Wednesday, May 27, 2015

Kanser Prostat Ancaman Kepada Lelaki

Tahukah anda kanser prostat merupakan yang paling sering dihidapi lelaki selepas kanser kulit.  Di Malaysia, ia merupakan kanser keempat paling lazim dihidapi lelaki iaitu kira-kira 5.7% daripada kes kanser dikalangan lelaki.  Malah ia dilihat semakin meningkat.

Apa yang membuatkan ramai tidak peka dengan kanser prostat kerana ia tidak mempunyai symptom-simptom nyata pada peringkat awal dan sering dipandang remeh dengan alas an ianya sering menyerang lelaki berusia.  Tepat sekali, kanser prostat lebih kerap menyerang lelaki berusia 50 tahun ke atas terutama mereka yang berusia 70tahun ke atas.

Menerusi kajian, jumlah lelaki muda menghidap kanser prostat meningkat hampir enam kali ganda sejak 20tahun lalu dan ia kelihatan lebih agresif dan boleh membawa maut berbanding jika dihidapi lelaki berusia.

Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di dalam prostat menjadi abnormal dan mutasi pada sel DNA abnormal itu menyebabkan ia bertambah lebih banyak dan cepat daripada sel biasa selain sel mampu terus hidup.

Pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada penghidap kanser prostat antaranya ialah penularan kanser ke organ lain seperti pundi kencing, sel kanser merebak melalui aliran darah atau sistem limfa ke tulang atau organ lain yang boleh membawa maut.

Kanser Prostat dan rawatannya juga boleh menyebabkan keadaan inkontinens iaitu sukar mengawal pengeluaran air kencing yang akan menganggu aktiviti harian.  Disfungsi erektil atau mati pucuk juga boleh berlaku.

Lelaki obes juga berisiko menghidap kanser prostat dan selalunya mereka menghidapinya pada tahap yang teruk dan lebih sukar dirawat.


SIMPTOM KANSER PROSTAT
Kanser Prostat selalunya tidak mempunyai symptom awal.  Berikut merupakan antara tanda kanser prostat yang serius:
  • Sukar membuang air kencing
  • Pengaliran air kencing yang semakin perlahan
  • Darah di dalam air kencing
  • Darah di dalam air mani
  • Sakit di bahagian bawah belakang iaitu pinggul atau paha
  • Rasa tidak selesa di bahagian pelvis
  • Sakit tulang
Ermmm..bahaya kan?..banyak lagi mengenai prostat yang patut anda tahu.  Kita jumpa pada entry akan datang berkaitan ‘Kesesuaian Rawatan, Pencegahan Kanser Prostat’ ..InshaAllah..

Di Shaklee, kami menawarkan rangkaian set kesihatan untuk kaum lelaki menjaga kesihatan anda!




Vitamin E
Di Malaysia, kadar kemandulan lelaki telah meningkat daripada 15% kepada 30% dalam tempoh 5 tahun lepas. Vitamin E ini terbukti bermanfaat untuk rawatan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, elemen antioksidan dalam Vitamin E dapat melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser dan seterusnya menggalak kesihatan lelaki yang lebih optimum.

CoQ10 dan Minyak ikan Omega
Suplemen CoQ10 dan minyak ikan Omega menyediakan otot jantung dengan nutrien untuk berfungsi dengan sihat. CoQ10 berfungsi dengan meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam jantung. Apabila jantung mendapat lebih banyak tenaga, ia akan berfungsi dengan lebih baik. Minyak ikan Omega memainkan peranan penting dalam meningkatkan aliran darah dan mengekalkan tisu jantung dan saluran darah fleksibel, yang bermanfaat terutamanya bagi individu yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular atau dengan kadar kolesterol tinggi.

Zink
Zink merupakan mineral penting untuk fungsi normal sistem pembiakan lelaki. Secara amnya, lelaki yang tidak subur cenderung untuk mempunyai tahap zink rendah. Oleh itu, zink memainkan peranan yang penting dalam kesuburan dengan meningkatkan jumlah dan motiliti sperma di samping mengurangkan risiko mati pucuk dan pembesaran prostat.

Pertanyaan lanjut sila hubungi fiza 012 4513311 / En.yusmawi 017 4055385

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...