Wednesday, May 21, 2014

Sayangi Jantung Anda dengan CoQHealth Plus Shaklee

Penyakit Jantung / kardiovaskular adalah punca utama kematian di Malaysia menurut kenyataan dari National Heart Association Malaysia. Statistik dari World Health Organization pula menunjukkan 37% kematian adalah penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Penyakit-penyakit ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat.  Jadi, kita harus mengambil CoQHealth Plus untuk membantu jantung kita lebih sihat dan bertenaga. CoQHealth Plus adalah produk terbaru Shaklee untuk kesihatan jantung. CoQHealth Plus penting untuk memastikan jantung kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Supplemen terbaru ini diformulasi istimewa secara semulajadi dan terdiri daripada campuran 28mg CoQ10, Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.  CoQHealth Plus adalah dalam bentuk kapsul bioketersediaan, yang direka khas agar memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.


Kenapa CoQ10 (Coenzime Q10) penting  untuk tubuh kita? 
  •  CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi di dalam setiap sel badan kita dan terutamanya di dalam organ-organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.
  • CoQ10 amat penting sebab tanpanya jutaan sel tubuh dan terutamanya jantung tidak akan berfungsi dengan sempurna. Sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan (sementara CoQ10 hadir sebagai pencetus tenaga) dan tenaga dihasilkan. 
  • Proses penghasilan tenaga ini berlalu beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan membolehkan organ-organ lain berfungsi sempurna bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan.   
  • CoQ10 juga bertindak sebagai antioksida dan melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL). Secara keseluruhannya CoQ10 menggalakkan fungsi kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh.


Keistimewaan CoQHealth Plus Shaklee berbanding jenama-jenama lain di pasaran

  • Anda tidak perlu memakan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli untuk mendapatkan jumlah 28mg CoQ10 dari CoQHealth Plus.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E di dalam CoQHealth Plus mengukuhkan keupayaan antioksidan Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar semula vitamin E, dan memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang membantu kekuatan tisu kapilari darah dan jantung
  • CoQ10 semulajadi daripada yis melalui kaedah penapaian.
  • Tanpa gluten   



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:
 
Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Monday, May 19, 2014

INSOMNIA

Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki . Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.

Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.  Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.

Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.  Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.  Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.


 Apa Simptom-simptom INSOMNIA?
  • Kesukaran tidur di waktu malam 
  • Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali
  • Bangun terlalu awal di waktu pagi 
  • Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.
  • denyutan nadi yang tidak teratur
  • pening kepala
  • Lesu & mudah marah
Kenapa terjadinya INSOMNIA?
  • tekanan kerja
  • pengambilan kafien yang berlebihan
  • kekurangan mineral
  • kekurangan asid amino yang penting untuk meredakan aktiviti saraf dalam tubuh badan, menghilangkan stress & meningkatkan kualiti tidur
mereka ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor.Tanpa rawatan ia akan bertambah kronik dan akan berulang-ulang terjadi.


2 Jenis INSOMNIA yang perlu anda tahu: 

Acute Insomnia (jangka masa pendek)
  • jenis ini hanya berlaku pada waktu yang pendek dalam beberapa malam sahaja dan kurang dari empat minggu.Keadaan ini berlaku mungkin tekanan di tempat kerja atau keadaan fizikal yang tidak sihat.
Chronic Insomnia (Insomnia kronik)
  • Berlarutan sehingga tiga atau empat minggu dan berkhir sehingga sebulan atau lebih. Kira kira 10 hingga 15 peratus orang dewasa menghidap penyakit ini. Mereka memerlukan perhatian dan ini juga menunjukkan mereka mempunyai depresi yang teruk.

Apa yang perlu bagi mendapatkan tidur yang sempurna?
  • Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat yang selesa untuk tidur tidak melakukan aktiviti seperti makan dan menonton tv di dalam bilik. Pastikan dalam 15 atau 20 minit anda sudah boleh melelapkan mata jika tidak tukar ke bilik lain dan cuba untuk tidur.
  • Tetapkan masa tidur dan jaga anda, pastikan anda bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu anda menjangka waktu tidur anda.
  • Awasi pemakanan anda dan elakkan minum kopi empat hingga enam jam sebelum tidur, jangan juga makan makanan berat dan jika lapar makan snek yang ringan dan jangan merokok kerana ia akan membuatkan tubuh sentiasa berjaga.
  • Elakkan tidur waktu petang kalau perlu juga tidur selama 30 minit sahaja.
  • Biasakan diri dengan aktiviti sihat seperti olahraga
  • Pastikan mengambil makanan yang mengandungi B Komplek seperti B1, B6, B12
  
 Cadangan Shaklee untuk mereka yang mempunyai simptom Insomnia:

Sunday, May 18, 2014

Sedut Ilmu lagi ~ Coaching by Mami & Dedi

Syukur Alhamdulillah..dapat juga bertemu dengan Mami Mia (upline shaklee).  Kenapa saya gelarkan dia Mami? 

Dalam Shaklee kami ibarat seperti keluarga dan tiada istilah upline atau downline. Kami anak-anaknya diberi perhatian lebih untuk berjaya bersama-sama mereka. Kami tidak dipaksa untuk menjual tetapi kami dipaksa untuk berkongsi. Berkongsi apa yang kami dapat selama ini. YES..betul..Shaklee juga adalah MLM tetapi dalam banyak-banyak MLM yang saya join, Shaklee mengajar saya sesuatu. Sesuatu yang saya inginkan selama ini. 

Bersama Shaklee, saya mula mendekatkan diri dengan Pencipta. Bukan bermaksud selama ini saya lupa tetapi kadangkala kita sebagai insan seringkali alpa akan tanggungjawab kita sebagai muslim. Kita lupa di mana kita berada dan kita seringkali lalai.

Shaklee cukup mudah. Kenapa saya kata mudah?. Shaklee memberi peluang kepada saya untuk meraih sedikit kejayaan setakat hari ini & saya inginkan lebih kejayaan pada hari esok.

Hari ini Mami & Dedi sanggup turun dari Melaka semata-mata untuk memberi kami sesuatu. Ilmu yang mereka dapat & praktikkan selama ini, dicurahkan sepenuhnya kepada kami 'face to face'. Selama ini hanya ber'coaching online sahaja kan, so hari ini Alhamdulillah dapat bertemu muka.

Banyak yang saya & rakan-rakan pelajari hari ini. InsyaAllah akan saya praktikkan untuk terus berjaya dalam Shaklee.
 


dapat gift lagi

Ingin bersama saya memeriahkan lagi GROUP GMF kami?. boleh hubungi saya fiza 012 4513311. InsyaAllah bimbingan ekslusif akan kami berikan.

Saturday, May 17, 2014

Bagaimana Shaklee Membantu Mengurangkan Senggugut?

Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea  adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.


Bagaimana Shaklee membantu mengurangkan masalah segugut?


  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar 
  • Kalsium yang diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen 
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang 
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang 
  • Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.  
  • Lebih daripada Sekadar Kalsium
  • Klik >> untuk maklumat lanjut mengenai OSTEMATRIX
 
  • mengimbangi tahap hormon & membantu mengawal penghasilan prostaglandin Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E 
  • merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 
  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. 
  • Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 
  • Klik >> untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex


  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi 
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
  • Klik >> untuk maklumat lanjut mengenai B-Complex


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:


Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Thursday, May 15, 2014

Soft Fabric Concentrate

Melembutkan Pakaian
Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal
  • pelekat static dengan semulajadi
  • Mudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang
Berkesan
  • Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
  • Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik
  
Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa Fosfat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentangan
Cara untuk mendapatkan hasil yang terbaik:
Untuk basuhan sederhana, gunakan oz 1/2. Untuk basuhan yang besar menggunakan 1 oz
Automatik: Soft Fabric Concentrate 1 cawan air suam. Tuangkan dalam dispenser pelembut kain pada permulaan kitaran basuh (atau mengikut arahan pengeluar mesin basuh)
Manual: Tambah Soft Fabric Concentrate pada akhir bilas
Pencuci Tangan: Tuangkan 1/4 oz cecair ke dalam 1 cawan air dan gaul rata. Tuang pada akhir bilasan tetapi jangan tuang terus pada fabrik.
Petua berguna
Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.

Wednesday, May 14, 2014

Fresh Laundry Concentrate Powder

Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih
Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
 
Berkesan

  • Berkepekatan tinggi
  • 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu samada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian bewarna lebih cerah berseri
   Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Testimoni Diet (ESP + HERB LAX)

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Testimoni  ini yang terbaru. Fiza baru je dapat 2hari lepas tapi tak sempat nak post kat blog. Pengguna mengamalkan ESP dan Herb Lax


 
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Monday, May 12, 2014

Dish Wash Concentrate

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan.
Hanya beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan magkuk anda.



Get Clean Dish Wash Concentrate:
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Tahan lama kerana kepekatannya
  • Menjadi pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan Sodium Dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Mengawal Kencing Manis (Diabetes) dengan Shaklee

Kencing Manis (Diabetes) merupakan sejenis penyakit dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutama selepas pengambilan makanan.

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas seharian- makanan berkanji dan bergula (makanan karbohidrat) ditukarkan kepada glukos (gula) dan ia digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga, Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Secara normal, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang menghidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya mengakibatkan glukos (gula) tidak dapat memasuki sel-sel badan menyebabkan kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi
Gula yang berlebihan akan disingkirkan badan melalui air kencing dan inilah sebabnya penyakit dikenali sebagai penyakit kencing manis.

Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini juga menybabkan badan kurang bertenaga.

Amat penting bagi pesakit kencing manis agar mereka mengawal paras gula mereka melalui pemakanan. Ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada kualiti hidup dan juga jangka hayat pesakit. Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan.


Apa Suplemen TERBAIK utk pesakit DIABETES ini?


VIVIX Merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. VIVIX adalah TERBAIK dalam membantu pesakit diabetes. Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

  • Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin: 
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis. Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.
  • Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.


GLA Complex, Sustained Release Vita-C Plus (Vita C), Alfalfa Complex, Zinc Complex, B Complex, ESP & Vitalea
  • GLA Complex - Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan diabetes semasa usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.  Mengimbangi hormone insulin dan menurunkan kolestrol
  • Sustained Release Vita-C Plus (Vita C) - Merupakan antioksidan yang memainkan peranan dalam tubuh kita. Vitamin membantu mengurangkan risiko kencing manis.

  • B Complex - Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan

  • Zink - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

  • ESP - membantu menurunkan bacaan kencing manis dan menurunkan nafsu kepada makanan yang manis.

  • VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh  

  • ALFALFA – kaya dengan nutrisi dan mineral surih

 Bertindak segera. Hadiahkan kepada kesayangan anda yang menghadapi masalah ini.

  
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Saturday, May 10, 2014

Daun Sireh Membantu Menegangkan Kulit

Ramai dikalangan kita sudah melupakan petua-petua lama nenek moyang kita dulu. Penggunaan herba traditional memang sinonim kepada mereka dizaman dahulu. Sebab itu, jika kita semua lihat, walaupun mereka telah berusia tetapi ada dikalangan mereka masih awek muda kan?. Herba tradisional mempunyai khasiat semula jadi yang baik untuk kecantikan.

Berikut adalah beberapa herba yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri.

Minyak Biji Bunga Matahari
  • Minyak biji bunga matahari kaya dengan bahan antioksidan dan dikatakan dapat mengurangkan pembentukan melanin yang membawa kesan bintik hitam pada wajah dan menjadikan warna bibir lebih gelap.
  • Kajian klinikal mendapati minyak biji bunga matahari dapat menghasilkan vitamin E dan vitamin F untuk menghasil­kan kulit lembut dan menambahkan kelembapan kulit agar kulit tidak kering.
  • Ia juga membantu menganjal dan menghaluskan kulit di bibir dan pipi.
  • Bahan pigmen khas minyak biji bunga matahari juga membuatkan warnanya tahan lama dan tidak luntur.


Minyak Jojoba

  • Minyak jojoba mampu menyeimbangkan kadar sebum di kulit wajah dan bibir. Ia juga menjadikan bibir lebih mulus dan berseri.
  • Menurut satu kajian, minyak jojoba membantu menghilangkan bakteria yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit melalui tindakan bahan aktif anti-bakteria di dalam minyak jojoba.


Sirih

  • Sirih bertindak sebagai antiseptik wajah dengan menghapuskan kuman dan bakteria di permukaan kulit.
  • Ia kaya dengan bahan flavonoid dan polyphenol yang meresap ke dalam kulit untuk menegangkan kulit yang kendur.


Limau purut

  • Limau purut mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Ia juga membantu merangsang pertumbuhan sel baru yang seterusnya membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan cerah.

Bagi mendapatkan perlindungan yang lengkap selain daripada penggunaan Herba Traditional ini, anda juga perlu konsisten dalam pengambilan Vitamin E dan SPF bagi membentuk lapisan perlindungan untuk kulit anda. Ia membantu dalam pengekalan keanjalan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan

Sebagai pilihan SET KULIT daripada SHAKLEE adalah terbaik bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat & awek muda.



Thursday, May 8, 2014

Testimoni Kencing Manis

Sebelum amalkan produk shaklee bacaan paras gula 19, kemudian bacaan menurun kepada 11. Bacaan paras gula turun lagi kepada 7 selepas check up semalam (7/5/2015).


mari kita lihat apa yang customer ini amalkan:
Ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi fiza dengan segera 


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Tuesday, May 6, 2014

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate

Basic H2® adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah

  • Kepekatan yang tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dengan air

  • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dibasuh, di dalam dan keluar. Cairkan mengikut arahan

  • Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan

  • Tanpa toksik

  • Asli 

  • Ganda dua tertumpu

  •  Surfaktan biodegradasi 

    Cara Mengguna Basic H2
  • 16 oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48gelen bancuhan yang selamat, benar-benar berkuasa
  • Untuk pembersihan: tambah 1/4 sudu = 16 oz Air
  • Untuk tingkap dan cermin: tambah 1-2 titik = 16 oz Air
  • Untuk nyah gris: tambah 1 1/2 sudu teh = 16 oz Air
  • Untuk kerja yang lebih besar: tambah 2 oz = 1 gelen Air

Tahukah Anda? 
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh menganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organic seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik Basic H2 tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.  

Perbezaan Shaklee:
Selamat
  • tidak bertoksik
  • tanpa gas beracun
  • tanpa bahan kimia berbahaya
  • tanpa bahan pewangi
  • lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • tanpa klorin 
Berkesan
  •  berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • kepekatan berganda - 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • biorosot
  • tanpa fosfat
  • bungkusan yang boleh dikitar semula
  • tanpa bahan pewarna
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:
Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...