Sunday, April 20, 2014

Cara Terbaik Mengatasi Sembelit Ketika Hamil

Sembelit dan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan & seringkali dialami oleh mereka.  Masalah ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang ketara dan perubahan dari segi faktor pemakanan.  Pada peringkat awalnya, mungkin berlaku masalah ketidakselesaan ketika membuang air besar dan seringkali terjadi kembung perut. Jangan biarkan masalah ini berlarutan kerana ia akan menganggu sistem-sistem badan yang lain & mengakibatkan gangguan pada metabolisma tubuh.

Peningkatan hormon ketika hamil akan menyebabkan sistem pembuangan kita akan menjadi lemah & saluran pencernaan juga menjadi tidak terkawal. Lebih lama kita tidak membuang air besar, makanan akan terkumpul lebih lama di dalam perut sehingga menyukarkan proses pembuangan.


Pengambilan zat besi sangat diperlukan oleh ibu hamil & biasanya dibekalkan oleh klinik semasa temujanji. Ini adalah suplimen pelengkap yang diperlukan ibu hamil.

Jangan biarkan masalah sembelit berlarutan terlalu lama. Tahukah anda sembelit akan menyebabkan buasir dan ini lah yang sering saya alami ketika mengandung anak kedua saya.

Perlu elakkan:
  • makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’ kerana akan menyebabkan najis menjadi keras disebabkan makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air.

Bagaimana cara untuk mengatasi:
  • pengambilan nutrien seimbang & jumlah kalori yang mencukupi sangat penting.
  • banyakkan pengambilan sayuran hijau
  • amalkan meminum air putih/kosong sehingga 3 liter sehari (sekurang2nya 7 gelas)
  • juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi / jus buah-buahan

Elakkan daripada terkena sembelit ketika hamil..dapatkan nasihat doktor & pakar jika anda menghadapi masalah sembelit..

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...