Sunday, April 6, 2014

# BUKU # GENERAL INFO

Tuhan Sedang Menguji Kita

Jangan jadikan pandangan mata ini
seperti mata lalat
yang hanya mencari sesuatu
yang busuk & buruk
yakni yang hanya melihat keburukan
dan kesalahan orang lain
Jadikanlah pandangan mata ini 
seperti mata lebah
yang hanya memandang kewangian
dan keindahan
yakni yang memandang kebaikan orang lain
sehingga melupakan
keburukan orang lai
~ Ustaz Kazim Elias

 


saya cuba utk menghabiskan naskah Ustaz yang baru saja saya beli..pengisiannya cukup menarik..baru dapat menghabiskan Bab 1 - Manisnya Ujian Allah..apa yang dapat dirumuskan..hidup ini sememangnya penuh dengan ujian. itulah hakikat kehidupan hari ini..berbezanya manusia..berbeza jugalah bentuk ujian yang datang..berbeza juga cara kita memandang ujian tersebut..tanpa kita sedari, setiap hari bermacam-macam bentuk ujian yang datang..kebijaksanaan kita menanganinya adalah satu cara utk kita menganggap adakah ianya ujian atau sebaliknya...

hakikatnya hidup ini penuh dengan ujian..umpama pelangi, begitulah ujian bagi kita samada sakit atau musibah. Allah Maha Besar & yang pastinya DIA tidak akan menguji kita andai kita tidak mampu...jangan sesekali mengalah..mohonlah kepadaNya..hanya pada DIA tempat utk kita mengadu...semoga dengan rahmat & hidayahNya, kita mampu bangkit & menangani setiap bentuk ujian yang datang..InsyaAllah..



No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me