Thursday, December 2, 2010

# Perkembangan Si Manja

Gerak Alih Si Manja

skrg ni ibu selalu cari info pasal makanan simanja...perkembangan dia..sbb HI dah 7bulan+, hanya baru leh meniarap..pusing2kan badan 1pusingan...baru2 ni dok mengangkat punggung...ermm terasa sgt bila tgk anak org lain yang dah laju ke depan...so bila baca artikel (simanja.com) kat bawah lega hati ibu..wpun ada gak artikel yang berbeza2 tahap perkembangannya...


BARU LAHIR

Postur badan adalah seperti mana bayi yang baru lahir. Akan memalingkan kepala ke arah dia suka tidak kira dibaring atas perut atau belakangnya dan dia akan melenturtegangkan tangan dan kakinya.

4 MINGGU

Otot-otot leher masih belum cukup kuat. Kepalanya akan melentuk jika tidak disangga. Jika ditiarap, akan mengangkat dagu untuk beberapa saat, jika didudukkan akan mengangkat kepala buat seketika.

6 MINGGU

Boleh mengangkat kepala 45 darjah dari katil. Apabila didudukkan kepalanya kurang terlentuk. Lutut dan punggung menjadi lebih kuat dan tidak begitu lembut.

8 MINGGU

Boleh menegakkan kepalanya ketika dia berdiri atau duduk, atau ketika tertiarap tetapi tidak lama. Jika tertiarap boleh menegakkan kepala selari dengan badan

12 MINGGU

Apabila tertiarap, sudah boleh menegakkan kepalanya sentiasa. Apabila didudukkan atau disangga kepalanya tidak akan terlentuk.

16 MINGGU

Simanja suka duduk dan memandang sekitarnya tapi kepala masih perlu di sangga.Simanja boleh menegakkan kepalanya walaupun masih bergoyang . Jika berbaring simanja boleh memandang tepat ke arah anda.

20 MINGGU

Simanja dapat mengawal sepenuh kepalanya. Walaupun ditarik kedudukan duduk kepalanya tidak terlentuk.

24 MINGGU

Otot simanja telah menjadi kuat dan boleh meletakkan sebahagian berat badannya di lengan bawah. Boleh menghulurkan tangan nya untuk diangkat.Boleh duduk diatas kerusi selama beberapa minit apabila disangga.

28 MINGGU

Simanja sudah boleh menampung berat badanya dengan sebelah tangan ketika meniarap.Simanja juga boleh duduk tanpa disangga.Boleh mengangkat kepalanya apabila berbaring.

32 MINGGU

Simanja cuba bergerak.Dia akan meregangkan tangan untuk mencapai mainan.Dia akan mengoyangkan badan kehadapan dan ke belakang.Jika anda memgang kedua belah tangannya simanja akan melompat.

No comments:

POPULAR POSTS

Follow Me