Saturday, June 26, 2010

Susu oh Susu

nak story ckit pasal perkembangan terbaru si kecik ni...mcm2 perangai dia dah dpt..terbaru 2-3 hari ni dah xnak isap susu ibu gn botol..nak direct BF je..bila ibu suap je puting botol susu dlm mulut dia buat main2...tu kira blom lapar btol tp kalo sumbat direct laju je dia isap..pening2..sib baik ibu xkeja leh bagi direct..tp xleh jadi nie..nak gak bagi gn botol..sbb nanti nak tinggal susah plak..kalo dia btol2 lapar tu baru lah nak isap gn botol..tu pun jenuh gak..nangis2 dulu..hai..sanggup dia berlapar ye....anak ibu ni dah pandai ye..huhu

skrg dia tido dah senang...xpayah nak tepuk lama2..kejap je mata tu layu..pagi2 org bangun nak gi keja pkul 8.00 dia sambung tido sbb bangun awal subuh..haha..bangun tido baru ibu mandikan..depend gak la..kalo hari sejuk mandi tghari ckit..sian dia..

dah rajin nak berbual dah skrg ni..mcm2 tau2 je time abah dia balik..dia xnak tido..nak ajak berbual..tp yang xsyoknya time nak tido kuat btol dia nangis..dia xnak susu tp nak tido..so kena la senyapkan dia dulu pahtu letak atas tilam tepuk2..tido la anak ibu tu..hehehe.

seronok plak tgk perkembangan si kecil ni..dari hari ke hari terbantut plak fikiran nak cari keja' huhu

Wednesday, June 23, 2010

My Dear Warehouse Sale

24th JUNE - 4th JULY 2010

24 June to 4 July 2010

My Dear Warehouse Sale

Visit My Dear for more details

Baby & Children Products

Products Offered

High Chair

Bouncer

Stroller

Walker

Carseat

and more

Terms

Cash and Credit Cards

Time: 9am – 7pm

Location (Tel: 603 8060 0093/95)

34 Jalan Meranti Jaya 10

Meranti Jaya Industrial Park

47120 Puchong

Selangor Darul Ehsan Malaysia


mcm nak pegi tp Hadif Irsyad kecik lagi..susah nak bawa..nak cari car seat gn stroller..mmg wajib beli tu...huhuhu

Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day



Selamat Hari Bapa utk semua bapa2 kat luar sana especially buat my lovely hubby & ayah kat kg..

utk my hubby..semoga menjadi seorg bapa yang penyayang kepada anak kita yer..ibu & adik sayang abah..semoga kita sekeluarga hidup bahagia selamanya..Amin

Thursday, June 17, 2010

Semakan Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010

Semakan Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010 boleh di buat di:
- Saluran 1
https://online.mohe.gov.my/olf/web/form?OC=10&CC=20
- Saluran 2
https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/

UNIT PUSAT UNIVERSITI
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://upu.mohe.gov.my/

ibu dah agak..mmg xdpt' huhu
tp xpe...at least dah ada pengalaman temuduga kan...mungkin ada hikmah sebalik semua nie..boleh ibu jaga Irsyad dulu kan??..cuba lagi next year??tgk la dulu...hihi

nak try buat rayuan...oh UiTM terima lah rayuan ku ini...hahaha (ada hati gak kan...tp apa salahnya mencuba)

Thursday, June 3, 2010

Happy 4th Anniversary

Syukur Alhamdulillah..hari nie genap 4tahun kami melayari alam rumahtangga...mengimbas kembali saat pertama diijabkabulkan sehingga kini sudah menjangkau 4tahun..semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia ke akhirnya ditambah pula dengan kehadiran cahayamata yang sekian lama kami nantikan...di tahun ke-4, Tuhan makbulkan doa kami utk melengkapkan rumahtangga dgn kehadirannya...MUHAMMAD HADIF IRSYAD.

03 JUNE 2006
kami dinikahkan di Masjid Kg. Batu Bertangkup, Chuping Perlis..waktu tu ibu masih lagi belajar di tahun 2 @ UM..
mmg xpernah merangcang..saat bergelar isteri mmg xsabar nakkan anak pengerat kasih sayang tapi apakan daya belum rezeki..
mungkin masa tidak mengizinkan dengan keadaan ibu yang masih study..Abah plak keja jauh..ditahun pertama perkahwinan..Abah bekerja di Cilacap Indonesia selama setahun..
kembali dari Indonesia...terbang pula ke UAE (Dubai) selama 2 tahun...mmg sepanjang perkahwinan penuh dengan dugaan berjauhan..apakan daya, rezeki kami dah mmg tertulis mcm tue..
Alhamdulillah..penghujung 2008, Abah kembali ke Malaysia dan kebetulan ada projek di Jalan Duta selama 2 thn nie..
selepas nie?? belum nak pk lagi..huhuhu

03 JUNE 2010
tahun ni paling bermakna dalam hidup kami...ibu xperlukan hadiah apa pun..cukup dengan kehadiran anak ibu..hadiah yang tak ternilai..

saat pertama ibu menatap wajah Irsyad, xmampu ibu nak tahan air mata dari mengalir..air mata kegembiraan...dah xrasa sakit waktu melahirkan dan kini baru ibu tahu betapa berat tanggungjawab apabila bergelar ibu..

semoga kehadirannya memberi cahaya dalam hidup kami sekeluarga..Amin

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...