo.com

sumber: sinarharianonline

Thursday, March 5, 2015

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk selama-lamanya

9:50 PM 0 Comments


Hari ini saya ingin menyeru kepada perokok-perokok tegar di luar sana supaya berhenti merokok. Kalau kita semua tgk dekat kotak rokok tu kan sudah terang-terang ditulis MEROKOK BERBAHAYAKAN KESIHATAN!..Tetapi ada juga mereka2 yang memang tak faham2 kan!..huhu

Ye, memang susah nak berhenti merokok. Siap menggigil satu badan kalau tak dapat rokok satu hari kan. Bila time puasa je, lps berbuka terus rokok yabg dihadapnya. Tapi orang kata 'bila ada kemahuan, pasti ada jalankan'..antara nak dengan tak nak. Jika memang niat untuk STOP percayalah akan dipermudahkan urusan olehNya.

Rokok mengandungi nikotin. Nikotin merupakan salah satu bahan toksik di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan. Nikotin adalah salah satu radikal bebas yang boleh merosakkan DNA di dalam badan.





Apa akibatnya jika DNA rosak?

Setiap sel kita mengandungi DNA. DNA merupakan bahan asas menentukan sel-sel terbentuk dengan sihat. Jika DNA dan rosak, maka sel-sel pun rosak. Akibatnya, akan berlaku mutasi DNA. Sel-sel yang mengandungi DNA mutasi akan membentuk kanser atau penyakit-penyakit lain. Wallahualam.

Tahukah Anda Wahai Perokok Tegar? Kesan asap rokok kepada ibu hamil dan bayi:
  • Risiko kecacatan bayi. 
  • Kelahiran pra matang 
  • Risiko bayi untuk mendapat asma adalah lebih tinggi 
  • Keguguran bayi 
  • Tumbesaran janin terencat 
  • Pendarahan ibu hamil 
  • Kanser 
  • Bayi kurang berat badan
Ermmm..nampak tak?..banyak lagi kesan yang kita tak nampak dengan mata kasar tetapi tetapi tolonglah suami2 diluar sana STOP utk kesihatan keluarga anda!!



Bagaimana Vivix Shaklee memulihkan DNA seorang perokok tegar?

Secara ringkasnya, Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut


Bagaimana Vivix Shaklee membantu perokok tegar berhenti merokok?

Dengan pengambilan Vivix Shaklee selama 2 minggu secara berterusan, Insha-Allah boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya. Vivix Shaklee akan menyebabkan anda secara automatik tidak mahu merokok lagi sebab setiap kali anda merokok, rokok tersebut akan rasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri akan menolak rokok secara automatik. Bukan itu sahaja, dengan pengambilan Vivix Shaklee, anda bukan sahaja boleh berhenti merokok, bahkan anda juga akan bertambah berseri dan nampak muda. Kenapa? Sebab Vivix Shaklee merupakan antioksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. Menarik kan???

Vivix bukan sahaja boleh buat anda berhenti merokok, malah banyak lagi manfaat lagi yang anda boleh dapat di SINI

Tak perlu kot saya nak hurai harga rokok bagai sebab sememangnya sangat2 membazir. Sebulan duit beli rokok boleh bayar instalment kereta proton Iris kot!

PERINGATAN!!!


Harga runcit : RM475 sebotol
Jom join ahli DI SINI utk dapatkan harga ahli yang superpower!!!

KASIHANILAH MEREKA.... SAYANGILAH MEREKA... JANGAN PENTINGKAN DIRI ANDA HANYA KERANA INGIN PUASKAN KETAGIHAN ANDA TERHADAP ROKOK...


cuba hayati TESTIMONI seorang perokok TEGAR ini.
Manfaatkan!!!

TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA! 





untuk ORDER Klik sini!


ORDER NOW!!


 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) 

Shaklee ID: 949698

sms/whatsapp: 012 4513311  


email: eija_2004@yahoo.com

POPULAR POSTS

Follow Me