Tuesday, August 3, 2010

# Petua

Petua menambahkan Susu Ibu

Petua yang baru nak di cuba...:)
  • Ambil kerak nasi yang panas dan campur dengan garam serta kelapa parut. Makan campuran bahan tersebut setiap hari.
  • Minum air barli panas 2 kali sehari.
  • Amalkan minum air rebusan sawi.
(kredit to http://mysetbersalin.com/blog/2008/12/petua-menambah-air-susu-ibu/)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Petua 1:


Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.


Petua 2:

i. Anda perlukan isi lempoyang. Bagi anda yang tak kenal pokok lempoyang, di bawah ni ada gambarnya.

pokok lempoyang (zingiber zerumbet)

Pokok Lempoyang (Zingiber Zerumbet) - BambooLand.com.au



ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.

iii. Kemudian anda perahkan isi lempoyang yang telah hancur dan tapis untuk mendapatkan airnya. Perahan airnya adalah berwarna kuning dan rasanya agak pahit.

iv. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut. Amalkan meminumnya selagi anda ingin memperbanyakkan air susu.


*** Sedikit info mengenai isi lempoyang - Isi lempoyang ni seakan-akan halia tapi berwarna kekuning-kuningan.


Petua 3:

i. Anda ambillah segenggam daun nangka yang masih muda.

ii. Bersihkan daun nangka tadi dan wapkannya sehingga layu.

iii. Kemudian, tumbuk daun nangka tu sampai lembut.

iv. Tambahkan sedikit air bersama daun nangka yang telah ditumbuk.

v. Seterusnya, anda perahkan airnya ke dalam sebiji gelas.

vi. Akhir sekali, anda tambahkan gula dan garam secukup rasa ke dalam air perahan daun nangka tersebut dan minum.


Petua 4:

Petua terakhir ni juga menggunakan daun nangka. Caranya lebih kurang seperti petua 3. Tapi, anda cuma ambil daun nangka yang telah diwapkan hingga layu tu dan makanlah bersama nasi. Kiranya anda jadikan ia sebagai ulam-ulaman. Nak cecah dengan sambal pun boleh. :)

(kredit to http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/4-petua-banyakkan-air-susu-ibu-lepas.html)

1 comment:

nieda said...

byk petua, nida amalkan minum longan kering

POPULAR POSTS

Follow Me