Sunday, January 2, 2011

# My Family

2010 dalam kenangan...

nak imbas kembali apa yang jadi pada tahun 2010...

Januari 2010..
~ Alhamdulillah...kandungan ibu nak masuk 6bulan..setelah hampir 4tahun ibu & abah menanti kehadiran Muhammad Hadif Irsyad..akhirnya tercapai jua..rezeki dariNya..Amin

~ dah 2bulan+ menganggur selepas ada konflik dengan bos kat tempat keja..terpaksa berhenti utk jaga kandungan ibu supaya 'pisang tak berbuah 2 kali'...

February 2010
~ Birthday Hubby yang ke-...??':p (05/02)

March 2010
~ bz nya buat persiapan nak sambut baby 1st..rasa teruja yang amat sgt..

April 2010
~ pertengahan April dah balik kampung..bila tak kerja..xde la susah nak set masa..
~ Amik Exam MEDSI 1week sebelum bersalin..ahakk
~ Birthday ibu pada 26/04 tapi pagi tu terpaksa warded..pagi gi Hospital dah kena tahan sbb jalan dah buka 2cm..tp esok paginya baru bersalin 5.27am..
*************MOOD*************sgt2 la happy...dah lama menantikan......

Mei 2010
~ berpantang...sgt seronok menatap wajah sikecil..wpun 2minggu pertama terpaksa sumbat sikecil dengan susu formula...Alhamdulillah berjaya juga utk BF slps mcm2 ikhtiar dilakukan....
~ buat majlis kesyukuran, doa selamat & cukur jambul utk sikecil...
~ berpantang 21hari..dapat interview DPLI kat UUM sintok...tp bukan rezeki ibu..nak buat mcm mn kan..sgt sedeh..hukhuk

Jun 2010
~ masih mood pantang tp dah balik KD...rindu nak balik rumah sndiri...
~ 03/06 Ulangtahun perkahwinan ke-4...Alhamdulillah..ibu & Abah dah dapat hadiah yang paling bermakna & berharga...

July - Oktober 2010
~ rutin bergelar ibu sgt seronok rupanya...maklum la pengalaman pertama bergelar ibu...
~ umur 4bln..HI terkena chiken pox..tu pun selepas 2minggu ibu kena..dah cuba elakkan tp akhirnya anak ibu terkena juga..kesiannya..
~ balik raya puasa Kelantan tahun ni sgt2 rasa teruja..sbb apa tau??sbb dah tak perlu tahan telinga dengar org bertanya..' bila nak dpat anak?"..huhu...
~ Mak & Ayah mertua bertolak ke Mekah bagi menunaikan Haji...Alhamdulillah sampai seru mereka..& mereka selamat kembali ke tanah air...
~ balik raya Haji di perlis..buat majlis aqiqah utk si bujang ibu...
~ berlaku konflik antara ibu & abah (tak mampu utk dikenang..biarlah ia menjadi sejarah..dah xnak ingat langsung benda tu)

November - December 2010
~ Abah ditransfer ke Kuala Muda sebelah penang selama sebulan...kemudian sambung sebulan lagi...kami decide nak dok rumah mak kat perlis..dekat ckit utk Abah balik seminggu sekali...
~ diambang tahun baru..Abah dapat surat transfer dari HQ...dia kena terus keja kat K.Muda...terpaksa cari rumah sewa sebelah sini plak..

******************AZAM 2011********************

~ nak sihat mental & fizikal

~ nak jadi ibu, isteri & anak yang penyayang & lebih bertanggungjawab pada keluarga & rumahtangga..InsyaAllah

~ nak cari kerja / kalau ada rezeki nak set up biz..

~ rasanya nak tambah anak sorang lagi...haha..kalo ada rezeki la..

********byk lagi tp nak kena pikir dulu ya..*********:p

2 comments:

nieda said...

moga 2011 menjanjikan kebahagiaan buat kita..alah, nak pindah utara dah??

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

selamat tahun baru gak Fiza n co. ...
semoga tahun ni lebih baik dr tahun sebelumnya okes,.. ;-)

POPULAR POSTS

Follow Me